Search
Salam semua. Dah lama sangat aku tak buka blog aku. Tak berkesempatan langsung sekarang. Dengan berakhirnya final Champione League semalam tamat sudah musim gemilang Manchester United musim ini. Tahniah kepada peminat barcelona kerana team korang berjaya jadi juara. Terima kasih juga pada teman2 yang rajin duk sms sindir aku semalam terutama dari penyokong Liverpool yang tak jemu2 tunggu M.U kalah semua game. Dah kalah jadi aku tak reply ler sms korang. Hahaha... bola... bola...
Apapun musim ini aku kira adalah musim yang gemilang bagi Manchester United, memulakan kempen dengan menang dalam piala amal sumbangsih, kemudian kalah pada Zenit dalam Piala Kelab Juara Eropah, Menang ke atas Sao Paolo dalam Piala Juara Kelab Dunia, menang lagi Piala Liga dan berjaya merangkul Juara BPL musim 2008/2009 kali ketiga berturut-turut. Naib juara UEFA Champion League selepas kalah 2-0 kepada Barcelona. Hanya kurang satu game selepas gagal layak ke final untuk Piala FA. Turut berjaya mencipta rekod tanpa bolos dalam game BPL namun rekod tanpa kalah lebih 2 tahun dalam CL dah dileburkan barca.
Apa yang aku tulis di sini hanyalah pendapat dan pemerhatian peribadi aku sahaja. Dan aku bukanlah profesional pundit. Jadi kiranya korang tak bersetuju jangan marahkan aku.
Hasil dari musim ini dapat disimpulkan bahawa Manchester United masih lagi kekal sebagai kelab yang unggul. Ada peningkatan kalau diukur dari aspek skuad akademi. Dengan muka baru yang berbakat untuk mencipta nama sekiranya diberi peluang dan masa untuk mereka mencipta nama. Kiranya pemergian tevez boleh diisi oleh Macheda @ Welbeck, tapi aku kira dua-dua player ni masih terlalu mentah untuk mengisi tempat penyerang ke-3 dan ke-4.
Bakat Tenggelam Kini Timbul
John O'Shea dan Darren Fletcher 2 watak lama di Old Trafford yang telah bertransformasi. John O'Shea diawal kemunculannya telah menarik minat banyak kelab. Ramai yang menjangkakan dia bakal menjadi defender yang hebat. Namun musim kedua dan seterusnya agak mengecewakan. Bakatnya hanya biasa hinggalah dia diletakkan di pelbagai posisi. Seingat aku hanya posisi striker yang tak penah diisinya. Malah dia pernah menjadi goalkeeper menggantikan tomas kuszhak yang menerima kad merah. Musim ini dia banyak diletakkan di posisi defend kanan yang menggantikan wes brown yang turut menggantikan gary neville kerana kecederaan. Pada usia 28 tahun O'Shea mencapai kematangan dalam permainannya walaupun tidak sehebat yang lain.
Kerinduan peminat pada aksi lasak Roy Keane kini agak terubat. Darren Fletcher, aku kira berjaya menjelmakan kembali aksi mantap keano di United. Mungkin segelintir peminat tidak bersetuju, namun aku rasakan kesungguhan dan cara permainan Fletcher musim ini cukup hebat. Dia memang layak untuk mengisi posisi tengah bertahan. Ketiadaan Fletcher pada aksi final menentang barca sedikit sebanyak mengurangkan daya saing Manchester United. Sekaligus menyaksikan Michael Carrick dan Anderson gagal untuk menyaingi aksi mantap Xavi dan Andres Iniesta dibarisan tengah.
Pemain Keluar Masuk?
Mengulas mengenai pemain yang bakal keluar dan masuk, aku sendiri kurang pasti. Apa yang aku beranggapan masih ada dua posisi yang masih kekurangan kemantapannya dalam skuad United. Posisi defend kanan masih lagi menjadi masalah. Tetapi mengikutkan keadaan, sekembalinya wes brown dari kecederaan, prestasi O'Shea musim ini serta kemunculan budak brazil namanya rafael. Pastinya Fergie tak akan membuat pembelian baru untuk posisi ini.
Defensive midfield.... Masalah ini yang paling ketara dan amat ketara. Owen Hargreaves dan Darren Fletcher aku rasakan paling hebat dalam posisi ini dalam skuad. Namun aku kira seandainya ada pemain seperti Michael Essien dalam posisi ini di United. Pastinya serangan lawan dapat dipatahkan dari tengah sahaja tanpa perlu menunggu Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand. Posisi lain aku rasa dah tak bermasalah kecuali striker yang kurang menjaringkan gol. hehehe...
Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo.. mungkin tevez akan tinggalkan United sehabis pinjaman nanti. Malas lak rasa nak menaip.. sambung lain kali jer la
Labels: Sukan