Search
Bersempena dengan kenaikan harga minyak, alternatif lain mula dicari. Selain pemasangan alat penjimat petrol (Fuel Saver) satu lagi yang popular ialah NGV.
Apakah NGV itu?
1) NGV bermaksud "Natural Gas for Vihicles"
2) Gas asli ini digunakan juga di stesen-stesen janakuasa, Kilang dan Kemudahan Komersil yang lain.
3) Komposisi utama NGV ialah "Methane"
Faktor Ekonomi - Kenapa anda perlu bertukar kepada penggunaan NGV.
Fakta Individu Komersial Teksi Jarak Perjalanan (KM/Tahun) 20,000 40,000 80,000
Penggunaan Petrol (KM/Liter) 10 10 10
Penggunaan Petrol (Liter/Tahunan) 2,000 4,000 8,000
Harga Petrol (RM/Liter) 1.92 1.92 1.92 (harga baru RM 2.50)
Perbelanjaan Petrol Tahunan 3,840.00 7,680.00 15,360.00 (RM/Tahun)
Harga NGV (RM/Liter) 0.68 0.68 0.68
Perbelanjaan NGV Tahunan (RM/Tahun) 1,360.00 2,720.00 5,440.00
Penjimatan Tahunan (jika guna NGV 2,480.00 4,960.00 7,080.00 berbanding Petrol)
Kebaikan Penggunaan NGV
1) Penjimatan kos bahan bakar yang maksimum sehinggan 70%2) Insentif dari kerajaan dengan pengurangan cukai jalan sebanyak 25%
3) Jangkamasa injin kenderaan yang tahan lebih lama
4) Meningkatkan tahap ekonomi pengguna
5) Harga pasaran gas asli yang stabil
6) Mesra alam
Status NGV di Malaysia
1) Sehingga bulan Disember 2005, terdapat lebih kurang 30,000 kenderaanNGV di Malaysia (90% adalah Teksi)
2) Terdapat lebih kurang 40 buah stesen pengisian yang beroperasi
3) Arahan untuk membina tambahan stesen sebanyak 200 buah menjelangtahun 2008 oleh kerajaan untuk mengatasi masalah pusat pengisian NGV
Kos Pemasangan
Istimewa mengikut Jenis Enjin/Kenderaan
Jenis Kereta Enjin Harga Min (RM)
Iswara, Wira Karburator 2,800.00
Wira, Kembara, Gen2 Injection 3,900.00
Waja, Unser, Matrix, Sentra, Injection 4,000.00
Vios, City, Civic1.6, CitraPerdana, Camry, PajeroV6, Injection 4,900.00
NazaRia, Carnival, Wish, Stream,Accord, Civic2.0Vitara, Sportage, CRV Injection 4,900.00
Kancil Karburator 2,500.00
Kancil Injection 3,000.00
Kenari, Kelisa, MyVi Injection 3,100.00
Semua Jenis 4wD Karburator 2,800.00 - 3,100.00
Nota:
1)Harga yang tersenarai di atas adalah harga asas barangan dan pemasangan
2)Sebarang tambahan peralatan mengikut kehendak pembeli akan dikenakan bayaran tambahan.
3)Semua harga adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa
Labels: Info
Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di Malaysia. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai.
Sang Kelembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu.
Asal usul Kampung Gajah
Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah yang banyak di situ telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menegur gajah-gajah tersebut. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu.
Namun demikian sehingga kini , tidak dapat dipastikan kedudukan sebenar batu yang menyerupai gajah di Bukit Tunggal itu.
Dalam masyarakat orang Asli Semai di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.
Kritikan
Masyarakat Melayu tradisional sering mengaitkan sesuatu penyakit atau kejadian dengan alasan yang tidak rasional.
Contohnya bentuk batu-batu yang aneh bentuknya dan menyerupai manusia akan dikatakan telah 'ditegur' oleh Sang Kelembai akibat melanggar pantang. Masyarakat Melayu tradisional amat tidak gemar akan kanak-kanak yang suka bercakap banyak. Bagi mengunci mulut kanak-kanak ini yang petah bicara ini, barangkali cerita Sang Kelembai direka-reka.
Peliknya sumpahan Sang Kelembai tidak pula menjadi emas atau benda-benda yang berharga lain. Hanya menjadi batu.
Dalam filem Tenggang di Malaysia atau cerita Malim Kundang di Acheh, Sumatera , Indonesia, saudagar Tenggang atau Malim Kundang disumpah oleh batu oleh ibunya . Di Acheh memang wujud batu-batu di tepi laut yang menyerupai manusia yang sujud menyembah bumi dan tali-tali kapal .
Orang Melayu keturunan Acheh memang ramai di tepi Sungai Perak, khususnya di Kampung Gajah dan Pasir Salak. Dialek Perak yang digunakan hampir-hampir menyerupai dialek Acheh. Pelakon dan pelawak terkenal dari Acheh yang bertutur menyerupai dialek Acheh ialah Benjamin S.
Kepercayaan kepada sumpah boleh membawa kepada syirik dalam Islam.
Sumber
Labels: Mitos
Hampir 16 Peratus Rakyat Malaysia Sakit Mental
SUNGAI PETANI, 22 Nov 2007 (Bernama) -- Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun.
"Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.
Chua berkata, daripada jumlah itu juga sebanyak 11.2 peratus adalah pesakit di kalangan orang dewasa dan 19.5 peratus di kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.
"Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan, beban penyakit itu memberi kesan kepada masyarakat dan negara dan kos perubatan untuk pesakit mental adalah semakin tinggi manakala pesakit pula sering tidak mendapatkan rawatan awal kerana percayakan rawatan bomoh," kata beliau.
Kes membunuh diri juga didapati semakin meningkat dengan sebanyak 20 hingga 30 orang daripada setiap 100,000 rakyat Malaysia membunuh diri setiap tahun.Beliau berkata, kementerian juga mengalami masalah kekurangan pakar psikiatri kerana stigma masyarakat untuk menjadi pakar jiwa.
"Ada orang kita menggelar pakar jiwa `doktor gila' dan ini menyebabkan kursus perubatan psikiatri tidak begitu popular sehingga sekarang," kata beliau.Katanya, setakat ini cuma terdapat 145 orang pakar psikiatri dan negara memerlukan lebih 300 pakar lagi dalam bidang itu untuk mencapai nisbah 50 pesakit bagi seorang psikiatri.
Chua berkata, sehubungan itu kerajaan mahu usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dipertingkatkan.
Disusun dan edit untuk mindasuper.com
oleh Dr. Danial Zainal Abidin
Labels: Info