Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Kalah Lagi


Musim nie buat kali ke6 Man utd tewas lagi. kali nie giliran everton lak makan besar. agak mengecewakan jugak kerana aku hanya dapat tengok game tu pada second half jer. apa pun pada penelitian aku, punca utama adalah pada 3 barisan pertahanan. Wes Brown, Johnny Evans dan Patrick Evra.

Bermula dari Evra, kelihatannya evra seperti mengalami kepenatan. memandangkan satu satunya defender yang tak injured musim nie dan khidmatnya sebagai wingback cukup mantap, jarang sangat evra diberi ruang untuk berehat. Bermain sepanjang musim dan hanya beberapa kali diganti dgn fabio dan Oshea akhirnya evra memerlukan rehat yang cukup. barangkali untuk perlawanan dengan west ham united nanti dia boleh diberi peluang untuk berehat sebelum kembali untuk game final menentang aston villa.

Gandingan brown dan evans tanpa melihat pada statistik aku rasakan agak teruk. kesilapan demi kesilapan terus menghasilkan bolos. Bagus di udara tapi perlahan pacenya. wes brown barangkali memang sesuai untuk mengisi backup skuad. tiada apa yang istimewa kecuali kebolehannya untuk berada di posisi samada centerback atau right back. Evans walaupun masih muda tetapi boleh membaca permainan lain. cuma aksinya masih belum konsisten.

Aku amat kecewa musim ini kerana dua centerback terbaik musim lepas, gagal beraksi musim ini. Rio dan Vida... dua gandingan yg aku langsung tak punya keraguan. Apa yang agak membimbangkan, vidic yang aku tak tahu apa masalah sebenar tidak berada dalam list pemain musim ini. terus menerus hanya memerhatikan permainan dari bench. Ditambah lagi dengan berita yang kononnya musim ini adalah musim terakhirnya kerana Madrid mempunyai minat terhadapnya. Begitu juga rio yang hanya sempat bermain satu game sebelum menerima pergantungan 4 games. Kecewa bertambah kecewa dgn mutu permainan membazir yang dipamerkan oleh Berba. Memiliki skill individu yang bagus tetapi bermasalah menghasilkan gol.

Chelsea musim ini agak memberangsangkan aksinya. Dengan Joe Cole yang akan tamat kontraknya musim depan. Bolehla fergie offer sesuatu yang berbaloi dgn kos yang murah seperti yang dilakukan dengan Michael Owen. EPL sudah agak longgar dari genggaman. Harapan lebih pada Carling Cup nanti dan Champion League, walaupun rekod berdepan aston villa musim ini hanya 1 mata dapat dikumpul dari 2 pertemuan. tewas di gelanggang sendiri dan seri di tempat lawan.. aduhhh... semakin hilang nikmat bola sepak bagi aku...

0 Comments:

Post a Comment