Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Suburkan Sedekah

TANGAN yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan, malah ‘buah tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman, walaupun cuma untuk seketika.

Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan. Nas daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w jelas menganjurkan umat Islam menghidupkan amalan sedekah, kerana banyak manfaatnya.

Sedekah adalah perkataan berasal daripada bahasa Arab, iaitu sadaqah yang turut diguna pakai dalam bahasa Malaysia. Maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbalan.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

Sedekah umumnya terbahagi dua iaitu sedekah wajib (zakat) dan sedekah sunat. Ditekankan di sini ialah sedekah sunat dipandang ringan sesetengah pihak, tetapi sebenarnya ia memberikan manfaat yang besar, seperti dapat meringankan beban dan penderitaan si penerima, khususnya di kalangan orang fakir, miskin dan anak yatim.

Bagi pemberi sedekah, setidak-tidaknya dengan pemberian itu diharapkan dapat menebus dosanya dan memberikan ketenangan, malah yang lebih utama mendapat ganjaran berkali ganda di sisi Allah, seperti dijelaskan Allah pada ayat 261, surah al-Baqarah, bermaksud:

“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan har tanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula me ngandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan me lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)

Amalan bersedekah daripada satu sudut menggambarkan sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi seorang manusia.

Tidaklah dikatakan seseorang manusia itu kaya perike manusiaannya jika tiada di dalam jiwanya sikap prihatin dan kasihan belas kepada sesama manusia, yang menggerakkan hatinya untuk memberikan pertolongan sekadar kemam puannya.

Cuma disebabkan golongan fakir miskin tidak menzahirkan keperluannya, atas alasan segan, perasaan rendah diri dan ingin menjaga maruah, membuatkan sesetengah pihak me nyangka tiada pihak yang berada dalam kesempitan.

Malah, dengan kefahaman samar sesetengah pihak yang kerap membuat tafsiran dan andaian sendiri terhadap takrif fakir serta miskin, ia sedikit sebanyak menjejaskan amalan bersedekah, kerana apabila disangka tidak ada yang layak untuk menerima sumbangan, tiadalah amalan sedekah.

Ini belum lagi termasuk sifat keakuan individu tertentu yang mendakwa harta diperolehnya adalah miliknya seorang, kerana beralasan dia yang bersusah payah bekerja siang dan malam. Tetapi hakikatnya, harta terbabit adalah kurniaan daripada yang Maha Kaya melaluinya dan ia berupa pinjaman untuk dikongsi sebagai bekal di dunia.

Jika menurut penjelasan Imam Syafie Rahimahullah ‘Orang fakir ialah orang yang tidak berharta dan tidak ada mata pencarian (sumber rezeki), manakala orang miskin pula ialah orang yang ada harta (ala kadarnya) atau ada mata pencarian tetapi tidak mencukupi sara hidupnya’.

Baginda Rasulullah s.a.w menerangkan golongan yang dikatakan fakir miskin, seperti dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a, maksudnya:

“Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta-minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat satu atau dua suap makanan atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma - ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Se benarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang men cukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.” (Hadis sahih, riwayat Imam Ahmad).

Justeru, menjadi tanggungjawab kepada penderma atau pihak berkenaan untuk mengenal pasti orang fakir dan miskin terlebih dulu bagi memastikan sumbangan amal yang diberikan kena pada sasarannya, sekali gus mencapai mat lamatnya iaitu meringankan mereka yang kesempitan.

Pada zaman moden ini, antara kaedah yang diguna pakai bagi melakukan penilaian terhadap golongan fakir dan miskin ialah pendapatan isi rumahnya dan ia berbeza mengikut lokasi, di kota dan desa kadarnya adalah berlainan, kerana kos hidup di kota lebih tinggi berbanding di kampung.

Bagi Malaysia, sebuah negara dihuni masyarakat majmuk, berbilang bangsa dan budaya, dengan penduduk Muslim berkongsi hidup bersama bukan Muslim, kemiskinan bukan hanya membabitkan orang Islam, malah ada antaranya di kalangan bukan Muslim.

Dalam situasi ini, apakah orang Islam juga dibenarkan untuk memberikan bantuan atau sumbangan kepada orang fakir dan miskin di kalangan bukan Muslim, terutama di kalangan sahabat handai dan mereka yang tinggal berjiran?

Seorang cendekiawan Muslim, Sheikh Ahmad Kutty, dipetik sebagai berkata: “Islam menggalakkan pemberian sedekah kepada semua manusia, tanpa mengira perbezaan agama, kaum, warna atau bahasa.”

Menurutnya, Nabi Muhammad s.a.w ada membantu orang bukan Muslim (jahiliah) di kalangan yang menentangnya dan mereka tidak menghalangnya untuk memberikan bantuan dalam memenuhi keperluan yang mendesak.

“Mereka juga memberi makan benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.

“Sesungguhnya kami memberi makan kepadamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak menghendaki sebarang ba lasan darimu atau ucapan terima kasih.” (al-Insaan:8-9)

Beliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada, menjelaskan, orang Islam ber tanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada jiran atau rakan di kalangan bukan Muslim.

Katanya, Nabi s.a.w ada bersabda, maksudnya: “Sekiranya seseorang tidur dengan perut kosong, jaminan perlindungan Allah akan jauh daripadanya.”

“Jadi, mari kita sama-sama menentang kemiskinan dan membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira perbezaan agama, kaum atau etnik, warna kulit atau bahasa.

“Semoga Allah memasukkan kita di kalangan mereka yang digambarkan Nabi s.a.w, umat yang terbaik ialah mereka suka menolong hamba Allah,” katanya.

Cuma, menurut fatwa yang pernah dikeluarkan negeri Johor hendaklah didahulukan bersedekah kepada saudara di ka langan orang Islam sebelum bersedekah kepada orang bukan Islam.

Alangkah indah Islam sebagai agama universal, yang mem berikan manfaat kepada semua pihak termasuk bukan Islam, sekali gus mencerminkan keluhuran budi umat Islam itu sendiri.

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kam pung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim.” (al-Mumtahanah:8-9)

Oleh Idris Musa

REALITI kehidupan hari ini, masyarakat dunia tidak dapat lari daripada berdepan dengan pelbagai cabaran. Malah, cabaran masa kini lebih hebat dan menguji kecekalan.

Jika dulu, menyampaikan sesuatu berita mungkin meng gunakan khidmat wakil utusan atau dengan burung, tetapi kini maklumat dapat dicapai dengan hujung jari dalam masa singkat, walaupun jauh jaraknya.

Sedar atau tidak dalam kepelbagaian cabaran itu, mereka yang memusuhi Islam tidak pernah berputus asa daripada memikirkan strategi untuk menghancurkan umat Islam.

Mereka tidak lagi menggunakan senjata untuk memus nahkan perpaduan dan kehidupan orang Islam, sebaliknya dengan kaedah lebih licik.

Antara strateginya adalah menghidangkan segala bentuk hiburan dengan sebanyak-banyaknya sehingga menyebabkan kelekaan.

Apabila sudah leka dan dibuai keseronokan, mereka dengan sendirinya menjadi semakin gemar kepada hiburan serta keseronokan, malah seboleh-bolehnya mahu berhibur se panjang hari, sehingga membantutkan segala pekerjaan.

Lantaran terikut-ikut dengan gelodak keseronokan, gejala sosial menjadi-jadi terutama membabitkan muda-mudi, per gaulan sudah tiada sempadan, penyalahgunaan dadah seperti tidak terkawal, ragut dan lepak sudah menjadi lumrah.

Benar, naluri manusia memang cenderung kepada hiburan kerana hiburan menyeronokkan dan menenangkan hati.

Tetapi bentuk hiburan bagaimana yang memberikan ke tenangan? Apakah lagu, lawak jenaka dan seni budaya yang dipersembahkan dalam pelbagai gaya ini memberikan ke tenangan? Nilailah sendiri.

Jika direnung sejenak, inilah bentuk hiburan yang popular pada hari ini dan ia begitu berpengaruh. Ada antaranya dimeriahkan dengan keterlaluan sehingga ada yang sanggup mengetepikan agama dan sopan santun ketimuran.

Malang sekali jika dalam berhibur, kepatuhan kepada agama diambil ringan, waktu solat diabaikan serta berpakaian pula hanya untuk menunjuk-nunjuk. Dari sini mulalah berputik masalah, akhirnya melebar kepada keruntuhan moral.

Apakah corak hiburan yang dipopularkan hari ini tidak selari dengan tuntutan syarak?

Sebagai umat Islam, lunas syariat perlu diambil kira, tidak terbabit dengan pergaulan bebas sehingga menyebabkan berlaku kemungkaran, menghindari muzik dan tari menari melalaikan serta merangsang syahwat, berpakaian sopan dan menutup aurat.

Bentuk hiburan yang keterlaluan akan melalaikan diri daripada melaksanakan ibadat dan tanggungjawab terhadap Allah, malah boleh membawa kepada syirik sekiranya seni kata lagu misalnya mengandungi unsur pemujaan syaitan.

Fitrah manusia suka kepada keseronokan, hiburan tetapi awas, jangan sampai lupa mengingati Allah, jangan pula kerana terlalu seronok harga diri tergadai.

Berhibur secara keterlaluan akan mengundang malapetaka, tiada lagi erti ketenangan, malah hati menjadi semakin keras, lupa untuk bersyukur kepada Allah, sehingga tanggungjawab juga diabaikan. Justeru, berpadalah apabila berhibur.

Sejarah menunjukkan keruntuhan kerajaan seperti Abba siyah, Uthmaniyah dan Kesultanan Melayu Melaka dise babkan kemewahan hidup yang melalaikan, sehingga berasa kehidupan begitu selesa dan terlalu menyeronokkan.

Ini menunjukkan mereka yang asyik dengan keseronokan saja akan mengundang kemaraan musuh serta membuatkan diri dan negara terjajah.

Bahkan, disebabkan keseronokan itu juga mereka lupa kehidupan di akhirat, sedangkan akhirat sudah pasti seperti dijelaskan dalam firman bermaksud:

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan per mainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir.” (al-An’am:32)

sumber

Susunan Hashim Ahmad

SATU daripada cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun daripada tidur mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang tahajud atau sembahyang di tengah malam.

Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan ialah mengapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi penuh kesejukan?

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang hamba yang mengaku dirinya bertuhankan Allah.

Sesungguhnya bukan perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak waktu dinihari sedang orang lain asyik dibuai mimpi. Juga bukan perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam atau untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata masih terkebil-kebil.

Dengan kata lain, amalan bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan seseorang. Keadaan tubuh letih dan lesu kerana bekerja kuat pada siang hari menyebabkan sesetengah orang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejutkan.

Mata akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuh bertambah penat apabila tidur lewat malam kerana asyik menonton televisyen atau kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi di tengah malam juga menjadi faktor membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah pada waktu berkenaan.

Iman yang kurang kental akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimut dengan lebih kemas dan rapi lagi. Sesungguhnya ketika itu masa paling sedap untuk tidur.

Namun, di atas segala kesukaran inilah tersembunyi rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.

Sekalipun sembahyang tahajud hanya sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah bermaksud:

“Dan daripada malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji” (Surah Al-Israk: Ayat 79)

Ayat itu menjelaskan betapa pentingnya sembahyang tahajud. Ia satu peluang keemasan ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya.

Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan berkenaan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi yang sudah biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan terasa kerugian besar jika meninggalkan sembahyang tahajud.

Di waktu inilah, iaitu sepertiga malam, pintu langit terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Allah sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapatkan kasih daripada Allah bukan perkara mudah. Allah mengasihi orang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang. Sembahyang tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu, Allah menyayangi mereka yang mengerjakannya.

Namun, bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun bertahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah iman berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak pun sampai setengah kilogram.

Sembahyang tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang ini adalah amalan orang yang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.

Amalan sembahyang tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad dan umatnya, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya.

Ini bererti perintah tahajud tidak dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad saja.

Sayidinna Umar Al Khattab menyatakan mengenai fadilat sembahyang malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (tahajud) dengan khusyuk, nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:

1. Jauh daripada segala penyakit.

2. Lahir kesan takwa pada wajahnya.

3. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.

4. Percakapannya mengandungi hikmat.

5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

2. Dipermudahkan hisab

3. Cepat melalui Sirat al Mustaqim, bagaikan kilat.

4. Diserahkan catatan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun manusia sedar mengenai betapa tingginya nilai dan kedudukan sembahyang tahajud, namun sedikit sekali umat manusia mengaku dirinya beragama Islam yang sanggup dan bersedia melakukan sembahyang itu.

Bagi mereka, tidur lebih nikmat dan lebih utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba bersembahyang tahajud sekiranya mereka dapat merasakan betapa nikmatnya melakukan amalan itu.

Keheningan dan kedinginan malam pula seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi hubungan antara makhluk dan Khaliq. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang tahajud seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan merasai hubungannya dengan Allah adalah sangat hampir.

Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang yang memohonnya. Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda, tenaga masih kuat dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada Allah.

Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam.

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

Bharian


MENARIK: Penyejuk alam pelengkap landskap

Kolam mini dihias aksesori pilihan penyeri landskap

KEBELAKANGAN ini pancutan air dan kolam kecil menjadi pilihan pengguna dalam menghias taman rumah sama ada banglo, teres, apartmen mahupun rumah tradisional.

Ini kerana hiasan berkenaan menjadi elemen penting untuk melengkapkan keindahan landskap selain menceriakan lagi laman kediaman.

Pengurus Jualan Pheonix Ocean Trading, Shirley Hong, berkata perkara utama yang perlu di ambil kira sebelum membeli pancutan air dan kolam kecil pasang siap adalah keluasan laman.

Katanya, saiz pancutan air atau kolam kecil pasang siap perlu disesuaikan dengan saiz dan keluasan laman. Jika tidak, fungsinya sebagai pelengkap landskap atau menyeri laman tidak dapat ditonjolkan.

"Jika saiz pancutan air terlalu besar sedangkan lamannya kecil, hiasan laman akan nampak berserabut dan tidak menyerlahkan keindahan taman.

PANCUTAN air daripada batu pasir corak bertingkat.

"Begitu juga sebaliknya, jika laman luas tetapi pancutan air terlalu kecil sehingga kewujudannya tidak kelihatan atau lebih sekadar aksesori biasa," katanya.

Justeru, sebelum membeli pancutan air atau kolam kecil pasang siap, pengguna perlu tahu saiz laman dan kedudukan sudut laman yang mahu diletakkan hiasan berkenaan, sama ada ia untuk hiasan di luar atau di dalam rumah.

Harga bukan ukuran tetapi kini pengguna ada pilihan sama ada mahu membeli pancutan air daripada batu pasir atau fiber. Fiber lebih mahal namun mudah dibersihkan manakala pancutan air batu pasir murah juga mudah kotor atau ditumbuhi lumut.

Kebiasaannya, jika anda mahu membeli pancutan air pasang siap, pembekal atau penjual akan menawarkan perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan mengikut pakej ditawarkan.

CENDAWAN seramik antara hiasan pilihan untuk kolam kecil dan penentu air.

Ada sesetengah pakej menawarkan pokok dan ikan hiasan untuk kolam kecil dan pancutan air pasang siap yang kini banyak di pasaran.

Namun, pancutan air dan kolam kecil yang mempunyai ikan dinasihatkan diletakkan di luar rumah kerana ia mudah kotor dan perlu penjagaan rapi berbanding pancutan air yang disertakan dengan aksesori tiruan.

Antara pokok yang sesuai ditanam bersama pancutan air adalah Scindapsus Aureus (kelampayang besar atau pokok duit), kiambang, teratai dan melati air.

Hiasan tiruan yang cantik termasuklah, burung flaminggo seramik, cendawan seramik, bunga teratai dan kiambang plastik.

Tip membina kolam di laman rumah

  • Tentukan dulu lokasi yang akan dibina kolam pancuran ini. Lokasi perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk kolam boleh dinikmati dari sudut dan arah yang tepat seperti arah teras, ruang duduk, ruang kerja atau di luar rumah.

  • Penentuan jenis dan material. Jangan sampai kehadiran kolam memberi kesan sempit dan menyemakkan mata sehingga mengganggu pandangan dari arah lain.

  • Setiap pancuran memerlukan tempat untuk menampung tumpahan air dari alat pancuran berkenaan. Pastikan bentuk kolam dan kedalaman mampu menampung curahan air itu.

  • Sistem putaran air sangat menentukan kelancaran air pancuran. Gunakan pam yang sesuai dengan keluasan kolam bagi memastikan putaran air berjalan lancar

  • Usahakan supaya air kolam sentiasa bersih terawat. Kotoran pada air dapat mengganggu kelancaran putaran air. Boleh juga diletakkan ikan hiasan seperti

  • Sebaiknya, kolam tidak ditanam tanaman hias air yang mengotori atau menghalang gerakan air pada pancuran.

    FAKTA: Pokok Scindapsus Aureus atau Kelampayang Besar atau Pokok Duit

  • Bagi masyarakat Cina, scindapsus aureus dikenali tumbuhan membawa tuah sesuai dengan namanya pokok duit.

  • Pokok ini sejenis tumbuhan memanjat dengan menggunakan akar angin dan akar melekap. Pokok ini boleh jadi besar jika keadaan hidupnya baik.

  • Ada kepercayaan, tuan punya pokok akan menjadi kaya jika daun pokok ini menjadi besar. Nama tempatan pokok ini iaitu pokok duit.
  • Kendi kuatkan teori Melayu dari Champa

    Oleh Hussain Said


    SALAH satu kendi yang ditemui Sungai Mentakab, Pahang berusia lebih 2,000 tahun.

    PENEMUAN kendi berusia ribuan tahun tertanam di kawasan bukit berdekatan sungai di Mentakab, Pahang baru-baru ini menguatkan teori asal usul masyarakat Melayu zaman logam, sekitar 2,000 tahun lalu yang dikatakan dari Vietnam Utara dan Champa.

    Kendi atau istilahnya dalam perkataan Sanskrit kundika adalah tempat menyimpan air yang biasanya diperbuat daripada logam seperti gangsa dan tembaga atau seramik.

    Selain menjadi tempat menyimpan air, kendi yang mempunyai signifikan tersendiri berdasarkan reka bentuk dan lakarannya yang unik turut digunakan bagi menyimpan wangi-wangian, mereneh ubat, upacara keagamaan dan perkahwinan.

    Lazimnya, kendi yang diperbuat daripada logam digunakan golongan bangsawan yang dikenali sebagai 'Kendi Diraja' untuk dijadikan tempat mereka meludah dan sebagai tepak sirih yang mesti ada berdekatan.

    Dalam konteks zaman moden selepas kedatangan Islam, kendi dijadikan tempat menyimpan air suci iaitu air zam-zam dan ketika ini kendi yang diperbuat daripada logam sukar diperoleh berbanding jenis seramik.

    Pembuat kendi selalunya menjadikan haiwan mengkarung, cicak, buaya sebagai identiti ukiran hiasan kendi yang dihasilkan selain imej burung, kerbau, muka manusia, rebung dan buluh.


    Keistimewaan dan keunikan sesebuah kendi itu selalu berdasarkan ukiran serta material yang digunakan dan kedua-dua faktor itu juga melambangkan kemewahan kepada pemiliknya.

    Penemuan dua lagi artifak sama di Port Dickson dan Terengganu, juga berdekatan kawasan sungai selepas itu mengukuhkan lagi teori kewujudan peradaban Kerajaan Melayu Maritim sezaman dengan Kerajaan Langkasuka, Champa dan Funan.

    Pengkaji sejarah tamadun alam Melayu, Wan Ahmad Arshad, yang menemui dan memiliki ketiga-tiga artifak itu berkata, zaman logam mula berpengaruh di Nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa.

    Kebanyakan institusi peradaban purba mempunyai akar umbi 'riverine maritime' yang kukuh serta strategik dan peradaban awal ini dipercayai berevolusi daripada masyarakat pra sejarah yang hidup secara nomad atau masyarakat pertanian yang terpimpin.

    "Berdasarkan sumber bertulis China, seawal milenium pertama sebelum masihi dan selewat-lewatnya kurun ke-2 masihi sudah muncul kerajaan awal di alam Melayu seperti Dong Son, Vietnam Utara; Fu-Nan, Lembah Sungai Mekong; Champa, Vietnam Tengah; dan Langkasuka, Selatan Thailand-Kedah," katanya.

    "Antara alasan perpindahan atau penghijrahan itu termasuk mencari tempat baru bagi putera raja atau mencari negeri baru untuk dibuka serta diterokai selepas kalah dalam peperangan.

    "Komuniti yang berpindah ini umumnya dipimpin seorang raja dan disertai oleh kerabat, menteri, hulu balang, bala tentera dan rakyat. Gambaran ini terdapat dalam sejarah Melayu mengenai pembukaan negeri Melaka itu sendiri," katanya.

    Sehubungan itu, katanya, beliau tidak menolak penemuan tiga artifak kendi itu menjadi bukti arkeologi yang kukuh mengenai kewujudan sebuah peradaban Melayu awal setidak-tidaknya pada kurun pertama masihi.

    "Berdasarkan reka bentuk kendi yang ditemui di Mentakab yang unik, seperti seekor burung mahawangsa bersayap, berparuh dan berkaki empat, bahagian pemegangnya mempunyai imej haiwan mengkarung dan material gangsa yang digunakan untuk membuatnya, ia jelas menunjukkan ciri-ciri artifak purba zaman logam atau budaya Dong Son.

    "Manakala reka bentuk burung mahawangsa berkaki dua dengan tandu di atas badannya yang ditemui di Pasir Panjang, Port Dickson banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di Mentakab.

    "Jadi, saya tidak menolak kemungkinan kedua-dua artifak itu adalah berpasangan sekali gus mengukuhkan lagi teori kewujudan peradaban Melayu zaman logam yang menjadikan kawasan pesisiran perairan sebagai tapak pentadbiran kerajaan," katanya.

    Wan Ahmad yang juga pemilik Galeri Pusaka Moyang (GPM) di Senawang, Negeri Sembilan berkata reka bentuk ketiga-tiga artifak itu juga tidak melambangkan reka bentuk lazim artifak di zaman Kesultanan Melaka yang banyak dipengaruhi reka bentuk Arab, China, Indo-China dan Eropah.

    "Ini membawa kepada andaian artifak ini berasal dari zaman logam, yang berlaku sekitar milenium pertama sebelum masihi. Zaman logam mula berpengaruh di nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa di mana lokasi asal artifak zaman logam banyak ditemui," katanya.

    Beliau juga tidak menolak kemungkinan artifak yang ditemui di Mentakab itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penemuan kota purba - Kota Gelanggi, di Johor pada 2003.

    Sumber

    Reka bentuk menyanggah tradisi, tarik perhatian dunia


    Menara Bergerak, Dubai

    APABILA menyebut bangunan, tentunya dibayangkan berciri pencakar langit, empat persegi, dikukuhkan dengan kerangka keluli selain dilengkapi tingkap kaca jernih.

    Tingginya yang menyapu awan dengan keluasan menyamai berpuluh-puluh padang bola sedikit sebanyak mengehadkan imaginasi kita bahawa ada segelintir pencakar langit menawarkan seni bina pelik lagi menakjubkan.DYNAMIC TOWER Dubai yang bergerak setiap saat, seni bina kreatif terbaru daripada arkitek Itali.

    Dilancarkan pada 24 Jun lalu, arkitek Itali, Dr David Fisher mengumumkan pembinaan menara pertama di dunia yang bergerak setiap saat. Bangunan yang menghadap ke laut itu dirancang didirikan di beberapa lokasi di dunia bermula dengan Dubai, Moscow diikuti New York.

    Menurut Dynamic Group, syarikat yang akan membina bangunan yang dinamakan Dynamic Tower Dubai setinggi 420 meter itu bakal menempatkan 80 tingkat unit pangsapuri dengan keluasan 124 meter persegi manakala villa pula seluas 1,200 meter persegi. Setiap unit kediaman dilengkapi tempat meletak kereta dalam rumah.

    Keunikan seni bina menara itu adalah ciri aras lantai yang berpusing mengikut hala bebas sekali gus mewujudkan perspektif pandangan berbeza.

    Dynamic Tower mesra alam dan bangunan pertama di dunia direka dengan keupayaan menjana elektrik sendiri melalui turbin angin yang dipasang di setiap tingkat.

    "Setiap aras dijangka mengambil masa tujuh hari untuk disiapkan. Ini revolusi baru seni bina. Mulai hari ini, bangunan bukan lagi disempurnakan di tapak projek tetapi di kilang," katanya yang berpengalaman 30 tahun menzahirkan bangunan teknologi terkehadapan di bandar besar seperti London, New York, Hong Kong, Paris dan Dubai.


    Bangunan Bakul (The Basket Building) di Amerika Syarikat


    Mulanya hanya angan-angan tetapi menjadi nyata apabila Dave Longaberger, pengasas syarikat Longaberger membina bangunan pejabat berbentuk bakul bertangkai.

    Longaberger percaya itu adalah ilham terbaik daripadanya. Beliau yakin kewujudan bangunan itu akan menarik perhatian dan menambah rezekinya namun sebaliknya reputasi Longaberger jatuh merudum.

    Bukan saja bank, arkitek malah syarikat pemaju mentertawakannya dan beliau dituduh cuba berlawak. Tidak cukup itu, pekerjanya juga lari meninggalkannya.

    Longaberger bagaimanapun tidak berputus asa sebaliknya mengambil keputusan mengekalkan bangunan berkenaan. Cita-citanya termakbul apabila bangunan itu dibuka untuk operasi pada 17 Disember 1997.

    The Dancing House, Republik Czech

    Bangunan pejabat yang terletak di pinggir bandar Prague ini diilhamkan arkitek kelahiran Croatia, Vlado Milunic dengan kerjasama arkitek Kanada, Frank Gehry. Bangunan itu dibina di atas tapak bangunan bersejarah yang musnah ketika pengeboman Prague pada 1945. Kerja pembinaan bermula pada 1994 berakhir dua tahun kemudian.

    Reka bentuk bangunan yang menyanggah tradisi itu menimbulkan kontroversi. Mujur Presiden Czech, Vaclav Havel, yang sekian lama menetap di sebelah tapak bangunan itu menyuarakan sokongan peribadinya. Dia yakin The Dancing House bakal menjadi pusat budaya tersohor.

    Asalnya, dinamakan Fred and Ginger bersempena pewarisnya Fred Astaire dan Ginger Rogers. Namun ditukar selepas mendapati seni bina bangunan berkenaan mirip seorang perawan sedang berdansa.

    Milunic dan Gehry menerapkan gaya Neo Baroque, Neo Gothic dan Art Nouveau yang menjadi tanda pengenalan seni bina bangunan di Prague. Restoran Perancis di puncak bangunan menawarkan pemandangan seluruh bandar.

    Rumah Piano di China

    Terletak di Wilayah An Hui, China. Untuk ke aras atas, pengunjung perlu menaiki tangga bergerak di dalam biola kaca. Bangunan ini menyediakan prospek cerah terhadap pelan pembangunan dan kemajuan bandar kerana mewujudkan daya tarikan baru pelancongan di daerah itu.

    Pustaka Kansas City di Amerika Syarikat

    Bangunan kutub khanah paling mengagumkan di Amerika Syarikat. Warga tempatan diberi peluang memilih judul buku yang memberi pengaruh besar terhadap bandar Kansas selain pernah memenangi anugerah untuk diabadikan pada dinding tempat meletak kereta.

    Bangunan Robot (Thailand)

    Bangunan yang terletak di zon perniagaan Sathorn, Bangkok ini sebenarnya ibu pejabat bank United Oversea. Diilhamkan arkitek Sumet Jumsai mewakili kecanggihan sistem pengkomputeran perbankan negara gajah putih itu.

    Seni binanya menampilkan pertentangan gaya antara neo klasikal dan teknologi tinggi pasca moden.

    Ciri muka bangunan yang landai, dilengkapi antena dan sepasang mata di bangunan teratas menjadikannya mirip robot gergasi.

    Siap dibina pada 1986, bangunan ini menjadi contoh mutakhir seni bina moden di Bangkok. Kemunculannya meraih perhatian antarabangsa dan diberi kritikan membina.

    Bangunan Biru di Belanda

    Pihak pentadbiran Delfshaven, Rotterdam meminta Schildersbedrijf N&F Hijnen menyediakan pelan baru bagi bangunan terbiar yang bakal dirobohkan. Perjanjian dengan kawasan kejiranan di situ ialah warna biru bangunan berkenaan dikekalkan selagi belum ada pelan pembangunan baru.

    Oleh kerana usia yang sudah berabad, seni bina bangunan ini dianggap paling ketinggalan zaman di Rotterdam. Malah kewujudannya langsung tidak diberi perhatian. Namun, sebaik ditambah satu lapisan lagi 0.002 milimeter cat biru, bangunan ini diisytiharkan paling popular di Rotterdam dan sering diabadikan dalam foto kenangan.

    The Crooked House di Poland

    THE CROOKED HOUSE di Poland, menjadi tarikan pelancong.



    Arkitek Poland, Szotynscy Zaleski, menzahirkan Crooked House seni bina pusat membeli-belah selepas mendapat ilham daripada ilustrasi dongeng kanak-kanak Jan Marcin Szancer.

    Berkeluasan 4,000 meter persegi, pusat membeli-belah yang terletak di Rezydent, Sopot, Poland ini kini menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Poland.

    Sam Kee, bangunan paling nipis di Kanada.

    Terletak di 8 West Pender Street ini adalah bangunan dua aras dengan ukur lebar cuma 1.5 meter. Sejarah bangunan ini sama luar biasa dengan struktur seni binanya.

    Menurut cerita, Chang Toy pemilik hartanahnya diminta penduduk Vancouver menyerahkan seluas dua meter kawasannya untuk pembangunan Pender Street. Tiada ganti rugi diberikan sedangkan baki tanah tidak seluas mana. Toy kemudiannya mengupah seorang arkitek tampil dengan ilham binaan menakjubkan termasuk menjadi bangunan tunggal dilengkapi lorong pejalan kaki kaca di Chinatown.

    Selain Dynamic Tower, bangunan kreatif di dunia di pilih oleh laman web http://www.oddee.com

    FAKTA: Dynamic Tower

  • Setiap tingkat berpusing mengikut kelajuan berbeza.

  • 20 tingkat pertama memuatkan unit pejabat, tingkat 21 sehingga 35 menempatkan hotel mewah, 36 hingga 70 mengandungi unit kediaman pangsapuri dan 10 tingkat selebihnya menawarkan villa mewah.

  • Pembinaannya menuntut pembabitan 80 juruteknik dan 2,000 pekerja binaan.

  • Dilancarkan arkiteknya, David Fisher pada 24 Jun lalu dan dijangka siap menjelang 2010.

  • Impian Fisher membina bangunan menakjubkan ini menerima sokongan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu, Sultan Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum.

  • Fisher mendapatkan kerjasama arkitek dan jurutera berpengalaman dari United Kingdom dan India.

  • PATI VS PADI

    Isu Kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) mesti diberi perhatian serius. PATI yang dimaksudkan di sini termasuklah semua pendatang yang masuk ke dalam negara Malaysia tanpa dokumen yang sah dan mengikut saluran atau prosedur yang betul. Meskipun mereka mungkin memiliki pas masuk atau Visa atau Pasport, namun jika ia adalah dokumen yang tidak benar atau lebih tepat lagi sebagai palsu, maka mereka ini juga merupakan PATI. PATI yang dimaksudkan di sini bukan sahaja datangnya dari Indonesia, tetapi juga Bangladesh, Vietnam, Myanmmar, Kemboja, Pakistan, China, Thailand, Filipina, India, Nepal, Sri Langka dan dari mana-mana negara sahaja.

    Bagi Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) pula, kedatangan mereka dialu-alukan, tetapi mestilah secara terkawal atau lebih mudah lagi mempunyai kuota. Misalnya untuk sesuatu masa, hanya sejumlah tertentu sahaja rakyat dari negara tersebut boleh berada di Malaysia.

    Mungkin ramai antara kita hanya melihat kebanjiran pendatang asing banyak mengundang masalah sosial seperti jenayah semata-mata. Akan tetapi, ada beberapa perkara lagi yang perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia perihal kesan akibat kedatangan pendapatan asing tanpa had ini. Semoga apa yang bakal dikatakan oleh penulis nanti dapat menyedarkan sekalian pembaca bahawa adalah menjadi tanggunjawab kita menjaga kepentingan negara demi generasi sekarang dan akan datang.

    Berikut adalah senaraian perkara untuk makluman, renungan dan kefahaman bersama.

    1. Jenayah

    Kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) akan mengundang berlakunya jenayah. Samada jenayah kecil atau besar, ia tetap diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah. Bayangkan bagaimana pihak keselamatan, khususnya pihak polis hendak menjejak perbuatan jenayah oleh PATI. Tanpa sebarang rekod, maka amatlah sukar untuk pihak berkuasa memberkas para penjenayah tersebut.

    Bagaimana pula jika PATI yang datang ke Malaysia sememang penjenayah di negara asal mereka? Sungguh malang negara ini jika ia menjadi takungan para penjenayah PATI tersebut.

    2. Sosial

    Apa yang dimaksudkan di sini adalah dari segi kemasyarakatan. Naluri manusia tidak dapat disekat. Lelaki memerlukan perempuan dan begitulah sebaliknya. Naluri semula jadi manusia mana mampu ditahan.

    PATI akan mencari sesuatu untuk memenuhi tuntuan rohani. Ada yang memilih jalan 'halal' iaitu berkahwin. Ada yang membuat hubungan terlarang seperti hubungan bebas sama ada berlainan jantina atau sesama jantina. Yang lebih parah apabila warga tempatan menjadi pilihan. Bayangkan wanita tempatan menjadi mangsa cinta oleh PATI? Wanita itu mungkin bukan kenalan anda. Tetapi apa akan jadi jika wanita itu saudara mara anda atau sahabat anda?

    Berkahwin, melahirkan zuriat. Pengakhirannya, si bapa tidak diketahui keturunan asalnya dan lebih malang lagi apabila ditakdirkan umurnya pendek.

    3. Kesihatan

    PATI yang memasuki Malaysia tidak diketahui tahap kesihatan mereka. Apa yang nyata, amalan kesihatan di negara asal mereka tidak sama dengan apa yang diamalkan di Malaysia. PATI yang masuk dengan penyakit berjangkit seperti TB akan memberi ancaman serius kepada warga Malaysia. Mereka umpama penyebar yang bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dengan membawa dan menyebar penyakit yang dibawa dari negara asal.

    Begitu juga jika yang memasuki Malaysia adalah pembawa HIV. Maka akan bertambahlah lagi risiko penyakit kepada rakyat Malaysia.

    4. Keselamatan

    Keselamatan yang dimaksudkan di sini keselamatan negara dan bukan berkenaan jenayah biasa.

    Beberapa dekad yang lalu, sebelum berlakunya perang dunia kedua, orang Jepun yang kononnya peniaga di Tanah Melayu semasa itu rupa-rupanya adalah pengintip. Apabila perang meletus dan Tanah Melayu diserang, barulah terserlah wajah sebenar mereka.

    Maka tak mustahil jika ada antara PATI yang datang ke Malaysia adalah pengintip. Betapa mudahnya sistem pertahanan kita dicerobohi sebegitu sahaja. Segala selok belok jalan dan lorong, pejabat dan pentadbiran diketahui secara lebih terperinci. Apatah pula jika rakyat kita sendiri leka bercerita tanpa sedar kepada PATI.

    5. Pengaliran Wang

    Mengikut maklumat, sebanyak RM5 hingga 7.5 billion telah dihantar ke luar negara pada tahun 2005 oleh para pendatang asing. Jumlah sebanyak itu adalah satu jumlah yang amat besar. Jumlah sebanyak itu seharusnya digunakan untuk infrastuktur dalam negara.

    Menurut maklumat juga, lebih kurang 24,000 daripada 49,000 banduan di penjara tediri daripada warga asing. Siapa yang menanggung makan minum meraka kalau bukan daripada wang kerajaan, yakni wang kita selaku pembayar cukai. Umpama memikul biawak hidup, secara tepatnya.

    6. Kemudahan Awam

    Ternyata sekali bahawa faedah berbentuk kemudahan awam hasil cukai yang dibayar oleh warga Malaysia turut dinikmati oleh PATI. Malahan, ada kalanya rakyat negara ini sendiri tidak berpeluang menikmati sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk para pembayar cukai. Kemudahan awam yang dimaksudkan termasuklah perhentian bas, telefon awam, pengangkutan awam, hosiptak dan klinik serta tempat kediaman dan pelbagai lagi.

    7. Peluang Pekerjaan

    Rakyat Malaysia memilih pekerjaan? Sebenarnya alasan ini tidak tepat kerana rakyat Malaysia rela melakukan apa sahaja pekerjaan dengan syarat gaji yang ditawarkan adalah setimpal. Apa yang berlaku adalah kerana gaji yang diberikan tidak setimpal bagi rakyat negara ini yang benar-benar memahami nilai wang di Malaysia berbanding PATI di mana nilai matawang mereka jauh lebih rendah berbanding Malaysia. Ini mendorong mereka berpusu-pusu memasuki Malaysia dengan apa cara sekalipun dan sekali gus, memenuhi keperluan tenaga kerja yang dikosongkan oleh rakyat Malaysia

    8. Pemakanan : Halal atau Haram

    Tidak semua pendatang asing beragama Islam. Apatah lagi jika mereka adalah PATI. Ini jelas dilihat di kedai mamak apabila diminta mengucap dua kalimah syahadat, ada yang tidak tahu. Begitu juga jika mereka bekerja di tempat memproses atau menyedia makanan. Sanggupkah kita memakan makanan yang musykil status halalnya? Tidak hairanlah jika kita sering menerima maklumat berkenaan sesebuah kilang pembuatan atau penghasilan makanan yang amat kotor lagi menjijikkan. Sedangkan makanan yang dihasilkan itulah merupakan makanan utama umat Islam di negara ini.

    Justeru, apakah perkara yang perlu kita lakukan selaku warga Malaysia yang prihatin, bertanggungjawab dan berkesedaran?

    Mudah sahaja. Di samping penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak pemerintah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. Andai kata anda adalah salah seorang pegawai keselamatan negara atau ada hubung kait dengan pegawai keselamatan, maka sampaikanlah mesej ini.

    Jika diketahui bahawa sesuatu tempat disyakki dipenuhi PATI, maka laporkan kepada pihak Imigresen. Jika tiada tindakan sususulan, laporkan kepada BPR. Tidak kira sama ada yang terlibat adalah orang biasa, jiran, rakan atau orang berpangkat, laporkan. Tiada kompromi kerana terlalu banyak alasan serta risiko yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dengan kedatangan PATI tersebut.

    Beberapa hari yang lalu, kita digemparkan dengan penahanan beberapa orang berpangkat besar dalam Jabatan Imigresen yang disyakki terlibat dalam urusan kemasukan pendatang asing ke Malaysia tanpa prosedur yang betul. Jika terbukti mereka bersalah, maka mereka layak dikenakan seberat-berat hukuman kerana mereka adalah pengkhianat negara. Harapkan pagar, pagar makan padi.

    Ingatlah, negara ini hanya menerima Pendatang Asing Dengan Izin sahaja dan itu memang jelas. Sebarang kemasukan selain dengan izin, maka mereka adalah Pendatang Asing Tanpa Izin dan perlu dibanteras sekeras-kerasnya.

    Akhir sekali, saya berseru kepada para pembaca, jika perlu, sebarkanlah artikel ini kerana masih ramai antara kita tidak nampak kesan kebanjiran PATI kepada Malaysia.

    Ingatlah, Negara Kita Tanggunjawab Kita.

    Shukri, H.

    Sumber dari email

    Tubuh manusia ternyata menyimpan keajaiban tersendiri. Tidak hanya bumi yang memiliki seven wonder tetapi tubuh kita pun menyimpan berbagai hal yang susah dijelaskan dengan logika. Di sini saya akan memberikan fakta-fakta ajaib tentang tubuh manusia

    1 The Golden Ratio
    Setiap bagian tubuh manusia ternyata merupakan hitungan matematika. Believe it or not, Fibonacci numbers yang kita jumpai di buku Da Vinci Code, ternyata juga ada di tubuh kita sendiri. Bilangan Phi (1:1,618) adalah angka yang akan kita dapatkan setiap kali kita mengukur setiap inci tubuh kita. Coba deh perhatikan ruas jari tangan kita. Ruas kedua dari ujung berukuran 1,618 kali lebih panjang dari ruas terujung, begitu seterusnya. Rumus phi ini juga kita temui di wajah kita. Panjang hidung kita berbanding 1:1,618 dibanding lebar mulut dari ujung ke ujung. Gigi terdepan dengan gigi di sebelahnya juga berukuran 1,1618 kali lebih besar. Inilah yang disebut dengan The Golden Ratio.

    Dr. Stephen Marquardt bahkan telah membuat topeng kecantikan berdasarkan golden ratio ini, dan orang yang mempunyai struktur muka paling mendekati topeng ini adalah cewek yang sudah diakui kecantikannya, seperti Ratu Nefertiti. Tapi wajah kita juga bisa cocok ke dalam topeng golden ratio, kok. Soalnya, setiap kali kita tertawa, maka kita akan semakin mendekati ukuran phi tersebut. Makanya, jangan cemberut!

    2 Sidik Lidah
    Selain sidik jari, ternyata lidah kita juga mempunyai pattern unik yang tidak dimiliki orang lain. Hmm, jangan-jangan di masa depan kita akan bikin paspor dengan sidik lidah, nih. Hehehe…

    3 Hidup dan Mati
    Saat kita membaca tulisan ini, sebenarnya sedang ada sekitar 50 ribu sel yang mati di dalam tubuh kita. Tapi, di saat yang sama, lahir pula 50 ribu sel baru yang menggantikannya (kecuali di otak, yang tidak bisa menumbuhkan sel baru). Wow, ternyata tubuh kita aktif banget, ya? Di saat yang sama, untuk mencerna isi kalimat ini, pesan tersebut disampaikan ke otak dengan kecepatan mencapai 250 mil per jam!

    4 Tempat Tinggal Bakteria
    Satu orang manusia mempunyai organisme hidup yang lebih banyak daripada jumlah seluruh manusia di bumi. Soalnya, dalam 1 inci tubuh manusia, ternyata merupakan tempat tinggal bagi kira-kira 32 juta bakteria!

    5 Kepanasan atau Kedinginan
    Pernah makan makanan panas dan dingin, kan? Seberapa pun panas atau dinginnya makanan tersebut, tapi lidah kita masih bisa menerimanya, tuh. Hal ini disebabkan karena mulut kita menyesuaikan suhu makanan tersebut menjadi suhu normal, sehingga akhirnya bisa kita telan. Maksudnya, si mulut akan mendinginkan si makanan panas, dan menghangatkan si makanan dingin. Wah, ternyata mulut kita tak ubahnya seperti microwave dan kulkas, nih.

    6 Anti Keriput
    Selain bisa menghilangkan stress, ternyata tertawa juga bisa menguatkan sistem kekebalan tubuh, lho. Dan, menurut penelitian, anak-anak tertawa sekitar 300 kali setiap harinya, sementara orang dewasa cuma 15-100 kali saja tertawa. Ck ck ck, apa hidup mereka sedemikian beratnya, ya? Hehehe… Dan, nggak heran juga kalau orang dewasa itu jadi cepat terlihat tua. Soalnya, setiap 2000 kali wajah kita berkerut (misalnya karena kesal atau cemberut), maka muncullah segaris keriput. Makanya, jangan malas tertawa!

    7 Self-healing
    Tubuh kita ternyata tak ubahnya seperti Claire Bennet di serial Heroes yang bisa menyembuhkan dirinya sendiri. Soalnya, setiap luka kita pasti akan sembuh, dan tubuh kita mempunyai ”keajaiban” untuk membentuk bagian tubuh yang baru. Misalnya nih, kaki kita terluka dalam karena tersandung batu. Lama-kelamaan, sel-sel di tubuh akan membentuk jaringan daging dan kulit baru untuk menutupi bekas luka tersebut. Namun demikian, ternyata ada satu bagian tubuh yang nggak bisa menyembuhkan dirinya sendiri lho, yaitu gigi. Kalau gigi tetap kita copot, jangan harap akan tumbuh gigi baru.

    Wah ternyata masih banyak hal yang belum kita ketahui tentang tubuh kita yang memang menyimpan banyak keajaiban dan selayaknya kita semua bersyukur pada Tuhan yang telah menciptakan kita secara sempurna.

    Diciplak dari blogger indon..hehehe :)

    Hong Kong

    HONG KONG yang pernah satu ketika digelar sebagai batuan gersang, kini menjadi antara wilayah paling padat penduduk di dunia dengan 6,200 orang untuk setiap ki lometer persegi.Selepas diserahkan kepada China pada 1997 oleh British, Hong Kong seperti Macau menikmati kuasa autonomi. Dasar satu negara dua sistem membolehkannya memiliki sistem kewangan, polis, imigresen dan undang-undang sendiri.

    Ketika ini, Hong Kong menjadi antara kota paling banyak bangunan pencakar langit iaitu melebihi 7,000 bangunan, di tempat kedua selepas New York. Kebanyakannya mengguna pakai seni bina moden dan dibina dalam tempoh dua dekad. Empat daripada 18 bangunan tertinggi dunia dibina di Hong Kong - dibina sebelah menyebelah di Victoria Harbour, antara Central dan Causeway Bay, pemandangan yang kini menjadi tarikan pelancongan utamanya.

    Setiap malam langit Hong Kong akan disinari pesta bunyi dan cahaya menerusi pertunjukan A Symphony of Lights, daripada ribuan lampu yang dipasang di 44 bangunan pencakar langit di kedua-dua bahagian Victoria Harbour.Untuk menyaksikannya, pengunjung boleh mengunjungi siar kaki antara Avenue of Stars dan Pusat Kebudayaan Hong Kong di Tsim Sha Tsui atau di kawasan promenade di Wan Chai. Alternatif lain, pengunjung boleh memilih sama ada untuk menyusuri Victoria Harbour dengan perkhidmatan feri dan kapal persiaran untuk mengenali lebih dekat wajah kota ini.

    Star Ferry’s Harbour Tour umpamanya menawarkan pe layaran romantis dengan feri Shining Star yang beroperasi sejak 1920-an. Menghirup kopi panas di dek terbuka feri dua tingkat ini seakan mengimbas kembali Hong Kong di era 60-an.Cara lain adalah menyaksikannya dari tanah tinggi, The Peak. Untuk ke sini, pengunjung boleh menggunakan kereta tram menggunakan laluan kereta api yang beroperasi sejak 1888. Puncak ini juga menempatkan kompleks beli-belah, dek pemandangan dan tarikan utamanya iaitu muzium patung lilin terkemuka Madame Tussaud.

    Muzium ini menempatkan kira-kira 100 patung lilin me liputi tokoh politik, pemimpin, selebriti serta ahli sukan tempatan dan antarabangsa. Dari The Peak juga, pengunjung boleh meneruskan per jalanan ke Repulse Bay, antara pantai paling terkenal dan sering menjadi tumpuan di Hong Kong.Tarikan Hong Kong tidak terhad pada gaya hidup me tropolitan di celah hutan konkritnya. Pulau Lantau misalnya menempatkan kota impian kanak-kanak dari serata dunia, Disneyland Hong Kong.Sarat dengan karakter animasi popular, daripada Mickey Mouse, Sleeping Beauty hingga kepada Lilo & Stich, taman ini memiliki empat bahagian utama iaitu Main Street USA., Fantasyland, Adventureland dan Tomorrowland.

    Berdekatan dengan Disneyland, pengunjung juga boleh menaiki MTR untuk ke Tung Chun yang popular dengan ‘gedung kilang’ yang menempatkan pelbagai jenama an tarabangsa.Jika berkunjung ke Tung Chun, luangkan masa untuk menaiki kereta kabel Ngong Ping 360 untuk menyaksikan landskap semula jadi Hong Kong dari udara. Perjalanan 5.7 km kira-kira 25 minit menyajikan pe mandangan indah persisiran pantai selatan Hong Kong.

    Tiba di hentian Ngong Ping, pengunjung boleh meluangkan masa untuk melawat perkampungan tradisional lengkap dengan tarikan rumah teh dan patung gangsa Buddha, Tian Tan.Untuk mereka yang kaki membeli-belah, Hong Kong me nyediakan pelbagai pilihan, daripada pasar malam ala Petaling Street seperti Ladies Market, Temple Street dan deretan kedai di Mongkok serta Tsim Sha Tsui.Hong Kong mungkin lebih padat dan sesak daripada apa yang dilihat di kaca televisyen, tetapi memiliki pelbagai tarikan unik, sekiranya anda meluangkan masa untuk me nerokainya.

    >Info
    >Lebih 90 peratus warga Hong Kong menggunakan pengangkutan awam.

    >Kad Octapus seperti Touch N Go di Malaysia boleh digunakan di mana-mana pengangkutan awam termasuk MTR dan kedai serbaneka 7 Eleven.

    >Mencari makanan halal tidak begitu sukar jika anda membuat kajian sebelum tiba di Hong Kong. Cara paling mudah adalah mengunjungi masjid atau pusat Islam. Ada juga restoran halal milik Melayu Singapura dan Indonesia ber operasi di Tsim Sha Tsui.

    >Semua papan tanda turut memaparkan bahasa Inggeris untuk kemudahan pelancong. Malah, ramai warga Hong Kong turut menguasai bahasa itu.

    CARA KE SINI

    AirAsia menawarkan tambang terendah pada harga se rendah RM100 (tidak termasuk cukai) untuk penerbangan sehala ke Hong Kong. Penerbangan harian ke Hong Kong pada 7 pagi setiap hari kecuali jam 7.35 pada Jumaat. Penerbangan dari Hong Kong ke Kuala Lumpur pula dijadualkan pada jam 11.35 pagi setiap hari kecuali 12.05 pada Jumaat.

    Untuk maklumat lanjut, layari www.airasia.com.

    RUJUKAN PERCUTIAN
    Lembaga Pelancongan Hong Kong
    www.discoverhongkong.com

    GUNUNG Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,037 meter (m) dari paras laut. Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.

    Pengunjung dapat menyaksikan pemandangan indah gugusan pulau zamrud Terengganu termasuk Pulau Perhentian dan Pulau Redang, daratan yang bertaburan di Laut China Selatan.

    Ada berkata, puncak gunung ini paling mudah ditawan. Justeru, tidak hairanlah tanah tinggi di daerah Setiu ini semakin popular di kalangan penggemar aktiviti lasak dan pencinta alam sekitar. Selain pendaki tempatan yang kerap mengadakan kembara berkumpulan, ada beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej ekspedisi menawan puncak Gunung Tebu.Kembara ini memakan masa antara dua atau tiga hari. Ada juga segelintir pendaki yang dahagakan pengembaraan lebih lasak, menyambung kembara mereka dengan menawan banjaran tanah tinggi lain di sekitar Besut, sebelum me namatkan ekspedisi di Kolam Air Panas La.

    “Pendakian dari kaki gunung ke puncak Gunung Tebu mengambil masa dua hari satu malam. Tempoh masa yang agak singkat ini membolehkan aktiviti lasak ini diadakan secara berkumpulan terutama di hujung minggu.“Ada pula yang apabila sudah tiba di puncak Gunung Tebu, mahu ke Bukit Batu Balai dengan laluan dan pendakian lebih mencabar,” kata seorang pemandu pelancong berpenga laman.

    Sebelum memulakan perjalanan, peserta akan berkumpul di kaki Gunung Tebu, iaitu di kawasan perkelahan terkenal, Lata Belatan. Peserta akan menjalankan pemeriksaan rutin dan diberikan taklimat pegawai Jabatan Perhutanan, sebelum memasuki hutan.Setiap peserta perlu memiliki pas yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.Selepas Lata Belatan, destinasi pertama yang akan dituju adalah Sungai Chakah Dua, kira-kira 30 minit perjalanan dari Lata Belatan.

    Dari sini, peserta akan meneruskan perjalanan ke destinasi kedua, Batu Mat Hassan - yang mendapat namanya sempena dengan orang lama yang bertapa di gua berhampiran. Dari batu ini, peserta meneruskan pendakian mereka ke Jendela Tebu, yang memakan masa sehingga 20 minit per jalanan. Lazimnya, peserta akan berehat seketika bagi me nyaksikan pemandangan indah panorama menarik kawasan sekitarnya.Dari kedudukan ini, pengunjung akan dapat melihat punca mata air semula jadi kira-kira 30m di bawah Jendela Tebu. Ada yang memanfaatkannya untuk tujuan membersihkan diri atau mengambil wuduk.

    Selepas berehat seketika bagi menikmati hidangan makan tengah hari, pendakian akan menemui destinasi utamanya iaitu puncak Gunung Tebu, kemuncak di negeri pantai timur yang paling hampir dengan kawasan laut.Perjalanan diteruskan ke Batu Madrasah, kawasan lapang kira-kira 200m, selepas melewati kawasan puncak. Tempat ini dikatakan mendapat namanya kerana adanya batu besar yang seakan terhampar luas dengan permukaan yang agak rata. Menariknya, tidak berapa jauh dari kawasan ini, pengunjung akan dapat melihat kubur yang tidak bertanda dan masih menjadi misteri terutama kepada penduduk tempatan.

    Ada yang menganggap kubur ini tempat bersemadi orang halus yang pernah menghuni kawasan gunung ini. Sesudah bermalam dalam khemah pada ketinggian lebih 1,000m dari aras laut, ekspedisi diteruskan dengan me nempuh Batu Terowong. Perjalanan dari puncak ke batu ini memakan masa kira-kira dua jam setengah berikutan la luannya yang agak mencabar. Di sini, peserta lazimnya akan berehat antara satu dan dua jam untuk makan tengah hari sebelum meneruskan per jalanan ke Sungai Angga yang menjadi tempat bermalam kedua sepanjang kembara lasak ini.

    Keesokan paginya, awal-awal lagi, peserta meneruskan perjalanan ke Bukit Batu Balai yang lebih mencabar dan ia memakan masa sehingga enam jam.Cabaran lebih sukar apabila menghampiri puncak Bukit Batu Balai pada ketinggian 1,161m.Bagaimanapun, kepuasan jelas terpancar di wajah setiap peserta apabila menjejakkan kaki ke puncak gunung ini. Penamat sempurna kepada ekspedisi penuh mencabar ini adalah “berkubang” di Kolam Air Panas La, sebelum bertolak pulang dengan van atau lori, milik agensi pelancongan.

    PEMBINAAN TERUSAN WAN MOHD. SAMAN DI KEDAH

    Tarikh Siaran:08.12.2003
    Tarikh Peristiwa:08.12.1885

    Pada hari ini 08.12.1885, pembinaan Terusan Wan Mohd. Saman di Kedah telah dimulakan.
    Pembinaan terusan itu telah diselenggarakan oleh Wan Mohd. saman bin Wan Ismail yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada tahun 1875. Inisiatif untuk membina terusan ini timbul setelah beliau dilantik menjadi Menteri Besar.

    Ketika lawatannya ke negeri Siam itu, terusan-terusan yang merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan di Kota Bangkok telah menarik perhatian beliau. Lawatan itu telah memberi ilham kepada Wan Mohd. Saman untuk membina sebatang terusan untuk membangunkan ekonomi negeri Kedah melalui projek-projek pertanian. Cadangan pembinaan terusan itu telah diperkenankan oleh Sultan Abdul Hamid yang memerintah ketika itu dan baginda memerintahkan agar sebatang terusan dibina dari Alor Star hingga ke kaki Gunung Jerai.

    Pembinaan terusan tersebut telah dijalankan dalam tiga peringkat:-

    Peringkat Pertama: Kerja-kerja menggali dibuat dari hujung Sungai Pengkalan Kundor atau Tandop, iaitu di sebuah Lubok bernama Lubok Ketong hingga ke bandar Kota Sarang Semut.

    Peringkat Kedua: Kerja-kerja menggali dari bandar kota sarang Semut hingga ke Kaki Gunung Jerai di Gurun.

    Peringkat Ketiga: Kerja-kerja menyambung terusan di Tandop dengan Sungai Kedah di Alor Setar.

    Berbagai masalah telah dihadapi semasa kerja-kerja pembinaan terusan dijalankan seperti kekurangan tenaga buruh akibat kematian kerana penyakit demam kepialu. Walaubagaimanapun sepuluh tahun kemudian iaitu dalam tahun 1895 terusan Wan Mohd. Saman sepanjang 35.2 km lebar 7.3 dan 1.5 m dalamnya telah disiapkan.

    Dengan pembinaan terusan Wan Mohd. Saman yang dimulakan pada hari ini dalam tahun 1885 maka berbagai perubahan dan kemajuan telah dapat dilaksanakan di negeri Kedah sehingga ianya terkenal sebagai negeri Jelapang Padi.

    Skrip: Diolah semula oleh ROSELINE MAPONG SABAI
    Sumber: Skrip HIDS

    Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

    FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah SWT telah mengajarkannya.

    Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah SWT Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun daripada hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki daripada kalangan kamu.

    Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan daripada orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa daripada saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya.

    Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah SWT dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (Apa Yang dilarang itu), maka sesungguhnya sang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu.

    Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah SWT (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah SWT sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah: 282)

    AL-MARAGHI berkata: Sesudah Allah SWT menggalakkan sedekah dan mengeluarkan derma bagi kepentingan agama, kerana perbuatan ini dapat melahirkan rasa kasih sayang, Allah SWT menyatakan pula larangan mengamalkan riba. Urusan riba boleh mendatangkan sifat kejam.

    Pada ayat ini, Allah SWT menyebut cara memelihara harta yang halal, iaitu dengan mencatat hutang dan melantik saksi di hadapan orang lain yang boleh dipercayai atau mengambil barangan jaminan jika dia tidak mudah percaya kepada catatan dan penyaksian. Hal ini disebabkan, orang yang diarahkan mengeluarkan infak dan sedekah serta dilarang melakukan riba pasti akan menemui suatu keupayaan untuk mengembangkan harta dan menjaganya jangan sampai hilang, agar dia mudah melakukan perintah dan anjuran Allah SWT untuk memperoleh kekayaan.

    Al-Rabi’ meriwayatkan, bahawa ayat ini turun ketika seorang lelaki mengelilingi orang ramai meminta sesiapa antara mereka menjadi saksi, tetapi tiada seorang pun yang mahu menawarkan diri.

    Ada pula yang berpendapat, bahawa yang dimaksudkan dengan mereka enggan untuk menjadi saksi dan menjalankannya pada saat dia diperlukan ialah bahawa menolak menjadi saksi itu haram kerana menjadi saksi itu fardu kifayah. Seseorang yang diminta menjadi saksi tidaklah wajib secara mutlak menerimanya, kecuali jika sudah tidak ada lagi orang lain yang boleh melakukannya.

    Oleh kerana ayat ini adalah sepanjang ayat dalam al-Quran maka penulis ingin mengemukakan iktibar dan pengajarannya.

    I. Sayyid Qutub berkata: “Inilah dasar umum yang hendak dijelaskan oleh al-Quran. Tugas mencatat atau menulis hutang piutang itu merupakan satu tugas yang diwajibkan dengan nas, bukannya ditinggalkan kepada pilihan sukarela sahaja dalam urusniaga hutang piutang yang bertempoh. Tugas ini diwajibkan kerana ia mempunyai sesuatu hikmah yang tersirat di sebaliknya.”

    II. Sayyid Qutub berkata: “Yang menentukan taklif ini terhadap penulis ialah Allah SWT supaya dia tidak berlengah-lengah dan tidak enggan menulis dan supaya dia tidak mengirakan tugas itu sebagai suatu kerja yang berat kepada dirinya, kerana tugas ini telah difardukan Allah SWT dengan nas undang-undang dan balasan untuknya kerana menjalani tugas ini telah disanggupi Allah. Tugas ini juga merupakan pernyataan kesyukuran di atas limpah kurnia Allah SWT yang telah mengajarnya kepandaian menulis. Oleh itu hendaklah dia menulis sebagaimana ia diajar oleh Allah.

    Menjaga urusan hutang

    III. Al-Maraghi berkata: Allah SWT meminta orang yang beriman supaya menjaga urusan hutang mereka dengan hati-hati, sama ada yang yang berbentuk pinjaman atau kredit ataupun penjualan dengan pembayaran tertangguh, dengan cara mencatat sehingga kalau sudah tamat tempohnya, mereka mudah meminta dan menuntut kepada yang berkenaan agar segera membereskan hutang tersebut.

    IV. Keperluan bertakwa kepada Allah SWT dalam menjalani perintahnya dan menjauhi larangannya.

    V. Hukum berhutang adalah harus dan pembayaran hutang adalah wajib dan patut disegerakan.

    VI. Dalam urusan jual beli tunai, saksi diperlukan kerana kadang-kadang selepas selesai urusan tersebut timbul perselisihan dan salah faham. Untuk menyelesaikan hal ini, kehadiran saksi sangat diperlukan.

    VII. Kalau yang memberi hutang itu berfikiran lemah atau masih anak kecil, atau orang yang sangat tua, atau orang bodoh, atau gagap, maka wali berkewajipan menangani urusannya untuk berhadapan dengan penulis atau orang yang dilantik sebagai wakil atau orang yang menjadi jurubahasanya mencatatkan dengan adil, tanpa sebarang tambahan atau kekurangan.

    VIII. Muhammad Quraish Syihab berkata: Dalam pandangan Mazhab Maliki, penyaksian wanita dibenarkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan harta benda, tidak dalam jenayah, pernikahan, cerai dan rujuk.

    Mazhab Hanafi lebih luas dan lebih sesuai dengan perkembangan masyarakat dan kudrat wanita. Wanita dibenarkan menjadi saksi dalam hal berkaitan dengan harta, persoalan rumah tangga seperti pernikahan, talak dan rujuk bahkan dalam segala sesuatu kecuali dalam soal jenayah.

    Memang persoalan jenayah yang dapat menyebabkan hukuman mati dan sebat, di samping tidak kena dengan naluri seorang wanita dalam penyaksian pada hal tersebut juga tidak lumrah bagi mereka yang diharapkan lebih banyak memberi perhatian pada anak-anak dan rumah tangga.

    Wang

    Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik.
    Salah satu ciri wang atau duit ianya mestilah barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas.

    Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perak mengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang.

    Sebelum kewujudan konsep wang, manusia menggunakan sistem barter tidak cekap. Oleh kerana ketidakpuasan manusia terhadap sistem tukar barang atau barter, maka satu sistem pertukaran yang menggunakan satu 'benda' sebagai perantaraan dicipta. Keupayaan wang membebaskan manusia dari kerumitan sistem barter membawa kepada penggunaan wang sebaik sahaja wujud barang yang boleh diterima umum.

    Komoditi Wang

    Revolusi wang dimulakan dengan wang komoditi. Peringkat penggunaan wang komoditi bermula apabila masyarakat merasakan terlalu banyak kelemahan dalam sistem barter. Mereka mencari satu alat lain untuk menggantikan kelemahan tersebut dengan memilih satu alat yang sukar untuk diperolehi serta mempunyai nilai di kalangan masyarakat. Pada mulanya mereka memilih alat-alat seperti barang perhiasan untuk dijadikan sebagai alat pertukaran. Antara barang-barang yang digunakan ialah:

    - Biji-biji manik (biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat, batu akik dan batu unam.)
    - Kulit-kulit binatang
    - Pedang
    - Cerek (bahan tembaga)
    - Tombak
    - Tempayan (yang merupakan simbol atau status kekayaan pada era tersebut)
    - Meriam kecil tembaga

    Kemunculan duit syiling dan wang logam

    Penemuan batu uji kecil membawa kepada penciptaan syiling berasaskan kepada bahan logam komoditi. Apa saja logam lembut boleh diuji ketulenannya di atas batu uji yang membolehkan seseorang mengira jumlah kandungan sesuatu logam dengan cepat dalam satu ketulan. Emas adalah logam lembut yang juga sukar didapati, padat dan senang disimpan. Kerana ini, penggunaan emas sebagai wang tersebar dengan cepat dari Asia Kecil, tempat di mana ia digunakan dengan meluas, ke seluruh dunia.

    Wang logam dicipta untuk menggantikan wang komoditi yang kurang sesuai peranannya sebagai wang. Selain emas, antara logam yang pernah digunakan sebagai wang logam adalah besi, timah, perak dan tembaga. Antara logam-logam ini, emas dan perak merupakan logam yang paling popular dan diguna secara meluas di seluruh dunia.

    Wang Kertas

    Wang kertas diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan wang logam yang berat untuk menjalankan urusniaga. Wang kertas pada mulanya dalam bentuk satu resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas dan perak dengan tukang emas. Resit ini secara tidak langsung memberitahu bahawa ia boleh ditukarkan kepada duit syiling emas dan perak yang sebenar.

    Oleh Salina Abdullah dan Norfatimah Ahmad
    bhnews@bharian.com.my

    Larangan gabung nama anak, bapa angkat belum dilaksana

    NILAI: Selepas lapan tahun Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan penggabungan nama anak angkat dengan nama penuh bapa angkat tanpa menggunakan bin atau binti Abdullah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didapati belum mematuhinya.

    Malah, saranan majlis itu supaya Akta Pengangkatan 1952 (Akta 253) dipinda segera supaya tidak bercanggah dengan hukum syarak, juga masih tidak dilaksanakan oleh jabatan berkenaan.

    Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata fatwa itu dikeluarkan pada 2000 selepas majlis berkenaan mempertimbangkan permohonan JPN untuk membenarkan penggabungan nama anak angkat dengan bapa angkat dalam sijil pengangkatan dan kad pengenalan.

    "Walaupun alasan yang diberi untuk menyelesaikan masalah sosial dan perasaan anak serta keluarga angkat, ia bercanggah dengan hukum syarak berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud 'panggil mereka dengan nama bapa mereka'." "Majlis Fatwa turut menyarankan JPN supaya meminda Akta 253 supaya lebih jelas dan memenuhi hukum syarak," katanya kepada Berita Harian.

    Ketika ini, pendaftaran nama anak angkat di kalangan keluarga Islam hanya berpandukan garis panduan JPN yang membenarkan keluarga angkat memilih sama ada meletakkan bin atau binti Abdullah atau menggabungkan nama anak angkat dengan mana-mana nama pilihan ibu bapa angkat. Keadaan ini menyebabkan ramai pasangan Islam cenderung menggabungkan nama anak angkat dengan nama penuh bapa angkat tanpa menggunakan bin atau binti Abdullah.

    Abdul Shukor menjelaskan, nama memang tidak semestinya dilengkapkan dengan bin atau binti, tetapi hanya sebahagian nama bapa angkat boleh digabungkan dengan nama anak angkat. Beliau memberi contoh, jika anak angkat diberi nama Abdul Halim dan bapa angkatnya, Zainal Abidin bin Omar, maka gabungan nama yang dibenarkan tanpa menggunakan bin ialah Abdul Halim Zainal, bukannya Abdul Halim Zainal Abidin.

    "Isu ini bukan baru, malah sudah lama dibincangkan kerana ia menimbulkan pelbagai masalah kepada ibu bapa dan anak angkat dari segi pergaulan dalam keluarga angkat, perkahwinan dan harta pusaka," katanya.

    Port Dickson mendapat nama dari pegawai tinggi British bernama Sir John Frederick Dickson yang telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat semasa akhir abad ke-19. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung oleh orang Melayu tempatan kerana kedudukannya di teluk kecil. Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh kerana berhampiran dengan teluk tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran.


    Setelah menyedari Arang mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan perindustrian dan Tanjung sebagai kawasan bandar yang membangun dengan cepatnya, Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu Selat, Sir John Frederick Dickson, terus mewartakan supaya Tanjung dijadikan sebuah pelabuhan yang strategik dan juga menjadikannya sebagai tempat istirehat untuk pegawai dan peladang British.


    Pembangunan pelabuhan itu juga membolehkan orang-orang British mengambil kesempatan dari perniagaan rempah, teh dan sutera yang menguntungkan antara India dan China. Aktiviti perdagangan yang sibuk antara peniaga dua negara tersebut menonjolkan Selat Melaka sebagai satu tempat perhentian yang sesuai dan praktikal kerana kedudukannya di pertengahan perjalanan bagi saudagar-saudagar kapal itu.


    Bagi melengkapi keberkesanan pelabuhan baru ini, berikutnya pada tahun 1891, satu landasan kereta api sepanjang 39km telah dicadangkan untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Pelan yang dirangka membolehkan pelbagai jenis barangan yang dibawa oleh kapal niaga seperti rempah-ratus, beras, ubi kayu diangkut melalui keretapi dari pelabuhan ke Sungai Ujong.


    Lagipun, telah dipastikan bahawa landasan kereta api dan pelabuhan laut dalam memainkan peranan penting untuk mengembangkan perdagangan untuk mengeksport timah dari lombong di Sungai Ujong. Untuk memudahkan pembinaan landasan ini, pihak British membawa masuk tenaga buruh dari India. Dengan usaha yang gigih maka landasan itu telah siap dan dirasmikan oleh Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu, Sir John Frederick Dickson. Dengan perasmian landasan kereta api itu, pihak British juga telah menukarkan nama tempat tersebut dari Tanjung menjadi Port Dickson. Sejak dari itu, nama itu telah menjadi sebutan orang ramai di Malaysia malah seluluruh dunia.

    Sejak mula beroperasi sebagai pelabuhan laut dalam, Port Dickson telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Pada tahun 1893 sahaja 600 kapal dari Singapura dan Port Klang berlabuh di Port Dickson memunggah muatan kapal dan kemudian mengangkutnya dengan keretapi ke Sungai Ujong. Pembangunan yang pesat, aktiviti pelabuhan yang sibuk dan bertambahnya jumlah pengangkutan barang-barang dari dalam dan luar Port Dickson, satu pusat pemeriksaan Kastam dan Imigresen ditubuhkan pada tahun 1894.


    Kejayaan pelabuhan ini juga membawa kepada beberapa pembaharuan kepada pusat bandarnya. Bangunan-bangunan kedai papan telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan kedai batu. Kira-kira 45 bangunan kedai batu telah didirikan sementara permohonan juga diterima untuk tapak tanah kosong disepanjang pantai.



    Perkembangan yang membawa perubahan Port Dickson itu menarik perhatian ramai yang membuat keputusan untuk menjadikan Port Dickson tempat penginapan atau dagangan mereka yang mengakibatkan pertambahan penduduk.Kegiatan ekonomi yang dijalankan terus pesat berkembang luas sejajar dengan pertumbuhan penduduk di Port Dickson.


    Kemunculan gergasi minyak tidak boleh diperkecilkan. Dalam tahun 1901, Syarikat Shell Petrol and Trading telah mendirikan kilang penapisan minyak bagi menampung pengeluaran sebanyak 700 liter tan minyak. Kesan pembangunan yang sangat pesat itu telah menjadikan Port Dickson semakin terkenal.Menjelang tahun 1902, Port Dickson telah pun dikenali ramai kerana stesen kereta apinya di Selatan Semenanjung serta kemunculannya sebagai pelabuhan terunggul. Sistem pengangkutan melalui kereta api dan jalan raya telah mendatangkan faedah kepada syarikat multinasional seperti Shell.


    Pada tahun 1933, Port Dickson telah dipilih sebagai penempatan kemah Angkatan Tentera Melayu dan juga Maktab Tentera Perseketuan. Dalam tahun 1964, Esso pula membuka kilang penapisannya dan pada tahun 1965, Port Dickson telah dijadikan pusat menjana elektrik negara dengan terdirinya Stesen Janalektrik Tuanku Jaafar. Stesen ini telah membekalkan keperluan elektrik kepada hampir separuh Semenanjung Malaysia ketika itu.Majlis Daerah Port Dickson setelah penubuhannya pada 1 Disember 1979 memulakan pentadbiran dengan perbelanjaan permulaan sebanyak RM 2.1 juta.


    Di bawah pentadbiran Majlis Daerah yang cekap, Port Dickson terus membangun dan dimajukan dengan pesat. Dari struktur politik, Port Dickson termasuk dalam kerusi Parlimen Teluk Kemang dengan empat kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Linggi, Pasir Panjang, Lukut dan Si Rusa.Hari ini, Port Dickson berdiri megah menghadapi pelbagai pembangunan dinamik yang bermula dengan kenaikan taraf dari Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran Port Dickson, sealiran dengan aspirasi Kerajaan untuk mengubah Port Dickson kepada satu perbandaran moden ditepi laut yang menyeronokkan dan disukai ramai.



    Sumber

    Telefon

    SEJARAH telefon bermula pada 1876 apabila Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon bagi menghubungkan masyarakat ke seluruh dunia. Kini selepas lebih seabad kematian penciptanya, perkembangan telefon telah berkembang amat pesat.

    Teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat dan inovasinya diperbaharui generasi baru sehingga membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain walaupun berada di bulan tanpa bantuan kabel.

    Berdasarkan sejarah, di negara ini sistem telekomunikasi tanpa wayar analog (ETACS) diperkenalkan pada 1989.

    Sejak itu rakyat Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan penduduk.

    Telekom Malaysia (TM) mula memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR (Automatic Telephone Using Radio) 450 pada Mei 1985 dan sejak itu telefon bimbit menjalani evolusi yang begitu pantas dari segi teknologi dan reka bentuk.

    Terdapat dua sistem digital pertama yang mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara.

    Berdasarkan rekod sepanjang tahun 2004 sahaja, sebanyak 9.5 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang tempoh tersebut, manakala 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005.

    Kini dengan pelbagai jenama telefon di pasaran - daripada syarikat multinasional kepada tempatan - pengguna boleh memilih telefon mengikut mengikut keperluan, kemudahan dan kemampuan masing-masing.

    Jika dulu telefon bimbit hanya digunakan untuk membuat dan menerima panggilan tetapi kini ia dilengkapi dengan pelbagai aksesori canggih.

    Pengguna boleh memilih telefon dengan fungsi kamera digital sehingga lapan megapiksel, rakaman video, panggilan video, sambungan kepada Internet bagi memudahkan pemiliknya berhubung dan menerima maklumat terkini.

    Malah, telefon pada masa ini boleh dikatakan keperluan yang perlu ada pada setiap manusia dan bukan lagi sebagai barangan mewah seperti dekad yang lepas.

    Apa pun terima kasih kepada Bell kerana mencetuskan ciptaan komunikasi sebagai permulaan kepada pelbagai inovasi lain.

    Artikel lama

    DVD


    DVD (juga dikenali sebagai "Digital Versatile Disc" atau "Digital Video Disc" - lihat Etimologi) ialah sejenis format media storan cakera optik yang popular. Kegunaan utamanya termasuk penyimpanan video dan data. Kebanyakan DVD sama dimensinya dengan cakera padat (CD) tetapi boleh menyimpan enam kali lebih data berbanding CD.

    Kelainan-kelainan istilah DVD selalu menghuraikan cara data disimpan dalam cakera: DVD-ROM mengandungi data yang hanya boleh dibaca dan tidak boleh ditulis, DVD-R dan DVD+R boleh ditulis sekali kemudian berfungsi seperti DVD-ROM, manakala DVD-RAM, DVD-RW, atau DVD+RW pula menyimpan data yang boleh dipadam dan ditulis semula banyak kali. Jarak gelombang yang digunakan oleh laser DVD biasa adalah 650 nm.

    Cakera-cakera DVD-Video dan DVD-Audio masing-masing merupakan kandungan video dan audio yang diformat dan distrukturkan dengan sebetulnya. Jenis-jenis DVD yang lain, termasuk yang mengandungi video, boleh dipanggil cakera DVD-Data. Istilah "DVD" selalunya disalahgunakan untuk memaksudkan format cakera optik definisi tinggi secara amnya, seperti Blu-ray dan HD DVD (namun HD DVD kini sudah lapuk). Kesannya, DVD yang asal kadang-kala dipanggil SD DVD (untuk "definisi biasa")


    Sejarah

    Pada tahun 1993, dua piawaian storan optik kemampatan tinggi sedang dikembangkan; salah satunya ialah MultiMedia Compact Disc yang didukung Philips dan Sony, dan yang satu lagi merupakan Super Density disc yang disokong Toshiba, Time Warner, Matsushita Electric, Hitachi, Mitsubishi Electric, Pioneer, Thomson, dan JVC. Presiden IBM, Lou Gerstner selaku tukang risik, memimpin satu usaha untuk menyatukan kedua-dua paksi tersebut lalu membentuk satu piawaian tunggal, kerana khuatir akan berulangnya perang format pita video antara VHS dan Betamax yang banyak menelan wang pada 1980-an.

    Philips dan Sony meninggalkan MultiMedia Compact Disc mereka lalu menerima SuperDensity Disc Toshiba sepenuhnya dengan hanya satu pengubahsuaian, iaitu bertukar kepada pemodulatan EFMPlus. EFMPlus dipilih kerana amat kuat menahan kerosakan cakera seperti kesan calar dan cap jari. EFMPlus rekaan Kees Immink yang juga mereka EFM ini adalah 6% kurang cekap berbanding teknik modulasi yang asalnya digunakan oleh Toshiba, yang menghasilkan muatan sebanyak 4.7 GB berbanding 5 GB yang asal. Hasilnya adalah spesifikasi DVD yang memuktamadkan pemain wayang DVD dan aplikasi komputer DVD-ROM pada Disember 1995. Pada bulan Mei 1997, Konsortium DVD diganti oleh Forum DVD yang terbuka kepada semua syarikat lain.


    Nama

    "DVD" mula-mulanya digunakan sebagai singkatan bagi istilah tidak rasmi digital videodisk. Pada tahun 1995, dilaporkan pada masa spesifikasi dimuktamadkan, bahawa huruf-huruf tersebut secara rasminya adalah singkatan untuk digital versatile disc ("cakera serba guna digital", kerana mengambil kira aplikasi selain video), namun, teks siaran akhbar yang mengumumkan penetapan spesifikasi hanya memanggil teknologi itu sebagai "DVD" tanpa menyebut apa yang dimaksudkan huruf-huruf itu.

    Dokumen-dokumen spesifikasi DVD rasmi tidak pernah sekalipun mendefinisikan DVD.
    Di laman web Forum DVD ada satu bahagian bertajuk "DVD Primer" di mana jawapan kepada soalan "Apakah erti DVD?" adalah seperti berikut: "Kata kuncinya ialah 'versatil.' Cakera serba guna digital memberikan storan dan capaian video, audio dan data yang sangat hebat -- segalanya dalam sekeping cakera."

    Gitar

    Introduction



    Gitar adalah alat musik petik yang terbuat dari kayu dengan beberapa bagian dari logam / Metal dan terdapat 6 tali / senar untuk dimainkan. Bagian atas dan bawah dari badan gitar berbentuk angka 8. 6 senar terikat pada Pegs atau pemutar senar yang ditarik sepanjang badan gitar. Pegs / pemutar senar digunakan untuk Tuning. Instrumen ini sangat dikenal. Hanya dengan memetik senarnya, orang orang langsung bergabung bersama. Pada sebuah pesta anda bisa bermain gitar untuk bernyanyi dan berdansa. Disaat sendiri suara yang dihasilkan bagai sebuah Orchestra kecil.

    Suara gitar mempunyai sifat romantis. Oleh karenanya, lagu “Romansa” paling cocok bila dibawakan dengan gitar. Selain gitar-gitar tradisional, maka ada beberapa jenis gitar lainnya. Misalnya gitar Hawaiian yang menggunakan sistim slide; kemudian ada gitar yang menggunakan dawai nylon (gitar klasik dan gitar folk), serta ada pula yang menggunakan dawai logam (steel guitar).


    A. Sejarah Gitar

    Keaslian gitar tidak dapat dilihat dari keantikannya. Beberapa ahli merasa alat ini berasal dari benua Afrika, dimana banyak Replika modern dalam bentuk kotak bulat seperti kulit kerang dengan Gut /benang benang sutera, di banyak daerah benua itu. Ahli lain menemukan alat ini dalam bentuk kaca di relief relief batu tua di zaman Asia Tengah dan Asia Kuno.

    Bahan pemikiran lain juga timbul dengan ditemukannya vas vas Yunani Kuno yang bercorak. Greek Strings mungkin adalah alat pertama yang dikatagorikan sebagai gitar. Gitar modern kemungkinan berakar dari gitar Sepanyol, tetapi berbagai jenis gitar seperti instrumen

    instrumen yang kita selalu saksikan pada lukisan di zaman Medieval dan Renaiassance yang banyak terdapat diseluruh Eropa. Berikut ini adalah tempat tempat bersejarah ditemukannya gitar dari zaman Medieval sampai abad ke-20, berdasarkan sejarah dan perkembangannya.

    1265 Juan Gil dari Zamora menyatakan sejarah awal gitar dimulai dari “Ars Musica”.

    1283 –1350 Guitarra Latina dan Guitar Moresca terdapat pada puisi “Archpriest of Hita”.

    1306 Seorang pemain gitar bermain pada sebuah tempat agama (The Feast of Westminister) di negara Inggeris.

    1487 Johannes Tinctoris berpendapat bahawa instrumen gitar mula-mula ditemui oleh bangsa Catalans.

    1546 Alonso Mudarra menciptakan komposisi “Tres Libros de Musica en Cifras Para Vihuela” yang melibatkan gitar didalamnya.

    1551 – 1555 Sembilan buku tablatur gitar diterbitkan oleh Adrian Le Roy.

    1600 – 1650 Berbagai jenis tablatur untuk gitar dikomersialkan. Kepopularannya mulai menyaingi Lute (sejenis instrumen gitar juga).

    1674 Buku “Guitarre Royal” yang diterbitkan oleh F. Corbetta yang menaikkan populariti dari gitar. Buku ini didedikasikan kepada Raja Louis XIV.

    1770 – 1800 Senar ke 6 ditambahkan pada gitar dan semuanya menjadi Single String.

    1800 – 1850 Gitar mengalami puncak kepopulerannya dalam hal penampilan dan publikasi. Fernando Sor, Mauro Guiliani, Matteo Carcassi dan Dioniso Aguado adalah para komposer terkenal yang menulis, mengajarkan dan menerbitkan komposisi mereka.

    1850 – 1892 Seorang produser gitar Manual Torres mengembangkan generasi yang kita ketahui sekarang ini.

    1916 Segovia mengadakan konsert di Ateneo, yang merupakan gedung konsert yang paling terkenal di Madrid pada saat itu. Sebelumnya instrumen gitar dikenali dan ditampilkan dalam acara sebesar ini.


    I. Perkembangan gitar di Timur dalam kuno

    Dipercayakan bahwa sejarah gitar berasal dari belahan Timur Dalam. Disana para archeolog menemukan instrumen dan benda benda yang bersangkutan dengannya sebagai patokan dalam dunia asalnya gitar yang belum begitu dikenal. Diantara benda benda bersejarah yang ditemukan di Babylonia, yang paling relevan adalah Plaques yang terbuat dari tanah liat (1900-1800 B.C.), dimana diperlihatkan sosok sosok bugil yang sedang bermain instrumen instrumen musik.

    Beberapa dari instrumen instrumen itu mempunyai persamaan umum yang mirip dengan gitar. Analisa lebih lanjut membuktikan bahwa ada perbedaan antara body dan neck gitar. Bagian belakang dari gitar itu sangat datar; dimana bagian belakang gitar tersebut menempel pada dada seorang pastur. Ini cukup membuktikan bahwa tidak ada kemungkinan instrumen tersebut berbentuk Bowl-Shaped / mangkuk. Sangat jelas terlihat bahwa tangan kanan sedang memetik senar / tali tali. Sayangnya jumlah senar senar tersebut tidak terlihat jelas.

    Tetapi di Plaques lainnya terdapat sedikitnya ada 2 senar. Bukti bukti dari instrumen instrumen yang menyerupai gitar telah terlihat; Syria, Susa (sebuah kota kuno di Utara Teluk Persia : ibukota dari kerajaan Persia).

    II. Mesir dan Romawi

    Pada awalnya, satu satunya instrumen musik yang bersenar di Mesir adalah Harpa yang berbentuk busur / Bow-Shaped. Beberapa lama kemudian, instrumen yang mempunyai leher yang ditandai dengan Frets, dan mungkin terbuat dari benang benang sutera / Gut yang digantungkan dileher. Pada akhirnya beberapa bagian dan karakteristik yang akan menjadi sebuah instrumen yang berhubungan dengan gitar dan juga semua instrumen instrumen bersenar yang mempunyai leher, dengan metode memetik dan menundukan kepala. Perkembangan selanjutnya membuat instrumen ini lebih menyamai bentuk gitar.

    Instrumen instrumen dari zaman Romawi (30 B.C – 40 A.D) semuanya terbuat dari kayu yang sebelumnya terbuat dari kulit kambing. Instrumen ini memiliki 5 bagian lubang suara yang kecil. Ciri ciri ini berlaku sampai abad 16. Sebuah instrumen ditemukan dikuburan Coptic di Mesir, dimana diperlihatkan bentuk dasar gitar, terdapat lekukan lekukan yang cukup dalam pada kurva kurva disampingnya dengan bagian belakang yang sangat mendatar. Permukaan depan dan belakangnya disatukan oleh potongan potongan kayu yang membentuk bagian samping instrumen ini. Ciri khas ini dapat ditemukan sampai sekarang.

    III. Pertengahan Abad di Eropah

    Instrumen pertama eropa yang bersenar dimulai pada abad 3 A.D. Analisa dari abad ke 3 membuktikan bahwa instrumen ini mempunyai kotak suara yang bulat menyambung ke leher yang lebar. Instrumen tipe ini berlanjut digunakan sampai masa yang lama. Ada juga deskripsi instrumen lainnya bermula di Zaman Dinasti Carolingian yang mungkin berasal dari Perancis atau Jerman.

    Instrumen dari Carolingian ini berbentuk persegi empat, kira kira mempunyai panjang yang sama dengan lehernya, ujung lehernya sedikit melebar dan mempunyai pengikat senar senar yang kecil / Small Pegs. Dalam ilustrasi lainnya, instrumen instrumen ini mempunyai 4 Pegs dan 5 Pegs diinstrumen lainnya. Jumlah senar senar ini bersamaan dan dipetik dengan 2 cara : Dengan jari atau menggunakan Plectrum / alat pemetik senar. Instrumen Carolingian ini tidak berubah sampai abad 14.

    Guitarra Latina dan Guitarra Moresca

    Ada perbedaan antara Guitarra Latina dan Guitarra Morisca. kata Morisca dibawa oleh orang orang keturunan Arab. kotak suaranya berbentuk oval dan mempunyai banyak lubang suara. Pada waktu perjalanannya melewati mesir, sebagian besar orang dari Afrika dan Spanyol menyebarkan ciri ciri utama dari desain gitar ini kepada pembuat instrumen instrumen di Eropa Barat. Kemungkinan yang sama adalah bahwa gitar Spanyol yang pertama adalah buatan Eropa. Hanya yang pasti yaitu pengaruh Arab di Spanyol merupakan awal dari munculnya gitar.

    The Guitarra Latina mempunyai sisi yang melengkung, yang diperkirakan datang ke Sepanyol dari beberapa negara di Eropah. Bentuk tersebut adalah tipe yang dikembangkan menjadi gitar modern.

    Pencapaian kesuksesan gitar ada hubungannya dengan sifat sifat para pengembara suku Troubadours. Dalam perjalanan gitar menuju Catalonia melewati Spanyol melalui suku Troubadours. Suku Troubadours dibagian Eropa mengadakan wisata dan pertunjukan, serta memperkaya kebudayaan musik secara luas dan memberikan pengaruh besar dalam menyebarluaskan gitar di benua ini.

    IV. Abad ke-16

    Sampai pada abad pertengahan informasi informasi yang penting mengenai gitar dan silsilahnya telah dilukiskan dalam angka angka dan gambar pada relief relief. Itu menjadi sebuah keyakinan atas fakta yang tidak langsung dan tidak dapat dihindarkan. Dimulai pada abad ke 16, bentuk instrumen instrumen yang ada sekarang ini merupakan fakta fakta langsung. Gitar gitar pada abad 16 didistribusikan sebagai The Vihuela dari zaman Luis Milan, Rizzio Guitar dari Perancis dan Guitarra Battente dari Italia.

    The Vihuela
    The Vihuela berasal dari Spanyol, dimana instrumen ini merupakan 4 Vihuela kecil yang disatukan dan bersenar 5 Guitarra. Pada waktu yang sama munculah alat baru yaitu Lute. Instrumen yang digemari oleh kaum bangsawan dihampir seluruh daratan Eropa. Spanyol adalah pengecualian khusus. Lute juga telah menjadi satu dengan orang orang keturunan Arab yang menentukan aturan aturan main sendiri. Karena demikian kaum bangsawan merasa terhina karena instrumen tersebut juga digunakan oleh bangsa pendatang. Kemudian kaum bangsawan mempopulerkan Guitarra dengan 4 senar yang sama / Double-Strings. Seiring dengan perkembangannya, gitar dengan 4 senar itu diperbesar dan diberikan 6 senar yang sama / Double-Strings. Aturan permainannya sama dan dengan pengecualian dari senar ke tiganya, yang tone-nya turun setengah. Salah satu pemain Vihuela yang terkenal adalah Luis Milan, lahir pada tahun 1500.

    Pada tahun 1535 Luis Milan menerbitkan sebuah buku yang berjudul Libro de Musica de Vihuela de Mano Intitulalo “El Maestro”. Buku ini merupakan karya yang terpenting bagi Milan. Data terakhir Vihuela tahun 1700 yang mewakili akhirnya perkembangan pentas instrumen. Instrumen ini terbuat dari ukiran logam, Vihuela memiliki lengkungan sepanjang sisi yang dalam dan lubang suaranya berbentuk oval. Kepopularitasan instrumen ini adalah bukti dari kuantitas musik yang masih ada.

    Tertulis dalam tablatur instrumen ini, setiap baris mewakili senar dan pada tablatur Spanyol dan Italia, senar teratas mewakili senar yang paling dalam. Sementara di Inggris dan Perancis senar senar Vihuelanya pada tablatur, nilai not-nya menunjukan bermacam macam tipe not dan berada dibaris paling atas. Macam macam not ini mirip dengan not yang ada saat ini.

    Pertama kali dipublikasikan karya tablatur Vihuela Spanyol oleh Luis de Milan tahun 1535, Luis de Narvaez tahun 1538, Alonso de Mudarra tahun 1546. Koleksi Tablatur ini terdiri dari komposisi instrumen terbaik pada zaman Renaissance pada abad 16, yaitu masa keemasan bagi musik Vihuela Spanyol.

    Gitar 4 Senar

    Gitar 4 senar asalnya dari Mesir, salah satunya datang dari eropa dan mengalami banyak perubahan bentuk serta bervariasi; bersenar 3, 4 dan 5 senar. Gitar bersenar ini paling populer sampai akhir abad pertengahan.
    Gitar 4 senar di Italia mempunyai nada G, C, E, A. Dan berbeda di Spanyol notasi nadanya adalah G, D, F#, B.

    Gitar 5 Senar

    Dipertengahan Zaman, eksistensi gitar bersenar 3, 4, dan 5 secara bersamaan mulai terlihat. Pada abad 15, instrumen dengan senar 4 double-strings melejit popularitasnya. Gitar 5 senar double-strings yang pertama ditemukan pada sebuah ukiran di Italia. Sebutan dan jenis dari gitar 5 senar ini adalah Guitarra Battente yang mempunyai ciri khas bagian belakangnya melengkung keluar.
    Tuning untuk instrumen ini adalah A, D, G, B, E.

    V. Abad ke-17

    Raja Louis XIV dari Perancis dapat memainkan gitar dan mengakuinya gitar sebagai instrumen favoritnya. Guru beliau adalah salah satu pemain gitar Perancis yang terkenal; Robert de Visee (1650-1725). Jean Baptise Lully adalah seorang komposer yang terkenal pada saat itu. Dia memainkan gitar dan mengkomposisikan musik untuk instrumen tersebut.

    Nama nama dari pemain gitar dalam masa Baroque di Perancis telah tercatat dalam sejarah, contohnya Rene Voboam yang mewakili puncak pembuatan instrumen Perancis di abad 17. Dia membuat gitar pada tahun 1641 yang memperlihatkan pembuatan instrumen gitar yang lebih beronamen. Alexandre Voboam dan anaknya Jean juga membuat gitar yang bernuansa abad ke-17.

    VI. Pengaruh di Jerman

    Di Eropa Utara tepatnya di Jerman, instrumen gitar mencapai puncak popularitasnya; Heinrich Schutz (1585-1672), Samuel Scheidt (1587-1654) dan Johann Hermann Schein (1586-1630). Contoh dari sebuah gitar pertama Jerman yang masih eksis sampai hari ini dibuat oleh Jacobus Stadler pada tahun 1624. Ia mempunyai lengkungan yang khas dan bagian belakangnya polos dan juga memperlihatkan pengaruh besar desain Itali. Sebuah gitar abad 17 yang dibuat oleh seorang pendeta, John dari Apsom mempunyai desain yang sangat berbeda dari gitar lainnya. Bagian belakang gitar ini dihiasi dengan gambar gambar “Crucifixion”.

    Pembuat gitar eropa yang paling menonjol adalah Joachim Tielke dari Hamburg (1641-1719). Gitar buatannya dihiasi oleh bahan bahan ivory, tortoise shell, ebony, gold dan silver, mother-of-pearl, jarcanda wood. Hasil karyanya selalu mempunyai kualitas tertinggi dan konsisten. Bagian sampingnya terdapat hasil karyanya yang terbuat dari ivory dengan ukiran gambar Genesis.

    VII. Pengaruh di Eropah Timur

    Di Cekoslovakia, Czech ‘Luthier’ mencoba untuk beradaptasi dengan gitar tipe Battente. Selain adanya 5 double-strings seperti gitar Battente yang asli, gitar Czech ada tambahan satu single-string yang digunakan untuk memainkan ‘Melodic Line’. Gitar gitar yang dibuat oleh Andrees Ott, seorang pakar pembuat instrumen dari Prague memperlihatkan pengaruh dari Italia.

    Sejarah gitar Polandia diwakili oleh Jakob Kremberg, penyair, penyanyi, dan komposer dari Warsaw. Pentingnya hasil karya Kremberg juga memberikan kita informasi yang penting mengenai tuning instrumen gitar, adalah 1 tone lebih rendah daripada tuning dari instrumen instrumen masa kini.

    VIII. Spanyol dan Portugal

    Salah satu gitaris yang prominent pada waktu itu adalah Francisco Corbera. Ia mendedikasikan hasil karyanya yang bernama Guitarra y sus differencias de sonos untuk Philip IV, raja Spanyol dari tahun 1621 sampai 1665. Tetapi gitaris Perancis yang paling menonjol di abad 17 adalah Gasper Sanz.

    Sanz mempelajari gitar di Italia dan juga organ dan sejarah musik. Dia menjadi organisator di King’s Chaples di Naples. Pada saat dia kembali ke Spanyol, dia menerbitkan 3 buku musik mengenai gitar di tahun 1674, 1675 dan 1697. Buku buku ini memuat ajaran ajarannya yang ekstensif dalam improvisasi dan performa, dengan menggunakan 2 metode main : Strumming dan Plucking. Dia percaya tehnik Strumming sangat cocok untuk musik dansa. Tuning yang digunakan adalah A, D, G, B, E.

    IX. Pengaruh di Italia

    Faktor utama yang mempopulerkan gitar di Italia dan yang memperkaya literatur gitar adalah diperkenalkannya gaya petik gitar dari Spanyol. Karena itu gitar Di Italia juga dikenal sebagai Chitaria Spagnuola. Gaya petik diwariskan dari tehnik Vihuela yang diadaptasikan oleh orang orang Spanyol untuk gitar mereka. Chitaria Spagnuola adalah tehnik umum pada abad 17 dan pemakaian “Spanish Guitar” berlanjut sampai hari ini sebagai lanjutan pemakaiannya dari abad 17.

    Dua tehnik permainan gitar ini sangat berbeda pada teknik Strumming dan Plucking dan eksis bersamaan di Italia pada abad 17. Tehnik petik ini diekspresikan dalam bentuk notasi tablatur. Strumming of Chords didedikasikan oleh notasi spesial yang dikembangkan oleh komposer komposer Italia dari abad 16 dan abad 17.

    X. Abad ke-18

    Pada abad 18, kenaikan jumlah gitaris sama dengan jumlah komposer. Adapun beberapa komposer yang terkenal pada saat itu antara lain; Johann Arnold (1773-1806), Friedrich Baumbach (1753-1813), dan Johann ChristianFranz (1762-1814). Aspek terpenting dalam musik gitar di Jerman pada abad ini menggunakan instrumen gitar dalam variasi kombinasi “ensemble”. Contohnya; gitar dan Flute, gitar dan bass, gitar, biola dan bass.

    Pemain pemain dan komposer komposer abad 18

    Salah satu komposernya adalah Trille Labarre, dia mengarang komposisi untuk gitar solo, gitar dan biola, gitar dan nyanyian. Komposer lainnya adalah; Antonie Lemoine (1763-1877) seorang “Virtuoso” terkenal yang mengkomposisikan dan memainkan dengan biola. B. Vidal berperan berperan sebagai pemain, guru dan komposer. Dia menulis Nouvelle Methode.

    Gitar bersenar 6

    Gitar bersenar 6 merupakan inovasi yang berasal dari abad ke-18. Gitar tersebut berasal dari Italia dan sangat digemari serta sangat populer. Alasan alasanya adalah;
    1. Guitarra Battente dari Italia, yang muncul di akhir abad 17 dan di awal abad 18, mengalami perubahan menjadi 6 senar. Dimana setiap senarnya terdapat 2 senar (double-strings).
    2. Tahun 1732, J.B.F.K Majer menciptakan tunning pada gitar bersenar 6.
    3. Gitar bersenar 6 yang berasal dari Jerman, dibuat oleh Otto, dibuat berdasarkan metode Italia.

    XI. Abad ke-19

    Pada awal pertengahan abad 19, minat baru untuk instrumen ini dipusatkan di kota Vienna. Kota Vienna sendiri menjadi pusat alat musik dan para musisi dari seluruh eropa. Pertujukan pertunjukan musisi tersebut memberi dorongan awal yang mana gitar menjadi suatu alat instrumen yang serius. Seperti Mauro Giuliani (1780-1840) yang menginisiatifkan trend tour gitar untuk para gitaris. Kemudian Fernando Sor gitaris asal Spanyol yang terkenal di era Romantic Spanyol dan satu satunya serta gitaris pertama yang diundang oleh London Pihlharmonic Society.

    XII. Abad ke-20

    Adalah abad dimana kita menjadi saksi terhadap perkembangan gitar yang tak terduga drastis sebagai instrumen artistik untuk berekspresi. Juga sebagai satu satunya abad yang menyambut gitar dipanggung konser. Ada 2 alasan dasar kepopularitasan gitar;

    1. Diakari oleh fenomena yang terdapat di abad 20. Perkembangan teknologi revolusioner dan perkembangan komunikasi media massa dan transportasi yang lebih cepat serta efisien adalah aspek aspeknya terlihat. Radio, TV, industri rekaman, satelit komunikasi, transportasi jet telah membantu memperlihatkan instrumen ini secara global. Musisi dapat mengadakan konser diseluruh dunia dalam waktu yang singkat. Mereka bisa mencapai penonton penonton yang jumlahnya besar, bukan hanya penonton dipanggung konser tetapi juga penonton dirumah untuk menyaksikan lewat televisi, mendengarkannya lewat radio dan melalui rekaman rekaman (piringan hitam, kaset dan CD), juga melalui internet. Para komposer, pemain atau pendengar, menciptakan banyak kesempatan untuk membangkitakan minat bermain gitar.

    2. Walaupun tidak sedramatis sebelumnya bukan berarti tidak signifikan. Ini adalah perluasan, konsekuen alami dari perkembangannya yang telah terjadi diabad abad sebelumnya. Abad 19 diingat sebagai abad dimana Francisco Tarrega (1852-1909) membawa teknik gitar pada sebuah titik seni yang murni, yang telah siap menyambut kedatangan teknik modern. Para pembuat gitar yang terkenal seperti Luthier Antonio Torres (1817-1892) mengembangkan sebuah instrumen dengan sedikit variasi yang sampai hari ini mampu diakui sebagai gitar. Even even yang penting ini telah merealisasikan pentingnya peranan gitar diabad 20.

    B. Jenis Gitar

    Kegunaan amplifier pada gitar belum dipakai pada zaman ini. Amplifikasi mulai diperkenalkan pada gitar “Dobro” / gitar Resonator yang dimulai oleh Dopyera brothers, imigran Slovakia di Amerika. Mereka menemukan inovasi pada gitar apabila bahan gitar dibuat dari bahan metal dan ditambahkan lempengan logam (Pie Plate) dengan ketebalan tertentu maka akan meningkatkan resonansi suara yang 2 kali lebih besar dan 2 kali lebih keras suaranya. Jenis gitar ini diproduksi untuk dimainkan dengan musik orchestra dan menjadi sangat populer pada tahun 1920-an dan 1930-an dikalangan musisi Blues dan Jazz.

    Kemudian pada saat perang dunia ke-2 bahan dasar gitar “Dobro” diganti menjadi kayu, untuk menggantikan bahan logam yang sangat mahal harganya, hanya resonatornya saja yang masih menggunakan bahan metal.
    Seiring dengan perkembangannya, gitar terus mengalami banyak inovasi sesuai dengan tuntutan penggunaannya. Akan tetapi musisi Country, Blues , dan Jazz mulai menciptakan berbagai jenis Tone dan Sound yang dapat dihasilkan oleh gitar dari tehnik seperti Bend, Sustain dan lain lain.

    Variasi dari sound tersebut juga mendorong perkembangan dari musik Rock and Roll yang timbul di tahun 1950-an. Les Paul adalah orang pertama yang bereksperimen dengan sound gitar elektrik pada sekitar tahun 1940. Gitar elektrik pertama adalah berupa hollow-body / gitar kopong, kadang berupa 2 buah lubang suara berbentuk huruf S-Shaped pada bagian depan badan gitar.

    Pada tahun 1947 Paul Bigsby bekerja sama dengan Merle Travis mendesain solid-body gitar seperti gitar elektrik yang kita kenal sekarang. Leo Fender seorang reparasi radio adalah orang pertama yang sukses memproduksi secara masal gitar jenis ini. Sehingga terjadi persaingan antara gitar Fender dengan gitar Gibson buatan Les Paul sampai saat ini. Ada dua jenis gitar yang biasa kita ketahui antara lain :
    The Pick Guitar dan The Finger-Style Guitar.



    ;;