Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Palestine Pictures, Images and PhotosDonasi Palestina Pictures, Images and Photospalestine Pictures, Images and Photos


Bumi Gaza bergegar lagi. Banyak nyawa terkorban. Keadaan fizikal Gaza hancur. Palestin terus diserang dan diserang. Orang awam, kanak-kanak, kaum wanita dan warga tua turut menjadi mangsa kekejaman Israeli. Kita yang melihat gambar atau membaca laporan kekejaman Israel mengeletar dan bergenang airmata. Bangsa Palestin cuba dilenyapkan oleh askar Israeli dari muka bumi ini.

save palestine Pictures, Images and PhotosPalestine Children Pictures, Images and Photos

Palestine Warrior Pictures, Images and Photos

Walaupun ditekan dengan sekatan ekonomi, dengan peperangan yang bermula sejak berpuluh tahun dulu tanpa ada ciri-ciri kesudahan, bangsa Palestin masih setia di bumi Palestin.. Anak-anak Palestin yang mempunyai keberanian yang amat luar biasa. Keberanian yang dianggap gila dengan hanya menggenggam anak batu sambil berdiri di hadapan tentera Israel bagi melawan rejim zionis itu.

Bagaimana sekiranya bangsa kita yang berada ditempat mereka. Adakah kita secekal, setabah, segigih, sekukuh dan seberani mereka? Adakah anak-anak kita yang leka dengan hiburan sehebat anak-anak Palestin?Bolehkah kita berjuang tanpa senjata? Atau kita dah menyerah kalah sebelum berjuang dan menjadi tali barut Israel?

Walaupun kita tidak sehebat bangsa Palestin, namun masih ada jalan untuk kita sama-sama berjuang bersama saudara kita di Palestin. Bantulah mereka dengan sumbangan dan jauhilah musuh mereka dengan memboikot produk musuh mereka.

Free Palestine Pictures, Images and Photos

0 Comments:

Post a Comment