Search
Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di pinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.
Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai.
Si pencari kayu berasa sedih kerana satu satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.
Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari pari dan bertanya pada si pencari kayu, "Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.
Pari pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari pari. "Bukan... . ", jawab si pencari kayu ringkas.
Pari pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak. "Yang ini tuan hamba punya?" tanya pari pari lagi. "Bukan yang ini", jawab si pencari kayu. Sekali lagi pari pari turun kedalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err. . mungkin yang ini?", duga pari pari. "Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini", jawab sipencari kayu jujur. Akhirnya pari pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu. "Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi".
Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari pari memberi kesemua ke empat empat kapak kepada si penc! ari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.
Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan.. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul timbul.
Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta.Pari- pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata, "Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul timbul. . .
" Dengan segera pari pari turun ke dalam sungai kembali bersama samanya Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?", tanya pari pari menduga.
"Yes. . yes", jawab si pencari kayu. Pari pari begitu marah, "Penipu, pembohonggg. . . . ,nah terima laa. . .",
Belum sempat pari pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba! Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham.
Jikalau hamba berkata "TIDAK", tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Waheeda.
Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata "YA", tentu tuan hamba akan memberi ke empat empat mereka. Mana hamba larat, hamba ni hanya si pencari kayu sahaja...
Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'.
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.
Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan boleh buat apa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg. "Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan", katanya sendirian.
Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.
Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. "OK.
Encik sila masuk ke bilik NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglah seorang body-builder yang mantap dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat... . hehehe"