Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Keajaiban Otak Manusia

Oleh: Yussamir Yusof Al Johori

Akal terletak pada otak,akal juga yang membezakan antara manusia dan binatang.Tapi tahukah anda semua bahawa otak manusia mempunyai 10 hingga 15 billion neuron.Jumlah ini melebihi 2 kali ganda seluruh penduduk Dunia!!!PELIK TAPI BENAR,eh!!Bunyinya macam rancangan PELIK TAPI BENAR yang sering ke udara di siaran radio Ria,Singapura. Saya selalu mendengar siaran tersebut jika saya pulang ke Johor Bahru,seronok namun kadang-kadang menakutkan.La…..melalut lagi saya ni,meh kita merungkai keajaiban otak yang seterusnya.

Disamping neuron,terdapat juga synaps didalam otak manusia.Synaps berfungsi sebagai penghubung antara neuron-neuron yang ada dalam otak manusia.Jumlah synaps itulah yang menentukan tahap kecerdasan otak kita.Jumlah synaps dalam otak kita biasanya berjumlah 10 trilion,tapi tak semuanya berfungsi dengan dengan baik dan tahukah anda 25000 neuron hanyalah sebesar hujung sebatang jarum..

Baiklah mari kita lihat apa yang ada dalam otak serta lihat dan akui –keajaiban-keajaiban nya….Berat otak lebih kurang 1.5 KG iaitu 1/40 berat badan kita.Kalau anfa tak percaya cuba timbang badan anda kemudian timabang kepala anda pula.(walaupun caranya macam kelakar,tapi itu satu cubaan yang baik bukan?).

Otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak Neocartex,Otak Mamalian dan otak reptilian.Pulsa saraf dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m sesaat(rujukan: Heimler dan Lockard).Otak Neocartex terbahagi kepada 2 cerebrum iaitu otak kanan dan otak kiri.Otak kanan adalah otak artistic manakala otak kiri adalah otak logic.Selain daripada itu,dalam otak kita mempunyai neuron,apa itu neuron?Neuron mengandungi bahan sel yang saling bersambung diantara satu sama lain untuk melakukan denyutan sadaf dan melakukan proses membuat maklumat diantara satu neuron dengan neurin yang lain.keajaiban otak ini juga telah dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:

[32.9] Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Dr Roger Sperry dari Institusi Teknologi California pada tahun 1965 telah memberi teori bahawa otak kiri dan otak kanan yang dipercayai dan digunakan sehingga kini hanyalah baru menggunakan 10% daripada poternsi otak,lagi 90% menunggu untuk dikembangkan. Saya nak bertanya pada anda semua bagaimanakah kalau kita semua dapat menggunakan keseluruhan potensi kita??Dan adakah ia mustahil untuk direalitikan? Saya secara peribadi mengatakan tidak mustahil kita boleh mencapai tahap sedemikian,tapi persoalannya disini ialah bila dan siapa yang layak jadi sepintar itu?Anda?

Jika anda mengatakan anda boleh maka dalam diri anda mempunyai potensi dan motivasi untuk menggapai kemustahilan itu. Selain dari itu,otak juga boleh dikembangkan melalui ransangan bersepadu otak yang menyeluruh.Analogin ya begini:Apabila kita melihat rakan kita makan aiskrim dengan selera sekali hingga menjilat-jilat jari pasti minda dan nafsu kita akan teransang untuk membelinya,walaupun kita tidak mencukupi wang untuk membelinya.Betul tak?
Otak juga begitu,otak perlukan ransangan untuk dikembangkan. Anda semua pasti tertanya-tanya bagaimana untuk meransangnya?

Menurut Dr Tuah perkara ini boleh dilakukan dengan menceburi lebih dari satu bidang dalam hidup kita semua>Dan lebih baik jika bidang tersebut tidak kaitan langsung dan berbeza sekali antara satu sama lain.Misalnya jika anda mengambil course creative multimedia,cuba anda belajar/membaca subjek perubatan atau bidang agama yang berkaitan dengan hafalan atau yang berkiatan dengan penanalisaan. Jika proses ini berlangsung dengan berterusan InsyaAllah ia akan meransang otak kita.Dan perkara ini telah penulis lakukan dan Alhamdulilah ia membuahkan hasil.Pada permulaannaya anda akan berasa janggal dan membebankan minda anda,tapi anda akan merasa betapa nikmatnya jika anda dapat menguasai banyak perkara dan otak anda akan lebih kreatif dan kritis.

Didalam subjek management yang saya pelajari terdapat sub topic yang berkitan dengan pengkhususan kerja.Kesan dari pengkhususan kerja pada mulanya ia akan menyebabkan produktiviti kita meningkat tapi lama kelamaan ia akan menyebabkan produktiviti merosot.Kenapa ia merosot kerana kebosanan melakukan perkara yang sama dan disebabkan kebosanan itu kita akan melakukan sesuatu pekerjaan dengan sambil lewa.Begitu jugalah dengan otak kita,jika kita hanya menumpukan pada satu bidang/penulisan/ subjek ia akan menyebabkan kita bodoh dalam bidang lain dan kita akan merasa bosan dengan apa yang kita lakukan seharian dalam hidup kita.Dan kemungkinan kita akan mengalami satu penyakit otak yang dinamakan dengan nama Alzheimer kerana membazirkan peranan otaknya yang lain.

Saya ambil contoh Profesor Dr Yusuf Al-Qaradhawi, umurnya sudah mencecah 82 tahun namun mindanya tetap berfungsi dengan baik dan semakin hebat.Mindanya seakan barang antic yang kita sedia maklum semakin lama semakin mahal harganya.Hairan bukan,bagaimana beliau boleh jadi begitu.Antara sebab paling nyata ialah beliau bukan sahaja mahir dalam bidang Agama malahan beliau juga mahir dalam bidang ekonomi(lihat Kitab Feqh Zakat),bidang perubatan(lihat fatwa beliau dalam bidang perubatan),dan beliau bukan sahaja tahu berbahasa arab tapi juga bahasa English dan sekarang pun masih tidak jemu2 menulis dalam pelbagai lapangan bidang.Boleh saya katakana bahawa beliau menggunakan seomptimum mungkin potensi minda nya dan beliau tidak berhenti untuk sentiasa berfikir.Dan kalau kita lihat didalam Quran Allah sentiasa mengingatkan kita perihal berfikir.Dan inilah yang perlu kita lakukan dalam seharian hidup kita iaitu sentiasa berfkir dan terus berfikir.

Dan akhir sekali ingin menyatakan bahawa otak adalah satu anugerah yang tidak ternilai yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNYA.Dan disini juga saya menyediakan beberapa fakta sains dan kata-kata hikmah yang boleh dijadikan panduan kita semua.

Glukosa membangkitkan 20/25 watt elektrik yang membolehkan otak kita berfungsi.Otak menggunakan 2/3 daripada keseluruhan glukosa dalam badan-[Dr Roger B Yepsen dalam bukunya “how to boots your brain power” .

Tenaga untuk belajar terpancar melalui ketenangan,sebelum belajar letakkan minda dalam wadah bersedia dan mood yang baik dan positif.(kata- kata hikmah)

Otak memerlukan 20% pada jumlah oksigen yang diperlukan oleh setiap badan.Setiap 5 minit lebih kurang 1 pain darah mengalir kedalam otak.

The only educated man is the one who has learned how to learn.( kata-kata hikmah)

Orang yang gagal ialah orang yang tidak laksanakan sesuatu tugas dengan mengikuti rancangan yang telah dirancangkannya.

*Alzheimer = penyakit nyanyuk

*sumber rujukan:
membina imaginasi cemerlang
“how to boots your brain power”
tafsir quran

0 Comments:

Post a Comment