Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Huru Hara!!!

Nun jauh di kawasan pendalaman, tinggallah satu keluarga kecil. Ayah, ibu, abang dan dua adik pompuan kembar... si ayah namanya Jamal dan ibunya namanya Jamilah Gems. Si abang sulung ini namanya Hardi Daniel atau nama manjanya Dida... Sementara dua kembar nie bernama Huru dan Hara... Oleh kerana tiada details.. aku pun tak pasti macam mane nama si kembar ini diberi.

Dalam meniti usia yg makin membesar dari segala aspek, sifat ingin tahu sering menjelma di dalam hati si kembar berdua ini. Bagi memanjangkan lagi cerita ini, suatu hari, selepas makan tengahari berlaukkan udang goreng halia dan petai tumis sambal, si kembar ini keluar bermain di halaman rumah mereka. Jamal tersandar kekenyangan sambil menggulung rokok daun di anjung. Jamilah pula menuangkan teh O ke dalam cawan untuk hidangan suaminya Jamal. Sesekali matanya menjeling pada si kembarnya yang leka bermain.

Jamilah menghulurkan cawan kepada Jamal sambil cuba berbincang hal mengenai Dida yang bakal memasuki tadika awal tahun depan. Jamal menarik nafas panjang sambil memberi keyakinan pada Jamilah. Di kala leka berbicara, padangan mereka tidak lagi ke arah si kembar.

Si kembar yang terus leka bermain, berkejaran berduaan. Diri mereka makin jauh dari rumah teratak mereka. Jamal bangkit apabila menyedari kembarnya tiada dalam pandangan. Sepantas kilat Jamal melaung...

Huru Hara!!!
eh... dah sama seperti tajuk la pulak...
sekian terima kasih jer la..

0 Comments:

Post a Comment