Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Aku Penat

Cuti yang tak seberapa cuti aku penuhi dengan main game kat JL.. Hasilnya aku berjaya hancurkan satu kejuaraan milik cakcibur.. Game snake tu dari tahun lepas lagi aku cuba tanpa putus asa.. tahun 2009 baru aku berjaya. Aku mensasarkan lagi 2,3 yang dah lama rekodnya untuk aku cuba pecahkan.

Beberapa kelemahan aku yang dapat aku nikmati menerusi game ini... Aku selalu gagal dalam game yang menggunakan mouse. Penyelesaian yg aku akan cuba bagi masalah aku ini..
aku akan cuba menukar mouse aku kepada 1000dpi. yg kadar harganya tinggi sedikit dari apa yg aku guna sekarang. Antara lain yg memberi aku kegagalan ialah aku cepat panik bila rekod dah nak pecah. Faktor lain yg aku tak dapat atasi ialah HP sering berbunyi time syok layan game
dan ketiadaan button pause dlm game yg menutup ruang aku untuk emergency ke toilet.

Setakat ini aku baru menjuarai 2 games. Memandangkan yg lain dah kena rampas. Walaupun aku juara.. namun tak de satu piala pun diberikan pada aku. Mungkin aku diboikot kut...

Kebaikan bermain games ini juga telah memberikan aku ruang untuk muncul sebagai orang ketiga terkaya di JL walaupun gap perbezaan antara no2 dan no3 agak jauh. Dengan esok yg bakal mengakhiri cuti aku, aku nak berehat.
Aku penat bermain games...

Sekian, terima kasih.

;;