Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Pak Pandir Dan Ubi

Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia. Bila
wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh
pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab
aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan? tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu la, jawab Pak Pandir dengan selamber nye.

3 Sahabat Kamceng

Aiskrim... Tomato n Bawang Merah

Suatu hari 3 sekawan keluar berjalan2.....

Jalan punya jalan.. nampak pantai.... aiskrim apa lagi.. mcm kena hantu.. lari ke pantai..
Tomato n Bwg merah melarang tp Aiskrim wat der jer..

Last2.. aiskrim cair lam laut... menangis la TOmato n Bwg mErah kerana kehilangan seorg kawan...

Dlm menangisi pemergian aiskrim... depa berdua meneruskan perjalanan pulang..
jalan punya jalan.. ntah camner..tomato tersungkur.. lalu dilanggar lori... menangis la Bwg sebab tomato n aiskrim dh x der lagi.... der menangis sekuat hati...

Sampai rumah.. der masih menangis... Bwg MErah berdoa..."Apa akan jadi pd aku.. kawan2 ku semua dh tiada.. aku menangisi pemergian mereka... tp.. bila aku tiada.. siapa akan menangisi aku" berkata2 dgn pasrah...

Tiba2 ada suara menjawab... "jgn risau... pemergianmu akan ditangisi setiap orang.. apabila mereka memotong engkau utk masakan.. jd jgn risau.."

Bawang merah terkedu seketika dan tersenyum...

sekian saje cite hampeh..

Prosedur mengambil anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

*Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.

*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.

(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.

(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).

(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Siapa yang layak mengambil anak angkat?

*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.

Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?

*Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

*Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.


Peringatan:

Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

- Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

;;