Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Rumahku Dan Tikus


Semenjak dua menjak nie aku terperasaan. Wujud semula golongan tikus dalam rumah aku. Dalam tahun 2009 nie, dah 2 generasi tikus terdahulu aku hapuskan. namun kini generasi ketiga pula muncul. Mengikutkan size yang aku sempat tengok. Aku kira golongan nie masih di usia remaja. Jadi mungkin disebabkan faktor ini stokin-stokin aku tak hilang dirembat macam generasi terdahulu selalu amalkan.

Apapun kemunculan gen 3 dalam rumah aku mula berleluasa semenjak seminggu ini. Menyelongkar tong sampah mencari sisa-sisa makanan. Keadaan ini amat merimaskan aku kerana aku punyai waktu yang kurang selain dari melakukan tugasanku. Namun harus diingat, tindakan tegas tetap aku akan diambil. Ini bakal menyaksikan satu operasi bersepadu membasmi gen-3 kumpulan tikus ini dilakukan.

Sekian, terima kasih...

0 Comments:

Post a Comment