Search
Hari pertama puasa, mengantuk giler. Tetiba teringat kat blog bersawang aku. Try login okey lagi.takde masalah cuma kena update skit.
Gambar ni aku amik kat daily mail. kisahnya ada budak yang terjatuh nintendo DS dia dalam kandang gorilla dua beranak nie. Mak gorilla nie namanya Bawang pun apa lagi terus rembat amik Nintendo ni kat dia.Anak pun teruja gak nak tengok teknologi baru minta kat maknya tapi dia cakap tak boleh.. budak2 tak leh main..
Bila dah biasa dgn functions game tu, Bawang main game donkey kong.. sampai abis bateri konghahaha.. sengal punya gorilla sian kat anak tak merasa main game nintendo. pasni boleh ler ajar mak beruang ni main PS3 kat HDTV..
Sesiapa yang terbaca, aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak semoga puasa tahun nie penuh dgn berkat.
Labels: Sengau
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai
penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan
mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca
peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin
terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka
memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu
semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai,
malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat
egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat
percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
6) Tidak punya bantal
Jokes from email..
Boss: Where were you born?
Sardar: India ..
Boss: which part?
Sardar: What 'which part'? Whole body was born in India .
2 sardars were fixing a bomb in a car.
Sardar 1: What would you do if the bomb
explodes while fixing.
Sardar 2: Dont worry, I have one more.
Sardar: What is the name of your car?
Lady: I forgot the name, but is starts with 'T'.
Sardar: Oh, what a strange car, starts with Tea. All cars that I know start with petrol.
Sardar joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked "what you did till evening?"
Sardar: Keyboard alphabets were not in order, so I made it alright.
Museum Administrator: That's a 500-year-old statue u've broken.
Sardar: Thank God! I thought it was a new one.
At the scene of an accident a man was crying: O God! I have lost my hand, oh!
Sardar: Control yourself. Don't cry. See that man. He has lost his head. Is he crying?
Sardar: U cheated me.
Shopkeeper: No, I sold a good radio to u.
Sardar: Radio label shows Made in Japan but radio says this is 'All India Radio! '
NOW THE LAST TWO ULTIMATE:
In an interview, Interviewer: How does an electric motor run?
Sardar: Dhhuuuurrrrrrrrrr. .....
Inteviewer shouts: Stop it.
Sardar: Dhhuurrrr dhup dhup dhup...
Tourist: Whose skeleton is that?
Sardar: An old king's skeleton.
Tourist: Who's that smaller skeleton next to it?
Sardar: That was same king's skeleton when he was a child.
Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...
Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...
Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...
Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...
Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...
"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.
"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.
Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!
Poskad itu berbunyi ...
Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.
Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.
Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu.
Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya”
Kehadapan cikgu Melawati dari sk sulawati.. Cikgu, nama saya adi. Saya budak kelas 1 Melati.. Saya nak komplain pasal cikgu yang dah ambil hati abah saya. Abah saya kata dia telah jatuh hati dengan cikgu. Saya hairan, mcm mana abah boleh jatuhkan hati dia kat cikgu..Sedangkan cikgu sendiri yang ajar adi kata hati kita ada dalam badan. Jika hati takda kita boleh mati. Cikgu bohong. Mengapa abah saya masih hidup sedangkan hati dia sudah jatuh? Cikgu tak layak digelar cikgu.. Abah saya juga kata cikgu pandai ambil hati dia. Adi nak cikgu pulangkan hati abah. Kasihan abah tidak ada hati.. Harap cikgu boleh pulangkan hati abah sepecat mungkin kerana adi takut abah mati.. sekian, adi bin darmati
Labels: Sengau
Nun jauh di kawasan pendalaman, tinggallah satu keluarga kecil. Ayah, ibu, abang dan dua adik pompuan kembar... si ayah namanya Jamal dan ibunya namanya Jamilah Gems. Si abang sulung ini namanya Hardi Daniel atau nama manjanya Dida... Sementara dua kembar nie bernama Huru dan Hara... Oleh kerana tiada details.. aku pun tak pasti macam mane nama si kembar ini diberi.
Dalam meniti usia yg makin membesar dari segala aspek, sifat ingin tahu sering menjelma di dalam hati si kembar berdua ini. Bagi memanjangkan lagi cerita ini, suatu hari, selepas makan tengahari berlaukkan udang goreng halia dan petai tumis sambal, si kembar ini keluar bermain di halaman rumah mereka. Jamal tersandar kekenyangan sambil menggulung rokok daun di anjung. Jamilah pula menuangkan teh O ke dalam cawan untuk hidangan suaminya Jamal. Sesekali matanya menjeling pada si kembarnya yang leka bermain.
Jamilah menghulurkan cawan kepada Jamal sambil cuba berbincang hal mengenai Dida yang bakal memasuki tadika awal tahun depan. Jamal menarik nafas panjang sambil memberi keyakinan pada Jamilah. Di kala leka berbicara, padangan mereka tidak lagi ke arah si kembar.
Si kembar yang terus leka bermain, berkejaran berduaan. Diri mereka makin jauh dari rumah teratak mereka. Jamal bangkit apabila menyedari kembarnya tiada dalam pandangan. Sepantas kilat Jamal melaung...
Huru Hara!!!
eh... dah sama seperti tajuk la pulak...
sekian terima kasih jer la..
Labels: Sengau
Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di pinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.
Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai.
Si pencari kayu berasa sedih kerana satu satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.
Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari pari dan bertanya pada si pencari kayu, "Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.
Pari pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari pari. "Bukan... . ", jawab si pencari kayu ringkas.
Pari pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak. "Yang ini tuan hamba punya?" tanya pari pari lagi. "Bukan yang ini", jawab si pencari kayu. Sekali lagi pari pari turun kedalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err. . mungkin yang ini?", duga pari pari. "Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini", jawab sipencari kayu jujur. Akhirnya pari pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu. "Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi".
Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari pari memberi kesemua ke empat empat kapak kepada si penc! ari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.
Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan.. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul timbul.
Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta.Pari- pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata, "Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul timbul. . .
" Dengan segera pari pari turun ke dalam sungai kembali bersama samanya Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?", tanya pari pari menduga.
"Yes. . yes", jawab si pencari kayu. Pari pari begitu marah, "Penipu, pembohonggg. . . . ,nah terima laa. . .",
Belum sempat pari pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba! Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham.
Jikalau hamba berkata "TIDAK", tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Waheeda.
Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata "YA", tentu tuan hamba akan memberi ke empat empat mereka. Mana hamba larat, hamba ni hanya si pencari kayu sahaja...
Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'.
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.
Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan boleh buat apa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg. "Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan", katanya sendirian.
Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.
Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. "OK.
Encik sila masuk ke bilik NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglah seorang body-builder yang mantap dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat... . hehehe"
Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia. Bila
wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.
Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh
pokok ubi kayu..hehehe.
Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...
5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab
aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan? tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu la, jawab Pak Pandir dengan selamber nye.
Aiskrim... Tomato n Bawang Merah
Suatu hari 3 sekawan keluar berjalan2.....
Jalan punya jalan.. nampak pantai.... aiskrim apa lagi.. mcm kena hantu.. lari ke pantai..
Tomato n Bwg merah melarang tp Aiskrim wat der jer..
Last2.. aiskrim cair lam laut... menangis la TOmato n Bwg mErah kerana kehilangan seorg kawan...
Dlm menangisi pemergian aiskrim... depa berdua meneruskan perjalanan pulang..
jalan punya jalan.. ntah camner..tomato tersungkur.. lalu dilanggar lori... menangis la Bwg sebab tomato n aiskrim dh x der lagi.... der menangis sekuat hati...
Sampai rumah.. der masih menangis... Bwg MErah berdoa..."Apa akan jadi pd aku.. kawan2 ku semua dh tiada.. aku menangisi pemergian mereka... tp.. bila aku tiada.. siapa akan menangisi aku" berkata2 dgn pasrah...
Tiba2 ada suara menjawab... "jgn risau... pemergianmu akan ditangisi setiap orang.. apabila mereka memotong engkau utk masakan.. jd jgn risau.."
Bawang merah terkedu seketika dan tersenyum...
sekian saje cite hampeh..
Seorang pembesar negara meninjau kawasan kebakaran hutan yang cukup luas sehingga menimbulkan kerugian yang agak besar. Pembesar negara tersebut bertanya kepada salah seorang pegawainya yang berada berhampiran.
"Apa yang menyebabkan kebakaran hutan ini hingga begitu luas sekali?"
Api, Tuan!. Sahut pegawai dengan pantas dan yakin.
Labels: Sengau

