Search
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak
tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya,
ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak
ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar
ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum
pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah
yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"
Katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia
menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik
calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak
kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.
Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari
berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga
begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila
dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata
majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.
Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak
itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah"
kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung
merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.
Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
Berdasarkan pengamatan aku dalam 2, 3 minggu ini... sejak aku menghadkan aktiviti berforum, aku dapat meluangkan lebih masa untuk menikmati kembali keseronokan berblog. Dan dalam beberapa minggu ini aku dah jejak beratus-ratus blog berbahasa Melayu(aku agak je). Apa yang mengejutkan aku, ada dikalangan bloggers yang baru berusia 12 tahun (mengikut usia yang dinyatakan di blog). Heran juga aku pasal berdasarkan pada theme dan widgets yang terpasang, aku percaya seseorang yang biasa berblog pun menghadapi kesukaran untuk memasangnya. Jadi bagaimana dengan seorang adik berusia 12 tahun mampu memenuhi kriteria blog mereka.
Aku mengakui ilmu dan kemahiran aku dalam penghasilan blog agak terbatas. Kekadang terasa malu apabila melihat blog mereka yang jauh lebih muda mempunyai blog yang lebih menarik, kemas dan tersusun. Satu trend yang wujud sekarang ialah menukar skin blog tanpa edit langsung. 100 percent copy asal. kekadang aku pun pening melihat blog yang punyai skin yang sama. Setakat hari ni kalo tak silap aku dah terjumpa 2 blogs yang sama kulit dgn aku punya blog. tetapi berlainan warna dan susunan memandangkan aku dah ejas dulu. Kekadang terasa nak bersalin kulit lagi gak, tetapi kemalasan kekal mengatasi kerajinan.
Melihatkan pada blog dan community. Semacam rangkaian network. tetapi fungsinya cukup baik. Bloggers kadang2 terlalu ghairah memasang aksesori sampinganyang kurang penting dalam blog. Hasilnya masa yang agak lama diperlukan untuk membuka blog.
Sampai saat ini aku masih kurang arif dan masih belajar hal berkaitan blog nie. Ada beberapa elements lagi yang ingin aku masukkan dalam blog aku dan ade beberapa menda yang dah dan akan aku buang dari blog aku. Insyaallah ada masa aku akan share sedikit sebanyak yang aku tahu di sini.
Selamat Tahun Baru 2009
Merangsang Minda Melalui Aktiviti Fizikal
Latihan untuk menggalakkan anak cepat membaca tidak terhad kepada penggunaan buku-buku dan kad imbas semata-mata. Aktiviti-aktiviti berbentuk fizikal juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada perkembangaan anak-anak.
Aktiviti seperti melompat, merangkak, berguling, dan lain-lain akan merangsang perkembangan otak dalam membentuk jaringan baru sel-sel. Kanak-kanak yang mempunyai otak yang berkembang pesat akan lebih mudah menerima latihan dan didikan, dan anda akan lihat dia lebih proaktif dan ceria. Semasa anda mendidik anak membaca dan lihat dia agak lemah atau kurang berminat... berhenti! Ajak dia berguling-guling, merangkak, melompat-lompat atau berlari sekeliling (anda perlu buat bersama ya... jangan malu-malu) sambil anda menyanyi atau menyebutkan perkataan-perkataan yang sedang dipelajarinya.
Kepelbagaian aktiviti seperti ini akan mengurangkan rasa bosan yang mungkin timbul dari proses pembelajaran yang terlalu mendatar (monotonous). Buat rakan-rakan yang mempunyai anak-anak yang masih kecil (bayi) disarankan agar menggalakkan anak-anak untuk berkembang mengikut peringkat-peringkatnya.
Benarkan dia belajar meniarap, kemudian merangkak, kemudian bertatih dan akhirnya berjalan. Melakukan jalan pintas seperti meletakkannya di dalam walker bukan sahaja memberikan tekanan pramatang kepada tubuhnya... ia juga merencatkan perkembangan normal diri anak anda tadi.
artikel nie aku ambik dari satu blog tanpa izin tuannya lagi...
hahahaha...
terima kasih di atas knowledge sharing...
http://rossizam.blogspot.com/
PARIS 30 Dis. - Negara-negara Islam semalam mengutuk Israel kerana melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza, ketika diplomat Eropah sedang mengusahakan cadangan untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan krisis di Genting Gaza, yang telah mencetuskan protes anti-Israel di benua ini.
Kenyataan Kementerian Luar Perancis menyatakan bahawa Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) akan bersidang di Paris hari ini untuk melihat langkah yang boleh diambil oleh EU bagi meredakan krisis tersebut dengan usaha bersama masyarakat antarabangsa, terutamanya Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ban Ki-moon.
Ketika angka korban di Gaza akibat bedilan tentera Israel meningkat kepada 374, usaha rundingan antara Syria dan Israel juga turut ditangguhkan.
Rayuan dunia Arab ditolak oleh sekutu paling rapat Israel, Amerika Syarikat (AS) yang terus mendesak Hamas agar bersetuju terhadap "gencatan senjata yang kekal."
"Bagi menghentikan keganasan, Hamas perlu berhenti melancarkan roket ke arah Israel dan bersetuju menghormati gencatan senjata yang kekal dan berpanjangan," kata jurucakap White House, Gordon Johndroe.
Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice meminta pemimpin dunia dan para diplomat termasuk Ban Ki-moon; Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert; Ketua Dasar Luar EU, Javier Solana serta rakan sejawatan dari Britain dan Arab Saudi untuk membantu memulihkan gencatan senjata di wilayah itu.
Raja Jordan, Raja Abdullah II dalam perbualan telefon dengan Presiden AS, George W. Bush menyatakan bahawa usaha antarabangsa perlu dilancarkan bagi menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dan menamatkan penderitaan penduduk Palestin.
Negara Islam lain seperti Indonesia, Afghanistan, Malaysia dan Pakistan turut mengutuk Israel.
- AFP