Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Rahsia Kehebatan Manusia

Kajian saintis pada diri manusia ada menyatakan bahawa di dalam tubuh badan manusia itu mengandungi 500 juta voltan. Itu adalah kekuatan seperti bom atom atau pun nuklear! Maka terang benderanglah tubuh manusia itu hanya sayang kuasa yang begitu tinggi tidak dapat dilihat dengan mata kasar yang sememangnya tertipu dengan pandangan menggunakan otak kiri dan juga memandang dengan menggunakan deria mata semata-mata dan tidak menggunakan deria-deria yang lain. Maka "kosong" lah pandangan manusia itu dari "pandangan Kebesaran mutlak"!

Walau apa sekali pun, di dalam tubuh badan manusia itu ada terkandung sel-sel pada setiap sistem dan organ-organ. Di dalam setiap sel-sel inilah terkandung segala rahsia DNA, rahsia penyakit, hikayat kehidupan dan sebagainya. Sel-sel ini juga ada tenaga dan sudah pun tersirat akan kerja-kerja yang sepatutnya sel-sel pada bahagian-bahagian tertentu itu bekerja mengikut kepada ketetapan.

Apabila sel-sel itu mampat dan rapat, maka disitulah sistem tubuh manusia itu normal dan akan bercahaya yang amat terang sekali umpama kunang-kunang yang bercantum sesama sendiri. Cuba bayangkan jika bermillion-million sel bercantum......Itulah kebesaran Pencipta! Begitu jugalah jika sel-sel di dalam tubuh badan kita mula merenggang....di situlah "kegelapan" mula terjadi dan di tempat itu adalah bertekanan rendah! Oleh sebab itulah apabila orang yang sakit, muka rupanya memang nampak sakit (kegelapan) umpama tiada Nur lebih-lebih lagi yang bersakit "jiwa kerohanian" (bersifat keji)!

Kajian para saintis juga membuktikan apabila diperbesarkan sel ke nisbah 1 : 500, maka didapati di dalam ruang sel yang kecil itu terdapat 300 billion ruang-ruang yang kosong dan di dalamnya 300 billion ruang kosong sel tadi ada lagi 300 billion ruang yang kosong dan lagi dan lagi.....Maha Suci Allah Pencipta yang Maha Bijaksana! Sesungguhnya, yang di sangka kecil itu rupanya besar dan tidak terhitung tersirat segala rahsia kejadian yang maha halus penuh dengan Kebesaran semata-mata....

Pertumbuhan dan pembiakan bahagian-bahagian sel amat sekali bergantung kepada beberapa faktor utama seperti kandungan konsentrasi zat nutrient, pembuangan konsentrasi kekotoran, suhu, konsentrasi gas dan lain-lain. Dapatkah anda mengagak berapa lama masa yang diperlukan untuk bakteria membiak sehingga mencapai tahap 2 kali ganda?

0 Comments:

Post a Comment