Search
Persoalan ini mendapat perhatian dalam Konferen Ilmiah bertajuk “Makkah Sebagai Pusat Bumi, antara Teori dan Praktik”. Konferen yang diselenggarakan di ibukota Qatar, Dhoha pada Sabtu (19/4), menyimpulkan tentang acuan waktu Islam berdasarkan kajian ilmiah yakni Makkah, dan menyeru umat Islam agar mengganti acuan waktu dunia yang selama ini merujuk kepada Greenwich. Makkah Mukarramah dinyatakan sebagai kiblat umat Islam di seluruh dunia, dan di sekeliling Ka’bah yang ada di Makkah berkeliling kaum muslimin yang melakukan Thawaf dari kiri ke kanan, kebalikan dari acuan waktu Greenwich dari kanan ke kiri.
Dalam konferensi yang juga dihadiri oleh Syeikh DR. Yusuf Al-Qaradhawi dan juga sejumlah pakar geologi Mesir seperti DR. Zaglul Najjar yang juga dosen ilmu bumi di Wales University di Inggris serta Ir Yaseen Shaok, seorang saintis yang mempelopori jam Makkah.
DR. Qaradhawi dalam kesempatan itu menyampaikan dukungannya agar umat Islam dan juga dunia menggunakan acuan waktu ke Makkah sebagai acuan waktu yang sejati, kerena Makkah adalah pusat bumi. Dalam sambutannya di awal konferen ini, beliau menjelaskan juga mengapa Makkah dipilih sebagai pusat bagi bumi dan kenapa Allah swt menjadikan Baitul Haram sebagai kiblat bagi umat Islam.
Qaradhawi yang juga ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa itu mengatakan, “Kami menyambut kajian ilmiah dengan hasil yang menegaskan kemuliaan kiblat umat Islam. Meneguhkan lagi teori bahawa Makkah merupakan pusat bumi adalah sama dengan penegasan jati diri keIslaman dan menopang kemuliaan umat Islam atas agama, umat dan peradabannya.”
Qaradhawi juga menyampaikan bahwa tidak ada pertentangan dalam Islam antara ilmu dan agama sebagaimana yang terjadi di agama dan peradaban lain.
Berhubung masalah Makkah sebagai pusat bumi, DR. Zaglul Najjar mengatakan bahawa hal itu memang benar berdasarkan penelitian saintifik yang dilakukan oleh DR. Husain Kamaluddin bahawa ternyata Makkah Mukarramah memang menjadi titik pusat bumi. Hasil penelitian yang dipublikasikan oleh The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center yang berpusat di Kairo itu, melukiskan peta dunia baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah yang disebut "spherical triangle" Prof. Husein menyimpulkan kedudukan Makkah betul-betul berada di tengah-tengah daratan bumi. Sekaligus membuktikan bahwa bumi ini berkembang dari Makkah.
“Kemudian Allah s.w.t menghantar angin supaya menggelembungkan air, tiba-tiba nyatalah seketul buih yang bertimbun seperti qubah dan kerasnya seperti batu, kemudian Allah s.w.t menghampar di bawahnya (dengan rupa hamparan) dan ditetapkan dan ditumbuhkan dengan bukit-bukit. Awal bukit ialah Bukit Abi Qubais di Makkah. Kemudian Allah s.w.t memerintahkan malaikatNya yang di bumi membina Kaabah di tempat buih, sebagaimana yang ada sekarang dan mereka tawaf sebagaimana kita tawaf yang berlaku di masa ini kerana memohon keredhaan Allah dan rahmatNya yang amat luas, maka inilah binaan (Kaabah) di atas muka bumi yang dijadikan tempat ibadat.”
Menurut satu riwayat, yang pertama bertawaf ialah para malaikat, iaitu 2000 tahun sebelum Allah s.w.t. mencipta Adam a.s. Tidak satu pun dari malaikat yang diutuskan ke bumi oleh Allah s.w.t. atas sesuatu perintah, melainkan dia mandi di bawah ‘arasy dan berihram. Dia bermula dari Baitullah Al-Haram, lalu tawaf padanya, kemudian solat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim a.s. kemudian barulah meneruskan hajatnya dan apa yang diperintahkan kepadanya.
Diriwayatkan juga bahawa setiap Nabi Allah a.s. apabila didustakan oleh kaumnya, mereka keluar meninggalkan kaum masing-masing dan pergi ke Makkah. Tidak seorang pun dari Nabi yang keluar dari umatnya, melainkan lari ke Makkah, lalu menyembah Allah s.w.t di hadapan Kaabah sampailah meninggal dunia di sana.Di sekitar Kaabah terdapat 300 kubur para-para nabi di mana di antara Rukun Yamani dan Rukun Al-Hajarul Al-Aswad terdapat 70 kubur nabi-nabi.
Keturunan Bani Ismail ini terus berkembang biak semasa Makkah diperintah oleh Khuza’ah. Secara beransur-ansur mereka berpindah meninggalkan Makkah, bertebaran ke seluruh pelusuk Semenanjung Arab. Yang tetap tinggal di Kota Makkah dari keturunan Bani Ismail ialah suku Quraisy, iaitu suku kaum Nabi Muhammad s.a.w. Di antara penduduk awal Kota Makkah juga ialah kaum atau puak ‘Amaliqah, yang juga berasal dari Yaman. Mereka membuat kampung di Jiyad dan memerintah sebelah bawah Makkah (al-Misfalah).
Setelah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s membangunkan Kaabah, Kota Makkah terus berkembang pesat dan sangat dipandang mulia oleh masyarakat Arab. Di samping menjadi kota ibadah, Makkah ketika itu turut menjadi kota perdagangan dan kota kesenian di mana pertandingan membaca syair dan puisi sering diadakan. Ia juga berperanan sebagai pusat media di mana berita dan maklumat disebarkan. Masyarakat Arab ketika itu juga menjadikan Kota Makkah sebagai tempat mereka mengadakan perjumpaan, persidangan dan mengikat perjanjian.
Begitulah kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. Dari lembah yang gersang tanpa penghuni bertukar menjadi kota yang menjadi tumpuan dan kerinduan setiap hati umat Islam sedunia.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.
Stress Reliever #1
Wife: You always carry my photo in your handbag to the office. Why?
Hubby: When there is a problem, no matter how impossible, I look at your picture and the problem disappears.
Wife: You see, how miraculous and powerful I am for you?
Hubby: Yes, I see your picture and say to myself, "What other problem can there be greater than this one?"
Stress Reliever # 2
Girl: When we get married, I want to share all your worries, troubles and lighten your burden. Boy: It's very kind of you, darling, But I don't have any worries or troubles..
Girl: Well that's because we aren't married yet.
Stress Reliever # 3
Son: Mom, when I was on the bus with Dad this morning, he told me to give up my seat to a lady. Mom: Well, you have done the right thing.
Son: But mum, I was sitting on daddy's lap.
Stress Reliever # 4
Wife to husband: "What's your excuse for coming home at this time of the night?"
Husband to wife: "Golfing with friends, my dear."
Wife to husband: "What? At 2 am ?!"
Husband to wife: "Yes, We used night clubs."
Stress Reliever # 5
Father to son after exam: "let me see your report card."
Son: "My friend just borrowed it. He wants to scare his parents."
Stress Reliever # 6
A teacher asked her class for sentences using the word "beans".
"My father grows beans," said one student.
"My father cooks beans," said another.
Then little Johnny spoke up: "We are all human beans."
Stress Reliever # 7
Interviewer to Millionaire: "To whom do you owe your success as a millionaire to?"
Millionaire: "I owe everything to my wife."
Interviewer: "Wow, she must be some woman. What were you before you married her?"
Millionaire: "A Billionaire"
Stress Reliever # 8
Girl to her boyfriend: One kiss and I'll be yours forever.
The guy replies: Thanks for the warning.
Stress Reliever # 9
A husband was asked: Do you talk to your wife after sex?
He replied: Depends, if I can find a phone.
Stress Reliever # 10
Man to wife on wedding night: Are you sure I'm the first man you are sleeping with?
Wife replied: Of course honey, I stayed awake with all the others as they never allow me to sleep.
Stress Reliever # 11
Why did they stop printing PAMELA ANDERSON stamps in the U.S. ?
Answer: Because people started licking the wrong side.
Stress Reliever # 12
A wife asked her husband: What do you like most in me - my pretty face or my sexy body?
He looked at her from head to toe and replied: I like your sense of humour.
Stress Reliever # 13
Doctor to his lady patient: You look terribly weak and exhausted! Are you having your meals three times a day as I have advised?
Lady replied: Doctor, I thought you said three males a day.
Walau apa sekali pun, di dalam tubuh badan manusia itu ada terkandung sel-sel pada setiap sistem dan organ-organ. Di dalam setiap sel-sel inilah terkandung segala rahsia DNA, rahsia penyakit, hikayat kehidupan dan sebagainya. Sel-sel ini juga ada tenaga dan sudah pun tersirat akan kerja-kerja yang sepatutnya sel-sel pada bahagian-bahagian tertentu itu bekerja mengikut kepada ketetapan.
Apabila sel-sel itu mampat dan rapat, maka disitulah sistem tubuh manusia itu normal dan akan bercahaya yang amat terang sekali umpama kunang-kunang yang bercantum sesama sendiri. Cuba bayangkan jika bermillion-million sel bercantum......Itulah kebesaran Pencipta! Begitu jugalah jika sel-sel di dalam tubuh badan kita mula merenggang....di situlah "kegelapan" mula terjadi dan di tempat itu adalah bertekanan rendah! Oleh sebab itulah apabila orang yang sakit, muka rupanya memang nampak sakit (kegelapan) umpama tiada Nur lebih-lebih lagi yang bersakit "jiwa kerohanian" (bersifat keji)!
Kajian para saintis juga membuktikan apabila diperbesarkan sel ke nisbah 1 : 500, maka didapati di dalam ruang sel yang kecil itu terdapat 300 billion ruang-ruang yang kosong dan di dalamnya 300 billion ruang kosong sel tadi ada lagi 300 billion ruang yang kosong dan lagi dan lagi.....Maha Suci Allah Pencipta yang Maha Bijaksana! Sesungguhnya, yang di sangka kecil itu rupanya besar dan tidak terhitung tersirat segala rahsia kejadian yang maha halus penuh dengan Kebesaran semata-mata....
Pertumbuhan dan pembiakan bahagian-bahagian sel amat sekali bergantung kepada beberapa faktor utama seperti kandungan konsentrasi zat nutrient, pembuangan konsentrasi kekotoran, suhu, konsentrasi gas dan lain-lain. Dapatkah anda mengagak berapa lama masa yang diperlukan untuk bakteria membiak sehingga mencapai tahap 2 kali ganda?
Perlu dijelaskan disini bahawa penyakit yang dialami adalah berpunca daripada kelemahan atau kegagalan fungsi sesuatu organ dalam tubuh. Mengawal kesihatan kesemua organ dalam tubuh secara berkesan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit.
Ringkasan maksud/makna istilah;
Kelebihan - adalah kelebihan atau kekuatan yang ujud secara semulajadi dalam diri
Kelemahan - adalah kelemahan /penyakit yang sedang dialami atau akan dialami pada masa hadapan sekiranya sifat-sifat negatif dan kelmahan pada organ tidak dikawal
Sifat (personaliti) positif - sifat semulajadi yang diwarisi pada diri dan perlu dibentuk. Elok diekspoitasi.
Sifat (personaliti) negatif - sifat semulajadi yang diwarisi dan perlu di usahakan supaya hilang dari diri. Ini perlu kerana sifat negatif ini adalah menjadi punca bermulanya penyakit pada diri. Penyakit akan bermula dari tahap simptom, kemudian menjadi penyakit minor. Sekiranya tidak dirawat pada tahap minor, maka penyakit akan menjadi major (kronik) dan akan memakan masa yang agak lama untuk penyembuhan.
Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :-
(a.) - Hantu Raya
(b.) - Hantu Toyol
(c.) - Hantu Pelesit
(d.) - Hantu Kubur
(e.) - Hantu Jerangkung
(f.) - Hantu Galah
(g.) - Hantu bungkus
(h.) - Hantu Bidai
(i.) - Harimau Jadian
(j.) - Hantu Pontianak
(k.) - Hantu Langsuir
(l.) - Hantu Air
(m.) - Hantu Pari
(n.) - Hantu Laut
(o.) - Jin Tanah
(p.) - Hantu Pochong
(q.) - Hantu Pari-Pari
(r.) - Jembalang Tanah
(s.) - Hantu Polong
(t.) - Harimau Penanggal
(u.) - Hantu Bukit
(v.) - Hantu Punjut
(w.) - Hantu Bawah Tangga
(x.) - Hantu Kum-Kum
(y.) - Hantu Mati Dibunuh
(z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
(zz) - Hantu Tengelong
Negeri adalah seperti berikut:
Terutama
Berbahagia
Persekutuan/ isteri - Yang Berbahagia
Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket. Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.
Labels: Info
Jangan engkau perkecilkan cita-cita kecil engkau, kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan, kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.
Labels: Kata-Kata