Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Surat Untuk Cikgu..

Kehadapan cikgu Melawati dari sk sulawati..

Cikgu, nama saya adi. Saya budak kelas 1 Melati.. Saya nak komplain pasal cikgu yang dah ambil hati abah saya.

Abah saya kata dia telah jatuh hati dengan cikgu. Saya hairan, mcm mana abah boleh jatuhkan hati dia kat cikgu..Sedangkan cikgu sendiri yang ajar adi kata hati kita ada dalam badan. Jika hati takda kita boleh mati.

Cikgu bohong. Mengapa abah saya masih hidup sedangkan hati dia sudah jatuh? Cikgu tak layak digelar cikgu..

Abah saya juga kata cikgu pandai ambil hati dia. Adi nak cikgu pulangkan hati abah. Kasihan abah tidak ada hati..

Harap cikgu boleh pulangkan hati abah sepecat mungkin kerana adi takut abah mati..


sekian,

adi bin darmati

Huru Hara!!!

Nun jauh di kawasan pendalaman, tinggallah satu keluarga kecil. Ayah, ibu, abang dan dua adik pompuan kembar... si ayah namanya Jamal dan ibunya namanya Jamilah Gems. Si abang sulung ini namanya Hardi Daniel atau nama manjanya Dida... Sementara dua kembar nie bernama Huru dan Hara... Oleh kerana tiada details.. aku pun tak pasti macam mane nama si kembar ini diberi.

Dalam meniti usia yg makin membesar dari segala aspek, sifat ingin tahu sering menjelma di dalam hati si kembar berdua ini. Bagi memanjangkan lagi cerita ini, suatu hari, selepas makan tengahari berlaukkan udang goreng halia dan petai tumis sambal, si kembar ini keluar bermain di halaman rumah mereka. Jamal tersandar kekenyangan sambil menggulung rokok daun di anjung. Jamilah pula menuangkan teh O ke dalam cawan untuk hidangan suaminya Jamal. Sesekali matanya menjeling pada si kembarnya yang leka bermain.

Jamilah menghulurkan cawan kepada Jamal sambil cuba berbincang hal mengenai Dida yang bakal memasuki tadika awal tahun depan. Jamal menarik nafas panjang sambil memberi keyakinan pada Jamilah. Di kala leka berbicara, padangan mereka tidak lagi ke arah si kembar.

Si kembar yang terus leka bermain, berkejaran berduaan. Diri mereka makin jauh dari rumah teratak mereka. Jamal bangkit apabila menyedari kembarnya tiada dalam pandangan. Sepantas kilat Jamal melaung...

Huru Hara!!!
eh... dah sama seperti tajuk la pulak...
sekian terima kasih jer la..

;;