Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Tulisan dari Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis menjawab mengenai isu Konsert Jom Heboh di Perlis...

Mereka mungkin tidak akan kenal lagi apa itu keindahan alam; kejernihan air sungai yang sejuk, pohon-pohon yang menghijau indah, laut yang bersih dan udara yang segar lagi nyaman. Bagi mereka dunia ini semuanya pencemaran. Mereka mungkin tidak dapat faham apabila membaca ungkapan puisi-puisi indah tentang keindahan alam yang diwarisi dari generasi lepas.

Bahkan mereka mungkin menganggap itu semua hanyalah khayalan penulis, atau sejarah yang tidak dapat berulang. Apatah lagi untuk mereka sendiri berkarya tentang keindahan alam semulajadi. Itu hanya mungkin dilakukan jika mereka berkhayal seperti mana pelukis-pelukis hari ini berkhayal tentang alam yang penuh warna-warni seperti di negeri Fairy Topia. Itulah natijahnya apabila pencemaran telah menguasai dunia ini. Mereka kata dunia kotor. Mereka tidak tahu bukan dunia asalnya kotor, tapi manusia yang mencemarinya.

Begitulah dalam soal halal dan haram. Dunia ini asalnya dipenuhi dengan yang halal, bukan yang haram. Segala yang ada di dunia ini diciptakan untuk manusia, kecuali beberapa perkara sahaja yang dilarang sebagai ujian ketaatan kepada Allah dan untuk kebaikan manusia. Sebab itu, umpamanya jika kita mengambil sekeping kertas dan menyenaraikan makanan dan minuman yang diharamkan Allah, maka ia terlalu sedikit. Barangkali tidak sampai satu muka kertas.

Namun jika kita disuruh untuk menyenaraikan perkara-perkara yang dihalalkan, tentu tidak memadai, sekalipun beberapa puluh lembaran kertas.

Maka sebab itu menjadi prinsip dalam Islam bahawa “Hukum asal bagi setiap perkara atau benda adalah harus (boleh)”. Bukan hukum asalnya haram. Maka berdasarkan prinsip ini, setiap makanan, minuman dan perbuatan boleh dilakukan selagi tidak ada dalil yang mengharamkannya. Bukan prinsip Islam, semuanya haram sehingga ada bukti halal. Cuma hanya dalam perkara ibadah, Islam melarang dilakukan apa-apa ucapacara ibadah sehingga adanya dalil bahawa itu diizinkan oleh nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Ini untuk menghalang agama rekaan dan penyalahgunaan nama Allah untuk rekaan sendiri.

Adapun dalam urusan harian, seseorang boleh makan dan minum atau lakukan apa sahaja selagi tiada bukti itu dilarang dalam Islam. Saya selalu umpamakan jika kita berjumpa dengan seekor binatang yang tidak diketahui jenisnya, tidak pula merbahayakan diri jika dimakan, maka -sekalipun namanya tidak diketahui- hukumnya halal dimakan. Inilah agama yang rahmat dan mudah.

Firman Allah: (maksudnya) Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? (Surah Luqman: ayat 20). Juga firmanNya: (maksudnya) Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”. (Surah al-Baqarah: ayat 29).

Juga firmanNya: (maksudnya) Dan Dia memudahkan untuk (kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang berfikir. (Surah al-Jathiah: ayat 13).

Maka daerah halal dalam Islam teramat-amat luas, sementara daerah haram pula terlalu sempit dan sedikit. Jika ada pun yang diharamkan Allah seperti judi, babi dan arak adalah atas hikmah demi kebaikan manusia itu sendiri. Selain ia adalah ujian untuk melambangkan kepatuhan kepadaNya. Setiap perkara dan perbuatan adalah dibolehkan, kecuali jika ada nas yang mengharamkannya.

Sabda Nabi s.a.w.: “Apa yang Allah halalkan dalam kitabNya maka halal. Apa yang Allah haramkan, maka haram. Apa yang Dia diamkan maka itu dimaafkan. Terimalah kemaafanNya. Kerana sesungguhnya Allah tidak pernah lupa sesuatu pun”. Lalu baginda membaca firman Allah (maksudnya): “Maka tidaklah tuhanmu itu lupa” (hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Darqutni, dinilai sahih oleh al-Albani).

Sesiapa yang meneliti nas-nas al-Quran dan al-Sunnah akan mendapati alangkah sedikitnya perkara yang diharamkan Allah dan alangkah banyaknya perkara-perkara yang Allah diamkan tanpa diberikan hukum. Itu semua termasuk dalam perkara yang dihalalkan sebagai satu kemaafan Allah untuk umat ini.

Justeru, saya begitu pelik apabila ada yang menyatakan dalam Islam ini kebanyakan perkara tidak boleh dimakan, diminum dan dibuat. Saya katakan itu dakwaan yang salah, dalam Islam ini, kebanyakan perkara boleh dibuat, dimakan dan diminum. Yang halal itu banyak, sementara yang haram pula sedikit.

Adapun perkara-perkara yang diharamkan itu pula, ada gantinya yang halal yang begitu banyak. Diharamkan arak, dihalalkan begitu banyak minuman lain yang tidak memabukkan. Diharamkan judi, dibenarkan hadiah, upah dan berbagai lagi. Diharamkan zina, disyariatkan perkahwinan. Diharamkan menilik nasib, diajar kepada umat ini solat istikharah. Haramkan babi dan anjing, dihalalkan berbagai binatang yang lain yang begitu banyak. Begitulah seterusnya. Mengapakah manusia menganggap Islam ini sempit? Padahal hanya sedikit diharamkan untuk kemaslahatan manusia. Dan itupun bersama gantian.

Firman Allah: (maksudnya): “Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi (tidak menulis dan membaca), yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-‘Araf: 157).

Jika manusia merasakan Islam terlalu banyak mengharamkan, maka itu mungkin berlaku atas dua sebab. Pertama: manusia sendiri yang mencemari yang halal sehingga ia bertukar haram. Umpamanya, bersuka ria adalah dihalalkan dengan syarat tidak dicampuri perkara-perkara yang dilarang. Namun apabila unsur judi dijadikan saluran bersuka ria umpamanya, maka ia menjadi haram.

Pengurusan kewangan kesemuanya halal. Namun hari ini unsur riba dan penindasan telah dimasukkan dalam banyak urusan kewangan, maka bank-bank banyak yang beroperasi secara haram di segi syarak. Nyanyian dan lagu diizinkan oleh baginda Nabi s.a.w., namun apabila diselangi dengan unsur-unsur yang buruk maka ia dilarang.

Bukan Islam jumud atau sempit. Apabila kita ingin mendengar nyanyian kita sebenarnya hendak mendengar kata-kata yang indah dan bermakna. Bukan melihat pendedahan badan, atau gelagat liar, atau aksi yang pelik-pelik. Di Barat ada artis seperti Paris Hilton yang tiada apa-apa bakat yang menonjol dalam seni nyanyian atau lakonannya, tetapi menjadi masyhur kerana berjaya mendedahkan tubuhnya atau membuat aksi-aksi liar. Apakah industri hiburan kita ingin jadi seperti Barat?

Apabila saya tidak dapat menerima kehadiran artis tertentu ke Perlis bukan bererti saya menyatakan Islam mengharamkan hiburan untuk manusia. Tidak! Sama sekali tidak! Cumanya saya larang watak yang cuba dibawa mengiringi hiburan itu. Seseorang yang apabila berada di atas pentas, atau di depan lensa kamera akan terjerit, atau melompat, atau menunjuk aksi-aksi pelik, adalah lambang mempromosi ketidak matangan hidup. Sedangkan Islam menyeru kepada kematangan watak dan kewibawaan dalam hidup.

Apakah ibu bapa dapat terima jika anak-anak mereka berpewatakan begitu? Ada wartawan bertanya saya: mengapakah saya yang terkenal dengan pendekatan yang terbuka mengambil tindakan memusuhi artis? Saya kata kepada mereka; saya tidak bercakap soal artis atau selain artis. Saya bercakap soal rakyat perlu dididik dengan unsur-unsur yang mampu menjadikan mereka maju ke hadapan, berwibawa dan mempunyai identiti hidup yang jelas.

Bukan juga dengan lawak bodoh –walaupun dinamakan ‘raja lawak’- yang pada saya sebenarnya melekehkan akal rakyat dan mempersendakan kematangan orang ramai. Menonton watak-watak yang seperti itu tidak membangunkan minda mahupun kehalusan seni. Biarlah lagu kita ada ‘class’, lawak kita ada ‘class’. Di samping mendengar dan berhibur, manusia mempelajari falsafah hidup, kehalusan makna dan keindahan kata-kata.

Nabi mendengar nyanyian, dan baginda membuat penapisan. Dalam Sahih al-Bukhari, al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa RasululLah s.a.w datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu”. Baginda melarang lirik tersebut kerana itu tidak benar dan menyeleweng. Sebab, yang mengetahui apa yang bakal berlaku esok, hanyalah Allah S.W.T.

Maka yang menyebabkan banyak perkara dilarang bukan kerana Islam itu jumud, tetapi manusia yang menggiatkan aktiviti itulah yang mencemarinya. Seperti alam sekitar yang saya sebutkan pada awal tadi. Akhirnya, umat Islam hanya mengetahui itu dan ini haram, bukan kerana kesempitan Islam, tapi dek tangan-tangan manusia sendiri. Ditambah pula dengan mereka yang berkesedaran tidak berusaha mengujudkan alternatif untuk semua yang terlarang itu, sedangkan Islam sentiasa mengadakan gantian bagi setiap yang diharamkannya.

Kedua: Islam kelihatan sempit dan jumud apabila wujudnya di kalangan umat Islam kelompok yang asyik mengharamkan segala perkara. Seakan prinsipnya segala perkara itu haram, sehingga terbukti halal. Ini menyanggahi nas-nas Islam yang dinyatakan oleh Allah dan rasulNya. Maka apa sahaja yang dia syak terus haram, bukan sahaja untuk dirinya, tapi untuk orang lain juga. Lalu diharamkan nyanyian secara umum, diharamkan memegang anjing, diharamkan bersiar-siar, diharamkan ketawa, diharamkan barangan jenis itu dan ini atas prasangka sempit dan berbagai lagi.

Lalu Islam dituduh oleh orang lain sempit, sedangkan Allah menyebut : (maksudnya) Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?” katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat”.

Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu Dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang Bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya (Surah al-A’raf: ayat 31-33).

Sebab itu saya pernah mencadangkan dalam negara Islam seperti Malaysia, kita perlukan logo makanan haram, bukan logo halal. Kita hanya ambil tindakan kepada yang menjual makanan haram tanpa meletakkan logo haram. Sebabnya, sepatutnya dalam negara kita yang halal itulah yang banyak, sementara yang haram itu sedikit. Itu selaras dengan prinsip Islam. Maka, secara praktikalnya yang patut dilogokan adalah yang sedikit, bukan yang banyak. Jika tidak, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pengeluar. Maka tidak timbul isu makanan haram, atau cop haram palsu.

Mana mungkin ada orang suka diletakkan cop haram secara tipu-tipu. Maka semua pengusaha akan berusaha agar mereka tidak mendapat atau diwajibkan cop haram. Lalu semua perkara akan beransur menjadi halal. Maka tidaklah terasa sempit Islam kerana setiap kali hendak makan dalam negara Islam pun asyik cari cop halal ada atau tidak. Padahal banyak yang halal, cuma belum mendapat cop. Patutnya, makanlah apapun produk selagi tidak diletakkan logo haram, maka silalah. Itulah baru namanya negara umat Islam. Jika kita hendak buat duit dengan logo halal pun, itu untuk luar negara yang bukan Islam.

Di samping kita perlu tahu, baginda Nabi s.a.w begitu luas dalam soal makanan halal ini. Sebab itu apabila kaum yang baru menganut Islam berkata kepada Nabi s.a.w: “Sesungguhnya satu kaum membawa kepada kami daging yang kami tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak? Adakah kami boleh memakannya atau tidak? Sabda Nabi s.a.w.: “Kamu sebutlah nama Allah dan makanlah” (Riwayat al-Bukhari). Maksudnya, jika kamu tidak pasti tentang hal itu, kamu boleh menyebut nama Allah semasa hendak makan dan makanlah.

Maka, ruang halal begitu luas. Jika ada yang merungut kerana Islam asyik mengharamkan itu dan ini, maka sama ada dunia telah dicemari, atau kita sengaja menyempitkan diri.

Dipetik

Adakah Anda Tahu?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan?

Sesungguhnya memang kita alpa........................ Renung2kan.


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit. Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya.Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri.

Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahumembantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

# ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

# ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

# ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

# DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak..

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Small minds discuss people,
Average minds discuss events,
Great minds discuss ideas !

Terjemahannya,

Minda kecil bincang tentang orang,
Minda biasa bincang tentang keadaan,
Minda cemerlang bincang tentang idea-idea!

Manusia Pintar

Manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna. Kesempurnaan manusia dibuktikan dengan keberadaan akal fikiran atau kecerdasan (intelligence) dalam struktur tubuh manusia.
Kecerdasan manusia memiliki kompleksiti yang sangat rumit dan canggih yang membezakannya dengan kecerdasan yang dimiliki oleh makhluk lain, seperti binatang dan tumbuhan. Dalam diri manusia terdapat beraneka bentuk kecerdasan (multiple intelligences) yang hingga kini masih menjadi bahan penelitian yang tiada habisnya bagi para ahli syaraf dan psikologi. Telah ditemui beberapa jenis kecerdasan manusia, selain kecerdasan intelektual (IQ) yang telah lama diteliti orang, iaitu kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ), serta kecerdasan-kecerdasan yang lainnya.

*Kecerdasan Emosi*
Kecerdasan emosi akan menunjuk kepada suatu kemampuan untuk memahami perasaan diri masing-masing dan perasaan orang lain, kemampuan untuk memotivasi dirinya sendiri, dan menata dengan baik emosi-emosi yang muncul dalam dirinya dan dalam berhubungan dengan orang lain. Sehingga tidak salah jika para ahli ilmu jiwa mengatakan bahwa kecerdasan kognitif (IQ) itu hanya mempunyai peranan 20% dalam kejayaan hidup manusia. Sedangkan selebihnya iaitu 80% akan ditentukan oleh faktor-faktor lain, termasuk di dalamnya faktor yang terpenting adalah kecerdasan emosi (EI). Bahkan Goleman dkk menyebutkan bahwa kecerdasnan kognitif itu hanya mempunyai peranan kedua setelah kecerdasan emosi, dalam menentukan puncak prestasi dalam pekerjaan seseorang.

Kecerdasan emosi memiliki lima unsur pokok yang dibagi dua unsur kecakapan yang harus dibangkitkan secara optimal :
1. Kecakapan Pribadi (Personal Competence) yang meliputi:

a. Kesadaran Diri (Self – Awareness),
mengetahui apa yang kita rasakan pada suatu masa, dan menggunakannya untuk memandu pengambilan keputusaan diri sendiri, memiliki tolak ukur yang realistik atas kemampuan diri dan kepercayaan diri yang kuat. Adapun unsur kesadaran diri yang harus diketahui adalah:
a). Kesadaran emosi (emotional awareness), iaitu mengenali emosi diri sendiri dan efeknya.
b). Penilaian diri secara teliti (accurate self-assessment), iaitu mengetahui kekuatan dan batas-batas diri sendiri.
c). Percaya diri ( self confidence), yaitu keyakinan tentang harga diri dan kemampuan sendiri
b. Pengaturan Diri (Self Regulation),
iaitu menangani emosi kita sedemikian rupa sehingga menghasilkan kesan positif kepada pelaksanaan tugas; peka terhadap kata hati dan sanggup menunda kenikmatan sebelum tercapainya suatu sasaran; mampu segera pulih kembali dari tekanan emosi. Upaya pengaturan diri ini akan optimal jika didukung oleh :
a). Kendali diri (Self Control), yaitu mampu mengelola emosi-emosi dan desakan-desakan hati yang merusak.
b). Sifat dapat dipercaya (Trustworthiness), yaitu kemampuan untuk memelihara norma kejujuran dan integriti.
c). Kesedaran (Conscientiousness), adalah bertanggung jawab atas kinerja pribadi, tidak menyalahkan orang lain.
d). Adaptabiliti (Adaptability), yaitu keupayaan dalam menghadapi perubahan, tidak kaku atau bisa menerima perubahan positif.
e). Inovasi (Innovation), yaitu mudah menerima perubahan dan terbuka terhadap gagasan, pendekatan, dan informasi-informasi baru.

c. Motivasi (Motivation),
adalah menggunakan hasrat kita yang paling dalam untuk menggerakkan dan menuntun menuju sasaran, membantu kita mengambl inisiatif dan bertidak sangat efektif,serta untuk bertahan menghadapi kegagalan dan frustasi. Ada empat kemampuan motivasi yang umumnya dimiliki seseorang, diantaranya adalah :
a). Dorongan berprestasi, yaitu dorongan untuk meningkatkan kemampuan untuk memenuhi standard keunggulan.
b). Komitmen, menyesuaikan diri dengan sasaran kelompok atau lembaga.
c). Inisiatif, adalah kesiapan untuk memanfaatkan kesempat.
d). Optimisme, adalah kegigihan dalam memperjuangkan sasaran kendati ada beberapa halangan dan suatu ketika kemungkinan kegagalan.

2. Kecakapan Sosial (Social Competence) yang meliputi :

a) Empati (Empathy), adalah merasakan yang dirasakan orang lan, mampu memahami perspektif mereka, menumbuhkan hubungan saling percaya dan menyelaraskan diri dengan bermacam-macam orang.
Empati ada tiga macam:
1) Empati kognitif; mengetahui emosi atau suasana hati orang lain.
2) Empati partisipatoris; masuk ke dalam pengalaman subyektif orang lain.
3) Empati afektif; melakukan sesuatu seolah-olah ia berada dalam posisi orang itu : Membangkitkan "emosi" orang lain / memberikan alternative yang lebih baik.
Ciri-ciri empati:
1. Ikut merasakan (sharing feeling), kemampuan untuk mengetahui bagaimana perasaan orang lain.
2. Dibangun berdasarkan kesadaran diri.
3. Peka terhadap bahasa isyarat.
4. Mengambil peranan atau prilaku konkrit (role taking).
5. Kontrol emosi, menyadari dirinya sedang berempati, tidak larut.

Menurut Golmen ada lima kemampuan empati yang umumnya dimiliki oleh seseorang, yakni:
1. Memahami orang lain (understanding others), yaitu mengidra perasaan perasaan dan perspektif orang lain serta menunjukkan minat-minat terhadap kepentingan-kepentingan mereka.
2. Mengembangkan orang lain (developing others), yaitu mengindra kebutuhan orang lain untuk mengembangkan dan meningkatkan kemampuan mereka.
3. Orientasi pelayanan (service orientation), yaitu mengantisipasi, mengakui dan memenuhi keperluan-keperluan pelanggan.
4. Memanfaatkan keragaman (leveraging diversity) , yaitu menumbuhkan kesempatan-kesempatan melalui keragaman pada banyak orang.
5. Kesadaran politik (political awareness), yaitu membaca kecenderungan politik yang sedang berkembang.

b) Keterampilan Sosial (Social Skill),
adalah memahami emosi dengan baik, baik ketika berhubungan dengan orang lain dan dengan cermat membaca situasi dan jaringan sosial; berinteraksi dengan lancar; menggunakan keterampilan-keterampilan ini untuk mempengaruhi dan memimpin, bermusyawarah dan menyelesaikan perselisihan, serta untuk bekerja sama dan bekerja dalam kumpulan. Ada lapan masalah utama yang dihadapi dalam hubungan ~ yaitu: -
Egoisme dan konfrontasi -
Tidak adanya kasih sayang dan kelembutan -
Tidak adanya rasa hormat dan saling menolong -
Mementingkan kepentingan sendiri -
Tidak adanya keseimbangan antara berbicara dan mendengarkan -
Tidak mengenal kompromi dan mengabaikan kesalahan -
Perasaan tertekan secara emosional -
Kepincangan antara harapan pibadi dan karier.
Untuk membangun hubungan sosial yang harmonis hendaknya memperhatikan dua hal . Pertama, citra diri, maksudnya mempersiapkan diri untuk membangun hubungan sosial. Kedua, kemampuan komunikasi, yakni keberhasilan untuk menjalin hubungan antara personal.

Ada enam kata kunci dalam menjaga hubungan agar tetap hamonis, yaitu :
1. Affection (kasih sayang) : sikap tanpa pamrih, ketulusan untuk menolong.
2. Appreciation (penghargaan): menghargai orang lain sebagaimana adanya.
3. Acknowledgment (pengakuan): mengakui nilai-nilai individualiti seseorang.
4. Absolute (kemutlakan): komitmen secara mutlak untuk menjaga hubungan.
5. Acceptance (penerimaan): memberi kesempatan orang lain untuk berkembang tanpa harus membahayakan hubungan.
6. Action (tindakan) : senantiasa mejaga dan meningkatkan hubungan agar harmonis.

Menurut Golmen, ada lima kecakapan empati yang sebaiknya dimiliki setiap orang yaitu :
1. Pengaruh (influence), yaitu terampil menggunakan taktik untuk melakukan persuasi.
2. Komunikasi (communication), yaitu mendengarkan secara terbuka dan mengirimkan pesan secara meyakinkan.
3. Pengurusan konflik (conflict management), yakni merundingkan dan menyelesaikan ketidaksepakatan.
4. Kepemimpinan (leadership), yaitu mengilhami dan membimbing individu atau kelompok. 5. Katalisator perubahan (change catalyst) yaitu mengawali atau mengelola perubahan.
6. Membangun hubungan (building bonds), yakni menumbuhkan hubungan yang bermanfaat. 7. Kolaborasi dan kooperasi (collaboration and cooperation), yakni menjaga kerjasama dengan orang lain demi tujuan bersama.
8. Kemampuan kumpulan ( team capabilities), menciptakan sinergi kelompok dalam memperjuangkan tujuan bersama.

Dipetik dari asal: Drs.Fatah Syuku
Karya asal dalam versi Indonesia

Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri ...

Dr. Fadillah Kamsah merumuskan 7 'C' di bawah sebagai punca suami membenci isteri.

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak y aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.

Fikirkan dan ambil iktibar melalui cerita ini:

Pada suatu hari, seorang ahli sufi bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?". Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga".

"Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya".

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Fakta Ke?

Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.
Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.
Kambing mempunyai anak mata yangberbentuk segi empat tepat.
Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap dan selalunya dua belas.
Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.
Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.
Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata.
Diet Panda ialah 99% berasaskan buluh.
Deria rasa rama-rama di kaki belakangnya.
Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.
Tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama.
Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protien dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.
Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendek kerana penggunaan yang kerap.
Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidah boleh berbuat demikian.
Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5m (8 kaki).
Seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu.
Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di matapisau tajam dan tidak melukakan mereka.
Belalang boleh melompat sejauh 40kali ganda panjang badannya.
Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu mereka tidak boleh mengerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala.
Ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan "tangan" yang baru akan tumbuh.
Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya.

Kisah Pengembara

Seorang pengembara sesat di gurun sahara. dia sedar, satu-satunya cara menyelamatkan diri adalah dengan melihat tanda-tanda adanya perkampungan di kawasan tersebut. puas meliat-lihat, diapun hampir putus asa. sambil berjalan, dia merasa semakin haus dan keletihan. akhirnya, dia mulai merasa hendak pengsan. ketika hampir terjatuh dan nak "padam", tiba-tiba terlihat olehnya ada sebuah kemah lebihkurang 500 meter di depan. dengan merangkak-rangkak, akhirnya ia pun sampai ke situ.."airrrrrrrrrr r....airrrrrrrr"
Seorang Badwi (orang asli sahara)keluar dan dengan simpati berkata, saya tak ada air tuan, tapi saya ada tali leher..nak beli tali leher? Ni, ada satu koleksi tali leher untuk tuan pilih.
Pengembara: bodoh! aku nak mati nak minum air lah! tali leher nak buat apa!
Badwi: baiklah tuan, sekiranya tuan nak air, di sana tu ada kemah lain lebih kurang 2 KM ke selatan, sila lah ke sana.
Mendengar ada air, semangat pengembara terus meluap dan dengan segala kudrat yang masih tinggal, lalu digagahinya untuk ke sana. akhirnya sampailah ke kemah tersebut.di sana ada seorang badwi dengan pakaian Tuxedo (mat salleh punya drssing le tu)
Badwi moden : may I help you sir?
Pengembara: ......waterrrrrrrrrr....
Badwi: Oh sir, I'm sorry, but you can't come in here without a tie!

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)
Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-
Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.Amalan.Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam. Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Batu Permata

Turquoise merupakan sejenis batu berwarna biru, biru kehijauan, hingga hijau. Mengikut lagenda, turquoise dibawa ke Eopah oleh para pedagang Laventine. Pada zaman jajahan pemerintahan Victoria, turquoise berwarna biru langit sangat populer sebagai perhiasan, di mana mengikut kepercayaan, jiwanya akan menyatu dengan alam semesta ketika mengenakan perhiasan batu biru ini.

Obsidian. Biasanya dinamakan kaca gunung berapi (volcanic glass), rupanya seakan-akan rupa kaca yang berwarna hitam. Obsidian ini terjadi daripada lava yang cepat sejuk. Batu ini cantik rupanya tetapi sedikit sahaja barang yang yang boleh diperbuat daripadanya. Ia akan pecah dalam bentuk yang ganjil sekiranya seseorang hendak membentuknya.

Garnet. Sejenis batu batan yang cantik dan ia boleh digilap dengan mudah. Rupanya berbintik-bintik kerana ia sentiasa mengandungi galian-galian hitam yang lain. Batu Garnet juga boleh dijadikan ubat seperti ubat nyamuk dan ubat penyakit kulit.

Amethyst. Menurut Lagenda, meminum air dengan menggunakan Amethyst atau minum dari cawan yang terbuat darinya, akan mencegah terjadinya keracunan. Aquamarine. Aquamarine sering digunakan untuk suatu harapan baik didalam menjalani percintaan dan berbelas kasih. Dikatakan dapat menolong meredakan depresi dan kesedihan. Selain dari itu, ianya dipercayai dapat membangkitkan kembali rasa cinta pada pasangan yang telah lama menikah dan membantu mendapatkan teman-teman baru. Ia juga dapat membantu mata atau pengelihatan.

Citrine. Citrine dikatakan dapat membantu orang untuk berhubungan dengan arwah/Spirit, Ia juga boleh membantu asimilasi dari makanan, membantu orang yang tidak cakap dalam berkomunikasi secara terbuka serta mengembangkan ketenangan mental.

Onyx. Dikatakan boleh membantu koordinasi tubuh, memberi perlindungan dari pengaruh buruk lingkungan sekitar serta dapat mengendalikan diri. Onyx Hitam digunakan untuk merubah suatu kebiasaan buruk. Onyx Mexico (chalcedony putih dan coklat) menolong agar tidur nyenyak.

Mutiara. Mutiara menolong seseorang untuk lebih mengenal diri sendiri dan meningkatkan penghargaan terhadap dirinya. Mutiara membuat pemakainya dapat merasakan cinta dari orang yang memberi mutiara tersebut serta meningkatkan feminitas. Kegunaan lain yaitu membantu terbentuknya antibodi dan melawan infeksi serta membantu ketidakmampuan seseorang dalam mendidik orang lain.

Quartz. Merupakan sejenis batu mendak. Ia terjadi daripada batu pasir tetapi pasirnya tidak terasa. Ia merupakan batu batan yang keras, terlampau keras hingga dijadikan bahan untuk membuat jalan raya. Terdapat beberapa jenis Quartz seperti Druzy Quartz, Rutilated Quartz, Smokey Quartz/Kwarsa Coklat dan White Quartz/Kwarsa Putih.

Ruby. Ruby dikatakan dapat mengatasi rasa takut. Ia juga akan membuka hati seseorang untuk menerima cinta dalam hidupnya. Ruby juga dipakai untuk menghindari schizophrenia.

Sapphire. Sapphire dikatakan dapat menenangkan fkiran serta meningkatkan motivasi dan orientasi tujuan hidup. Batu ini juga dapat meningkatkan kadar kandungan potassium, magnesium, kalsium dalam badan.Peridot. Peridot membantu fungsi dari kelenjar adrenal, memberikan keseimbangan energi fisik dan membantu orang yang terlalu sering mengalami ketegangan emosional/stress.

Berbekam II

Amalan Rawatan Berbekam
Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan ini telah menjadi amalan Rasulullah SAW. Bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasulullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan Isra' Mikraj. Sebagai orang Islam kita seharusnya menerima kaedah rawatan ini mempunyai hikmah yang besar ketentuannya.
Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik pengubatan yang kamu pergunakan menjadi ubat ialah berbekam". (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
"Selama aku berjalan pada malam Isra" bersama malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam" (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Hukum Berbekam
Berbekam adalah diharuskan kepada kita. Menurut Imam Al-Ghazali, berbekam termasuk dalam fardhu kifayah.
Mengapa Perlu Berbekam
Selepas tiga bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urik, urea, mengandungi toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan oleh sel darah merah baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan adan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat. Kesannya akan mengganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal hati berfungsi dengan sempurna yang akjirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasi oleh tubuh kita ialah terasa lesu, letih, kebas pada anggota kaki tangan, tidak bermaya, pening, cepat bosan, mengantuk dan mudah pitam. Kemudian penyakit kronik akan mula mengancam.
Rasulullah SAW bersabda : " Berbekamlah... jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah, maka ia akan membunuhmu". (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
sumber

Berbekam

Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W. Ia merupakan istilah Melayu bererti perlepasan angin dalam badan atau perlepasan darah kotor dari badan. Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai 'Al-Hijamah' bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh, gelas atau yang paling moden dengan menggunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.

Kebaikan Kaedah Bekam

Perawatan dengan kaedah Bekam ini memberi banyak faedah kebaikan kepada manusia sejagat, antaranya ialah:

1. Sihat tubuh badan.
2. Menghilangkan keletihan dan penat badan.
3. Mengimbangi daya tahan badan.
4. Buang angin dalam kepala khususnya sakit kepala.
5. Buang darah - buang toksik darah.
6. Sakit urat.
7. lemah-lemah otot dan lain-lain lagi.

Umar Bin Abdul Aziz

Kisah yang menakjubkan antara khalifah Umar Bin Abdul Aziz Rahimahullah dengan puteranya , yang keduanya begitu mencintai dan takut kepada Allah, dan juga menunjukkan keberhasilan seorang ayah mendidik anaknya, dan seorang anak dan pemuda yang berbakti kepada orang tuanya. Seorang pemuda yang soleh yang memberikan manfaat kepada orang tuanya dan masyarakatnya.
Belum lagi tabi’in yang Agung Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz membersihkan tangannya dari mengebumikan jenazah khalifah sebelumnya Sulaiman bin Abdul Malik. Tiba-ti­ba beliau mendengar suara gemuruh tanah di sekitarnya, lalu beliau berkata: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah kenderaan-­kenderaan khalifah wahai Amirul mukminin, telah dipersiapkan agar Anda sudi menaikinya.
Beliau memandang dengan sebelah matanya dan berkata dengan terputus-putus karena lelahnya dan rasa mengantuknya setelah semalaman tidak tidur: “Apa urusanku dengan kenderaan ini?! Jauhkanlah ia dariku, semoga Allah memberkati kalian. Dekatkan saja bighal milikku, karena itu cukup bagiku.”“Bukankah Anda tahu bahawa setiap umat itu memiliki orang yang mulia, dan orang mulia bagi Bani Umayyah adalah Umar bin Abdil Aziz, dan dia akan dibangkitkan pada hari kiamat menjadi umat yang satu. ” (Muhammad bin Ali bin Al-Husein)
Belum sempat beliau meluruskan posisi punggungnya di atas bighal, tiba-tiba datanglah kepala parajurit yang berjalan mengawal di depan beliau beserta beberapa pasukan yang berjalan berbaris di kanan dan kiri beliau, sedang di tangan mereka menggenggam tombak yang ber­kilau. Khalifah berkata kepada kepala parajurit tersebut: “Aku tidak berkehendakan anda dan juga mereka. Aku hanyalah orang biasa dari kaum muslimin, berjalan sebagaimana mereka berjalan.
Kemudian beliau berjalan dan orang-orang pun berjalan hingga sampai ke masjid, lalu dikumandangkanlah azan serta seruan “shalat jama’ah .. shalat jama’ah .. ” Lalu manusia, memenuhi setiap sisi di dalam masjid. Setelah manusia berkumpul, Umar bin Abdul Aziz naik mimbar dan berkhut­bah.
Beliau memuji Allah dan menyanjung-Nya lalu mengucapkan selawat atas junjungan besar Nabi kemudian berkata: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah mendapat musibah de­ngan urusan ini (yakni diangkatnya beliau sebagai khalifah), tanpa per­timbangan dariku, tanpa aku memintanya, tanpa musyawarah di an­tara kaum muslimin, maka aku lepaskan bai’at yang melilit leher kalian dariku .. lalu silalah kalian memilih pemimpin lagi yang kalian redhai.”

Maka manusia berteriak dengan satu suara: “Kami memilih anda wahai amirul mukminin dan kami redha kepada anda. Kami serah­kan urusan kami dengan harapan keberuntungan dan keberkatan.” Ketika beliau melihat suara-suara mulai tenang dan hatipun mulai ter­tata, maka beliau bertahmid kepada Allah untuk kesekian kalinya dan mengucapkan shalawat atas Nabi Muhammad sebagai hamba dan utusan-Nya.Beliau menganjurkan manusia untuk sentiasa bertakwa kepada Allah, zuhud di dunia, berharap kenikmatan akhirat serta mengingat­kan kepada mereka tentang kematian. Hingga sanggup melunakkan hati yang keras dan menitiskan air mata orang yang sedar akan do­sanya. Begitulah nasihat yang keluar dari hati akan sampai di hati orang yang mendengarnya ..

Beliau mengeraskan suara agar semua orang mendengarnya: “Wa­hai manusia, barangsiapa yang taat kepada Allah maka wajib untuk ditaati dan barangsiapa yang memerintahkan maksiat maka tiada ketaatan kepadanya siapapun dia. Wahai manusia, taatilah aku selagi aku mentaati Allah dalam memerintah kalian. Namun jika aku ber­maksiat kepada Allah, maka tiada kewajiban sedikitpun bagi kalian untuk mentaatiku.”

Selanjutnya beliau turun dari mimbar dan beranjak menuju ru­mahnya dan masuk ke dalam kamarnya. Beliau ingin sekali istirehat barang sejenak setelah memeras tenaganya karena banyaknya kesi­bukan pasca wafatnya khalifah sebelumnya.

Akan tetapi, belum lagi lurus punggungnya di tempat tidur, tiba-­tiba datanglah putera beliau yang bernama Abdul Malik -ketika itu dia berumur 17 tahun- dia berkata: Abdul Malik : “Apa yang ingin Anda 1akukan wahai amirul mukminin?”

Umar bin Abdul Aziz: “Wahai anakku, aku ingin memejamkan mata barang sejenak karena sudah tak ada lagi tenaga yang tersisa,”

Abdul Malik : “Apakah Anda akan tidur sebelum mengembalikan hak orang-orang yangdizalimi wahai amirul mukminin?”Umar bin Abdul Aziz : “Wahai anakku, aku telah berhabisan semala­man untuk menguruskan makam bapa saudaramu Sulaiman, nanti jika telah datang waktu Zuhur aku akan solat bersama manusia dan akan aku kembalikan hak orang-orang yang dizalimi kepada pemiliknya, Insya Allah.”Abdul Malik : “Siapa yang menjamin bahawa anda masih hidup hing­ga datang waktu Zuhur wahai amirul mukminin?”

Kata-kata ini telah menggugat semangat Umar, hilanglah rasa mengantuknya, kembalilah semua kekuatan dan tekad pada jasadnya yang telah lelah, beliau berkata: “Mendekatlah engkau nak!” Lalu mende­katlah putera beliau kemudian beliau merangkul dan mencium ke­ningnya dan berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menge­luarkan dari tulang sulbiku seorang anak yang dapat membantu melaksanakan agamaku.”

Kemudian beliau bangun dan memerintahkan untuk menyeru ke­pada manusia: “Barangsiapa yang merasa dizalimi hendaklah se­gera melapor.”

Siapakah gerangan Abdul Malik itu? Orang-orang berkata tentang beliau ini: “Sesungguhnya dialah yang memberikan motivasi kepada ayahnya hingga menjadi seorang ahli ibadah dan dia pula yang mem­bimbing ayahnya menempuh jalan zuhud,” Maka marilah kita menel­usuri kisah pemuda yang soleh ini dari awalnya.

Umar bin Abdul Aziz memiliki 15 anak, tiga di antaranya adalah wanita. Mereka seluruhnya memiliki prestasi dalam hal takwa dan ­tingkat kesolehannya. Akan tetapi Abdul Malik bagaikan inti kalung di antara saudara-saudaranya, atau seperti bintang di tengah-tengah mereka. Beliau adalah seorang yang sopan, mahir dan cerdas, umur­nya masih muda namun akalnya begitu dewasa.

Beliau tumbuh dalam ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sejak memasuki usia remaja. Beliau adalah orang yang paling mirip dengan Abdullah bin Umar di antara seluruh keturunan Al-Khathab. Khususnya dalam hal ketakwaan, rasa takutnya bermaksiat dan taqarrubnya kepada Allah dengan ketaatan.
Putera paman beliau yang bernama ‘Ashim bercerita: “Aku tiba di Damaskus dan menginap di rumah putera pamanku Abdul Malik yang ketika itu masih bujang. Kami shalat Isyak dan setelah itu masing-masing masuk ke kamar tidurnya. Lalu Abdul Malik men­dekati lampu dan memadamkannya. Kamipun telah merasa kantuk. Ketika itu aku bangun di tengah malam dan ternyata Abdul Malik tengah berdiri shalat dalam kegelapan; sedangkan ia membaca firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Maka bagaimana pendapatmu jika Kami berikan kepada mereka kenikmatan hidup bertahun-tahun. Kemudian datang kepada mereka azab yang telah diancamkan kepada mereka, niscaya tidak berguna bagi mereka apa yang mereka selalu menikmatinya” (Asy-Syu’ara’: 205-207)

Kudengar dia mengulang-ulang ayat tersebut sembari menahan tangisnya dan akhirnya keluar pula air matanya yang tak mampu dia tahan. Setiap kali sampai di ayat tersebut dia mengulanginya sam­pai-sampai aku berkata dalam hati: “Tangisan itu bisa menyebabkan kematiannya. “Maka tatkala aku melihatnya aku mengatakan: “Laa ilaha illallah wal hamdulillah” seperti yang biasa diucapkan orang tatkala terjaga dari tidumya, dengan harapan agar ia menghentikan tangisnya begitu mendengar ada orang yang bangun. Tatkala dia mende­ngarku maka iapun diam dan aku tidak mendengar lagi isak tangis­nya.

Pemuda keturunan Umar ini berguru kepada ulama-ulama senior pada zamannya hingga begitu akrab dengan Kitabullah, mengambil bagian yang banyak dari hadits Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Salam dan mendalami ilmu­-ilmu agama. Hingga pada gilirannya beliau masuk dalam kelompok pertama dari fuqaha’ penduduk Syam pada zamannya kendati masih muda belia.

Telah diriwayatkan bahwa Umar bin Abdul Aziz pernah mengum­pulkan para penghafal Kitabullah dan para fuqaha’ di Syam lalu ber­kata: “Sesungguhnya aku mengundang kalian untuk suatu urusan ke­zhaliman yang terjadi dalam keluargaku (yakni pada masa khalifah Sulaiman), bagaimana pendapat kalian?” Mereka menjawab: “Wahai amirul mukminin, sesungguhnya hal itu bukanlah tanggung jawab Anda, dan dosanya ditanggung oleh orang yang merampas hak tersebut. “Namun jawaban tersebut belum bisa memuaskan hati Umar. Kemudian salah seorang di antara mereka yang tidak sependapat dengan pendapat tersebut berkata: “Undang­lah Abdul Malik wahai amirul mukminin, karena beliau layak untuk Anda undang karena ilmu” kefakihan dan kecerdasannya.” Tatkala putra Umar, yakni Abdul Malik masuk, amirul mukminin bertanya: “Bagaimana pendapatmu tentang harta yang diambil oleh anak-anak paman kita (Sulaiman) secara zhalim? Padahal orang-orang yang memiliki hak tersebut telah datang dan menuntutnya, sementara kita mengetahui hak mereka?”

Abdul Malik berkata: “Menurut hemat saya, hendaknya Anda mengembalikan barang tersebut kepada yang memiliki selagi Anda mengetahui urusannya, karena jika Anda tidak melakukannya maka Anda telah berserikat dengan orang yang mengambil hak dengan cara yang zhalim.” Menjadi teranglah hati Umar, menjadi tenanglah jiwa beliau dan hilanglah rasa gelisah yang menyelimuti hatinya.

Pemuda keturunan Umar ini lebih memilih hidup di bumi ribath ­(perbatasan untuk menjaga serangan musuh) dan menetap di salah satu desa yang dekat dengannya daripada tinggal di Syam. Beliau menuju kesana dan beliau tinggalkan Damaskus yang penuh dengan taman yang subur, pepohonan yang rindang dan sungai-sungai yang indah.

Ayahanda beliau -kendati telah mengetahui betul akan keshalihan dan ketakwaannya- masih merasa khawatir jika anaknya tergelincir oleh tipu daya syaitan, amat mendambakan jika anaknya senantiasa menjadi pemuda yang tegar. Beliau selalu ingin mengetahui urusan­nya selagi mampu mengetahuinya. Beliau sama sekali tidak meremehkan urusan ini.

Maimun bin Mahran, menteri Umar bin Abdul Aziz sekaligus penasihat yang membantu beliau, bercerita: Aku menemui Umar bin Abdul Aziz sedangkan aku lihat beliau tengah menulis surat yang ditujukan untuk putera beliau Abdul Malik. Beliau bermaksud menasihati putranya, memberikan pengarahan, pe­ringatan dan kabar gembira. Di antara yang beliau tulis adalah: “Amma ba’du, sesungguhnya orang yang paling berhak untuk men­jaga dan memahami perkataanku adalah engkau. Dan sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala -alhamdulillah- telah mengaruniakan kebaikan kepada kita sejak kecil hingga sekarang. Maka ingatlah wahai anakku akan karunia Allah kepadamu dan juga kepada kedua orang tuamu. Jauhilah olehmu sifat takabur dan merasa besar, karena hal itu adalah perbuatan syetan, sedangkan syetan adalah musuh yang nyata bagi orang-orang yang beriman.”

“Ketahuilah, sesungguhnya aku mengirim surat ini untukmu bu­kan karena aku mendengar suatu berita tentangmu, aku tidak men­dengar berita tentangmu kecuali yang baik-baik. Hanya saja telah sampai kepadaku tentang kebanggaanmu terhadap dirimu. Sean­dainya rasa ujub ini muncul pada dirimu hingga menyebabkan aku tidak menyukainya, maka engkau akan melihat sesuatu yang tidak kau sukai dariku.”

Maimun berkata: “Kemudian Umar menoleh kepadaku dan berkata: “Wahai Maimun, sesungguhnya dalam pandangan mataku Abdul Malik begitu baik, namun aku khawatir jika kecintaanku kepadanya mengalahkan pengetahuanku terhadapnya, sehingga aku men­dapatkan diriku seperti orang tua yang buta, pura-pura tidak tahu terhadap kekurangan anaknya.

Maka datanglah kepadanya, selidikilah keadaannya dan lihatlah apakah engkau melihat tanda-tanda kesombongan dan kebanggaan pada dirinya? Karena dia masih terlalu muda, belum tentu aman dari tipu daya syetan.”

Maimun berkata: “Maka aku melakukan perjalanan menemui Abdul Malik hingga bertemu dengannya. Aku meminta ijin lalu masuk. Ter­nyata dia adalah seorang pemuda yang masih belia, pemuda yang ga­gah, tampan dan tawadhu’, dia duduk di atas alas dari rambut. Dia mendekat kepadaku kemudian berkata: Abdul Malik : “Aku telah mendengar ayah menyebut-nyebut kebaik­an Anda, saya berharap agar Allah memberikan manfaat karena Anda.”Maimun : “Bagaimanakah keadaan Anda hari ini?” .

Abdul Malik : “Mendapatkan kebaikan dan nikmat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hanya saja saya takut jika aku terpedaya oleh sikap husnudhan ayah kepadaku, padahal saya belum mencapai keutamaan sebagai­mana yang beliau duga. Aku khawatir jika kecintaan beliau ke­padaku telah mengalahkan pengetahuan beliau tentang diriku, sehingga hal itu menjadi bencana bagiku.”

Maimun: (Aku sungguh heran bagaimana keduanya bisa sepakat pemikirannya) “Beritahukanlah kepadaku, dari mana engkau men­cari nafkah?”

Abdul Malik: “Dari hasil bumi yang telah aku beli dari orang yang mendapatkan warisan dari ayahnya, aku membayarnya dengan uang yang tidak ada syubhat di dalamnya. Dengannya aku dapat mencukupi kebutuhanku,”

Maimun: “Apa yang kau makan setiap harinya?”

Abdul malik: “Sehari daging, sehari adas dan sehari makan cuka dan zaitun, dengan ini cukup untuk hidup.”­Maimun: “Apakah engkau merasa bangga dengan keadaanmu?” Abdul Malik : “Begitulah pada awalnya, namun manakala ayah menasihatiku dan memberikan pengertian kepadaku dan mengingatkan akan kekuranganku, maka Allah memberikan manfaat kepadaku dengannya, semoga Allah membalas kebaikan ayah dengan balasan yang baik.”

Kemudian aku (Maimun) duduk-duduk beberapa saat sambil ber­bincang-bincang dengannya, maka aku tidak melihat pemuda yang lebih tampan, lebih berakal, lebih bagus adabnya darinya kendati masih sangat muda dan sedikit pengalamannya.Ketika waktu telah menjelang sore, seseorang mendatanginya dan berkata: “Semoga Allah menjadikan Anda sejahtera, kami telah me­ngosongkannya .. ” Dia terdiam, lalu aku bertanya: Maimun: “Apa maksud dia berkata “kami telah mengosongkannya?”

Abdul Malik : “Kolam mandi.”
Maimun: “Ada apa dengan kolam mandi itu?”
Abdul Malik : “Orang-orang mengosongkannya untukku.”
Maimun: “Sungguh engkau telah melakukan sesuatu yang besar, hingga aku mendengar berita ini.”
Abdul Malik: (Dengan rasa takut dan membaca istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi raji’un) “Lalu berkata: dalam hal mana wahai paman?”
Maimun: “Apakah kolam tersebut milikmu?”
Abdul Malik: “Bukan!”
Maimun: “Lantas atas dasar apa kamu menyuruh manusia keluar darinya kemudian engkau memakainya? Seakan engkau ingin me­ngunggulkan dirimu di atas mereka dan engkau menjadikan ke­hormatanmu di atas kehormatan mereka? Engkau juga mengganggu pemilik kolam tersebut untuk memenuhi kebutuhan hariannya dan engkau membuat orang-orang kecewa karena harus pulang lantaran tak boleh masuk.”

Abdul Malik : “Tentang pemilik kolam, dia telah merelakan dan mem­berikan haknya kepadaku.”
Maimun: “Itulah pelayanan yang dengannya engkau dapat tercemari oleh takabur. Apa yang menghalangimu untuk masuk bersama manusia, sedangkan engkau seperti mereka juga?”

Abdul Malik : “Yang menghalangiku adalah, sebagian orang-orang mis­kin masuk kolamtanpa mengenakan penutup, maka aku tidak suka melihat aurat mereka. Dan aku tidak bisa pula memaksa mereka untuk mengenakan penutup karena mereka akan menganggap seakan saya menggunakan kekuasaan saya yang mana saya memohon kepada Allah ta’aala agar membersihkan kami dari tendensi semacam itu. Maka berilah nasihat kepadaku semoga Anda mendapatkan rahmat dari Allah ta’aala, sehingga saya bisa mengambil manfaatnya. Dan berilah masukan agar saya bisa memecahkan persoalan ini.”Maimun : “Tunggulah sampai orang-orang keluar semua dari kolam di malam hari dan mereka telah kembali ke rumah masing-masing, kemudian barulah kamu masuk kolam.”
Abdul Malik : “Baik, aku janji tidak akan masuk ke dalamnya di siang hari setelah hari ini.” Kemudian dia diam sejenak seakan memikir­kan sesuatu. Lalu dia mengangkat kepalanya dan berkata: “Saya memohon kepada Anda agar tidak menyampaikan kabar ini kepada ayah, karena aku khawatir dia akan marah kepadaku. Aku takut jika sewaktu-waktu ajal tiba sedangkan beliau dalam keadaan tidak ridha kepadaku.”Maimun berkata: “Jika amirul mukminin bertanya apakah aku me­lihat suatu kejanggalan pada dirimu, maka apakah engkau rela jika aku harus berdusta kepada beliau?”
Dia menjawab: “Tentu saja tidak, na’udzu billah, akan tetapi anda bisa berkata: “Aku memang melihat sesuatu darinya, lalu aku telah menasihatinya dan memberikan gam­baran kepadanya bahwa urusannya itu besar, kemudian dia mau mem­perbaiki dirinya.” Karena ayah tidak akan meminta Anda untuk mem­buka rahsia ini selagi Anda tidak menceritakan kepada beliau. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjaga beliau dari mengorek sesuatu yang menjadi rahasia.”Maimun berkata: “Aku belum pernah melihat seorang anak dan orang tua semisal keduanya, semoga Allah merahmati keduanya.”

Semoga Allah meredhai khalifah Ar-Rasyidin yang kelima Umar bin Abdul Aziz, semoga Allah memberikan kebahagiaan kepada beliau di alam kubur dan juga Abdul Malik putra dan jantung hatinya. Semoga keselamatan menyertai mereka di hari perjumpaan dengan Ar-Rafiiqul A’la, keselamatan menyertai keduanya di hari kebangkitan bersama orang-orang yang berbuat kebaikan.
Sumber: Shuwaru min Hayati At-Tabi’in

Beberapa Petikan Kata-Kata Pujangga Umar Bin Abdul Aziz.

1) “Sesungguhnya setiap perjalanan musafir mustahil tidak mempunyai bekalan. Justeru itu, sediakanlah bekalan musafirmu semasa hidup di dunia untuk menempuhi perjalanan ke alam akhirat.”

2) “Wahai manusia! Bukankah kalian semua telah tahu bahawasanya tidak ada lagi tempat tinggal di akhirat kelak selain daripada neraka dan syurga, di mana kalian semua akan menuju ke arah salah satu di antara keduanya kelak.”

3) “Janganlah kalian semua dilalaikan oleh tugas-tugas duniawi di saat tibanya waktu solat. Bersegeralah kepadanya kerana sesiapa yang membiasakan dirinya melengah-lengahkan solat kerana tugas-tugas duniawinya nescaya syariat-syariat Islam yang lainnya akan lebih mudah dicuaikan olehnya.”

4) “Bekerjalah untuk dunia mengikut tahap kemampuan kalian dan beramallah untuk akhirat mengikut tahap kemampuan kalian juga.”

5) “Hati hanya mampu menolong pekerjaan kalian mengikut setakat mana keikhlasan kalian di dalam mengendalikan pekerjaan tersebut.”

6) “Sesungguhnya aku lebih khuatir dengan banyaknya dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh menusia daripada hebatnya tipu helah dan perancangan musuh mereka.”

7) “Celakalah bagi sesiapa yang kepentingan duniawinya mengatasi matlamat ukhrawinya.”

8) “Perbanyakkan olehmu mengingati mati dan persiapkanlah bekalan akhiratmu sebaik-baiknya sebelum ajal menemui kalian kerana sesungguhnya memperbanyakkan mengingati mati akan menjauhkan hati daripada terpesona dengan kelazatan dunia.”

Bendera Malaysia

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.

Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.

Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu Semasa Dikibarkan di Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Upacara Menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu Kali Pertama

Bendera Persekutuan Tanah Melayu

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru - Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.

JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka.

sumber

Nilainya Percuma

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Penemu Naskah Undang-Undang Zaman Adityawarman


Oleh: Syofiardi Bachyul Jb/PadangKini.com


ULI Kozok, doktor filologi asal Jerman, telah mengejutkan dunia penelitian bahasa dan sejarah kuno Indonesia. Lewat temuan sebuah naskah Malayu kuno di Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi yang ia lihat pertama kali di tangan penduduk pada 2002, ia membantah sejumlah pendapat yang telah menjadi pengetahuan umum selama ini.


Pendapat pertama, selama ini orang beranggapan naskah Malayu hanya ada setelah era Islam dan tidak ada tradisi naskah Malayu pra-Islam. Artinya, dunia tulis-baca orang Malayu diidentikkan dengan masuknya agama Islam di nusantara yang dimulai pada abad ke-14.


"Naskah Undang-Undang Tanjung Tanah" yang ditemukan Kozok merupakan naskah pertama yang menggunakan aksara Pasca-Palawa dan memiliki kata-kata tanpa ada satupun serapan ‘berbau' Islam.


Berdasar uji radio karbon di Wellington, Inggris naskah ini diperkirakan dibuat pada zaman Kerajaan Adityawarman di Suruaso (Tanah Datar, Sumatera Barat) antara 1345 hingga 1377. Naskah ini dibuat di Kerajaan Dharmasraya yang waktu itu berada di bawah Kerajaan Malayu yang berpusat di Suruaso. Karena itu Kozok mengumumkan naskah tersebut sebagai naskah Malayu tertua di dunia yang pernah ditemukan.


"Ada pakar sastra dan aksara menganggap tidak ada tradisi naskah Malayu sebelum kedatangan Islam, ada yang beranggapan Islam yang membawa tradisi itu ke Indonesia, dengan ditemukannya naskah ini teori itu runtuh," kata Kozok yang bertemu Padangkini.com di Siguntur, Kabupaten Dharmasraya pengujung Desember 2007.


Tips Penjagaan Mata

Seharian bekerja dari pagi hingga ke malam tentu saja memenat kita. Mata kita juga tentu sekali merasa letih. Keletihan mata boleh menyebabkan kita nampak lebih tua dari usia yang sebenar. Ini kerana mata kelihatan tidak bermaya & sekitarnya menjadi lebam terutamanya jika kurang tidur.

Wanita yang memiliki sepasang mata yang cantik boleh membuat sesiapa saja terpesona bila memandang. Oleh itu mata haruslah segar, sihat dan berseri. Setiap wanita harus mementingkan penjagaan mata.

TIP PENJAGAAN MATA

1. Elakkan menggosok mata.

2. Ketika membersihkan wajah, elakkan terkena bahagian mata.

3. Gunakan krim atau gel yang dikhususkan untuk bahagian mata.

4. Ketika membersihkan bahagian mata, gunakan jari telunjuk dengan melakukan urutan perlahan mengikut pusingan jam.

5. Elakkan minum air terlalu banyak sebelum masuk tidur. Ini kerana meminum air yang terlalu banyak sebelum tidur membuat mata jadi sembab dan bengkak.

6. Pastikan anda mendapat rehat dan tidur secukupnya bagi mengelakkan mata bengkak.

Air Mata Wanita

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak.""Saya tak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?""Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis?
Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar."
Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. "Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. "
Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak- anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. "
Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Semoga Allah SWT menjadikan air mata yang jatuh di sudut-sudut mata kaum Hawa adalah air mata yang berharga dipandangan-Nya, hingga dapat membersihkan hati yang pekat ini untuk mudah disusupi cahaya Ilahi Rabbi. Semoga air mata kelak tidak menjadi titisan darah kerana letihnya kita berteriak dan mengetuk pintu surga yang telah tertutup rapat setelah pengadilan itu nanti.
sumber

Apa Itu BLOG?

Blog adalah kependekan dari Weblog, istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut kelompok website pribadi yang selalu diupdate secara continue dan berisi link-link ke website lain yang mereka anggap menarik disertai dengan komentar-komentar mereka sendiri.

Blog kemudian berkembang mencari bentuk sesuai dengan kemauan para pembuatnya atau para Blogger. Blog yang pada mulanya merupakan ''catatan perjalanan'' seseorang di internet, yaitu link ke website yang dikunjungi dan dianggap menarik, kemudian menjadi jauh lebih menarik daripada sebuah daftar link. Hal ini disebabkan karena para Blogger biasanya juga tidak lupa menyematkan komentar-komentar ''cerdas'' mereka, pendapat-pendapat pribadi dan bahkan mengekspresikan sarkasme mereka pada link yang mereka buat.

Dari komentar-komentar tadi biasanya Blog kemudian menjadi jendela yang memungkinkan kita ''mengintip'' isi kepala dan kehidupan sehari-hari dari penciptanya. Blog adalah cara mudah untuk mengenal kepribadian seseorang Blogger. Topik-topik apa yang dia sukai dan tidak dia sukai, apa yang dia pikirkan terhadap link-link yang dia pilih, apa tanggapannya pada suatu isu. Seluruhnya biasanya tergambar jelas dari Blog-nya. Karena itu Blog bersifat sangat personal.

Roger Yim, seorang kolumnis San Francisco Gate pada artikelnya di Februari 2001, menuliskan bahwa sebuah Blog adalah persilangan antara diary seseorang dan daftar link di internet. Sedangkan Scott Rosenberg dalam kolomnya di majalah online Salon pada Mei 1999 menyimpulkan bahwa Blog berada pada batasan website yang lebih bernyawa daripada sekadar kumpulan link tapi kurang instrospektif dari sekadar sebuah diary yang disimpan di internet.

Perkembangan lain dari Blog yaitu ketika kemudian Blog bahkan tidak lagi memuat link-link tapi hanya berupa tulisan tentang apa yang seorang Blogger pikirkan, rasakan, hingga apa yang dia lakukan sehari-hari. Blog kemudian juga menjadi diary anline yang berada di internet. Satu-satunya hal yang membedakan Blog dari diary atau jurnal yang biasa kita miliki adalah bahwa Blog dibuat untuk dibaca orang lain. Para Blogger dengan sengaja mendesain Blog-nya dan isinya untuk dinikmati orang lain.

Blog pertama kemungkinan besar adalah halaman What's New pada browser Mosaic yang dibuat oleh Marc Andersen pada tahun 1993. Kemudian pada Januari 1994 Justin Hall memulai website pribadinya Justin's Home Page yang kemudian berubah menjadi Links from the Underground yang mungkin dapat disebut sebagai Blog pertama seperti yang kita kenal sekarang.

Hingga pada tahun 1998, jumlah Blog yang ada di luar sana belumlah seberapa. Hal ini disebabkan karena saat itu diperlukan keahlian dan pengetahuan khusus tentang pembuatan website, HTML, dan web hosting untuk membuat Blog, sehingga hanya mereka yang berkecimpung di bidang internet, System Administrator atau Web Designer yang kemudian pada waktu luangnya menciptakan Blog-Blog mereka sendiri.

Pada Agustus 1999 sebuah perusahaan Silicon Valley bernama Pyra Lab meluncurkan layanan Blogger.com yang memungkinkan siapa pun dengan pengetahuan dasar tentang HTML dapat menciptakan Blog-nya sendiri secara online dan gratis. Walaupun sebelum itu (Juli 1999) layanan membuat Blog online dan gratis yaitu Pitas telah ada dan telah membuat Blogger bertambah hingga ratusan, tetapi jumlah Blog tidak pernah bertambah banyak begitu rupa sampai Blogger.com muncul di dunia per-blog-an.

Blogger.com sendiri saat ini telah memiliki hingga 100.000 Blogger yang menggunakan layanan mereka dengan pertumbuhan jumlah sekitar 20% per bulan. Blogger.com dan Pitas tentu tidak sendirian, layanan pembuat blog online diberikan pula oleh Grouksoup, Edit this Page dan juga Velocinews.

Sejak saat itu Blog kian hari kian bertambah hingga makin sulit untuk mengikutinya. Eatonweb Portal adalah salah satu daftar Blog terlengkap yang kini ada diantara daftar Blog lainnya. Ribuan Blog kemudian bermunculan dan masing-masing memilih topik bahasannya sendiri, dimulai dari bagaimana menjadi orangtua yang baik, hobi menonton film, topik politik, kesehatan, seks, olah raga, buku komik dan macam-macam lagi. Bahkan Blogger ada Blog tentang barang-barang aneh yang dijual di situs lelang Ebay yang bernama Who Would By That?
Cameron Barret menulis pada Blog-nya esai berjudul ''Anatomy of a Weblog'' yang menerangkan tema dari Blog. Blog seringkali sangat terfokus pada sebuah subjek unik yaitu sebuah topik dasar dan/atau sebuah konsep yang menyatukan tema-tema dalam Blog tersebut. Secara sederhana topik sebuah Blog adalah daerah kekuasaan si Blogger-nya tanpa ada editor atau bos yang ikut campur, tema segila apa pun biasanya dapat kita temukan sejalan dengan makin bermunculannya Blog di internet. Dan ya, ide itu telah terpikirkan, Blogger bahkan sekarang telah membuat Blog dari Blog, dan bahkan Blog dari Blog dari Blog.

Dari sedemikian banyak Blog yang ada, Blog-blog yang menetapkan standar dari Blog dan terkenal sehingga memiliki penggemarnya sendiri di antaranya adalah Blog milik Jorn Barger, Robot Wisdom yang disebut-sebut merupakan Blog terbesar dan paling berguna dimana dia setiap harinya menyodorkan sekian banyak link yang dibentuk dari ketertarikannya pada seni dan teknologi. Camworld adalah Blog populer milik Cameron Barret seorang desainer interaktif di mana dia mengkatrgorikan topik-topik Blog-nya pada kategori, Random Thoughts, Web Design dan New Media. Camworld dapat disebut sebagai Blog klasik dalam arti Blog tersebut mengandung dosis tepat dari karakter dan opini pribadi dicampur dengan keselektifan pemilihan link-nya.
(iah/net)

NEW YORK 15 April – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam memberi amaran bahawa krisis makanan dunia kini sudah sampai ke tahap kecemasan.

Menurut Ki-moon, krisis tersebut mengancam kemajuan yang dicapai sejak tujuh tahun lalu dalam kempen memerangi kemiskinan sejagat. Beliau menggesa langkah- langkah kecemasan jangka pendek diambil di banyak rantau di dunia bagi memenuhi keperluan makanan yang mendesak dan mengelakkan berlakunya kebuluran. Dalam pada itu, usaha jangka panjang adalah perlu bagi meningkatkan pengeluaran bijirin, tegas beliau.

“Masyarakat antarabangsa juga perlu bertindak segera secara bersepadu untuk mengelakkan implikasi politik dan keselamatan yang lebih besar berpunca daripada krisis ini,” kata beliau. Ki-moon berkata demikian kepada pegawai perdagangan dan kewangan antarabangsa pada satu mesyuarat PBB berikutan rundingan mereka di Washington pada hujung minggu lalu. Beliau menegaskan, PBB perlu mencari jalan untuk mengetuai proses bagi menangani masalah global itu dalam tempoh terdekat dan jangka panjang.

Setiausaha Agung itu mengulangi seruan Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick kepada kerajaan-kerajaan dunia semalam supaya segera menyalurkan bantuan kecemasan AS$500 juta (RM1.6 bilion) kepada Program Makanan Sedunia (WFP) selewat-lewatnya 1 Mei ini. Zoellick berkata, masyarakat antarabangsa perlu mengotakan janjinya dengan menyumbang bantuan kewangan “untuk menangani masalah harga makanan yang makin meningkat sehingga mengakibatkan kebuluran dan keganasan di beberapa negara.” Sementara itu di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush mengarahkan bantuan kecemasan AS$200 juta (RM640 juta) dikeluarkan bagi membantu negara-negara yang mengalami kenaikan harga makanan sehingga memburukkan lagi masalah kebuluran dan mencetuskan protes ganas.

Bush mengarahkan Setiausaha Pertanian, Ed Schafer mengeluarkan kira-kira AS$200 juta (RM640 juta) daripada rizab makanan dikenali sebagai Dana Amanah Kemanusiaan Bill Emerson.
Setiausaha akhbar White House, Dana Perino berkata, langkah itu akan membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi ke atas program bantuan makanan kecemasan AS di samping membantu memenuhi keperluan makanan penduduk di negara-negara Afrika dan rantau lain.
– AP

Diet Wanita Hamil Pengaruhi Pertumbuhan Embrio
LONDON: Tabiat pemakanan wanita ketika hamil mungkin mempengaruhi jantina bayinya dengan kajian menunjukkan diet berkalori tinggi dan sarapan biasa mungkin meningkatkan peluang kelahiran bayi lelaki.

Penyelidik Barat berkata, kecenderungan ibu moden untuk memilih diet berkalori rendah mungkin menjadi penyebab mengapa kelahiran bayi lelaki semakin menurun di negara maju. Kajian oleh Universiti Exeter dan Universiti Oxford itu disiarkan dalam jurnal Biological Sciences.

Kajian memberi tumpuan kepada 740 wanita yang hamil kali pertama di Britain, yang diminta menyediakan laporan tabiat pemakanan mereka sebelum dan ketika tahap awal kehamilan. Penyelidik mendapati 56 peratus wanita dengan pengambilan tenaga paling tinggi ketika waktu kehamilan melahirkan bayi lelaki, berbanding cuma 45 peratus di kalangan wanita yang mengambil tenaga paling rendah.

Wanita yang memiliki anak lelaki juga kemungkinan makan dalam kuantiti lebih banyak dan pelbagai jenis zat termasuk potasium, kalsium dan vitamin C, E can B12. Mereka juga kemungkinan mengambil bijirin ketika bersarapan.

Sejak lebih 40 tahun lalu terdapat penurunan kecil tetapi konsisten, iaitu kira-kira satu dalam setiap 1,000 kelahiran setiap tahun bagi bayi lelaki dilahirkan di negara maju termasuk Britain. Penyelidikan terdahulu juga menunjukkan penurunan dalam purata pengambilan makanan bertenaga di negara maju dan juga ada bukti lebih ramai yang tidak mengambil sarapan. Saintis sudah mengetahui di kalangan haiwan, lebih banyak anak jantan dilahirkan apabila ibunya mempunyai banyak sumber makanan. Fenomena itu dikaji mendalam di kalangan haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang tetapi juga terbukti berlaku pada kuda, lembu dan beberapa spesis rusa.

Ketua penyelidik, Dr Fiona Mathews berkata: “Kebanyakan lelaki berpotensi menjadi bapa kepada ramai anak berbanding wanita tetapi ini boleh dipengaruhi oleh saiz atau status sosial lelaki berkenaan, dengan lelaki berkualiti rendah gagal menghasilkan zuriat langsung. “Sebaliknya wanita dapat melahirkan anak dengan lebih konsisten. Jika ibu mempunyai banyak sumber pendapatan, adalah masuk akal baginya untuk melahirkan anak lelaki kerana anak lelaki dapat menghasilkan lebih ramai cucu berbanding anak perempuan.” Penyelidikan membuktikan bahawa paras tinggi glukos menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan embrio lelaki dan pada masa sama menyekat embrio perempuan.

Dr Allan Pacey, pakar kesuburan di Universiti Sheffield berkata ada bukti yang jelas alam semula jadi boleh mempengaruhi nisbah jantina dalam jumlah penduduk sebagai tindak balas kepada keadaan tertentu. Bagaimanapun, katanya: “Saya menggesa wanita supaya tidak menahan kelaparan dalam usaha untuk mempengaruhi jantina bayi.” - Agensi

;;