Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Laman2008

Irama Alam tema LAMAN2008

Oleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my


PENGUNJUNG berpeluang menimba ilmu mempelbagaikan idea di samping menikmati keindahan aneka jenis flora.

Menjadi medan memperkaya ilmu, mempelbagai idea serta menghayati keindahan flora

KESEDARAN memelihara dan memulihara alam kian menular di jiwa masyarakat. Resah di kelilingi 'hutan konkrit', alternatif yang memberikan ketenangan minda dicari. Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia yang dikenali LAMAN2008 berupaya memenuhi keinginan menerusi acara yang berlangsung dua tahun sekali.

Bagi penggemar landskap, LAMAN turut menjadi medan untuk memperkaya ilmu, mendapatkan kepelbagaian idea dan pada masa sama, menghayati keindahan spesies flora.

LAMAN 2008 bakal berlangsung di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada 19 hingga 27 Julai ini menjanjikan pameran landskap dan taman lebih meriah dari segi keluasan dan kandungannya.

Festival yang dianjurkan Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaku hos tampil dengan tema Irama Alam atau 'Rhythm Of Nature'.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zanudin, berkata pameran kali ini lebih memfokuskan kepada alam serta persekitaran sekali gus menyemai rasa cinta dan penghargaan terhadapnya.

LAMAN Sabah menawarkan sentuhan etnik masyarakat peribumi.

"Konsep mencintai dan menghargai alam khususnya membabitkan generasi akan datang wajib dilakukan apatah lagi pada saat pemanasan global hangat diperkatakan. Sebagai masyarakat prihatin, kita harus berganding bahu memastikan alam sekitar terpelihara untuk tatapan anak cucu," katanya.

Matlamat festival lalu dikekalkan pada LAMAN2008 iaitu:

  • Meningkatkan kualiti pembangunan landskap negara dengan mewujudkan kesedaran, minat dan pengetahuan masyarakat terhadap bidang landskap dan seni taman.

  • Menyediakan landasan untuk menyalur dan mendapatkan teknologi dan reka bentuk baru dalam pembangunan landskap dan taman serta menjadi medan pertukaran maklumat kepada pengusaha landskap.

  • Menyediakan pasaran baru kepada pengusaha dalam industri landskap di samping membantu memperkembang dan membangunkan industri landskap secara khusus dan peluang ekonomi secara keseluruhannya.

  • Memupuk dan menyemai semangat kekeluargaan melalui aktiviti rekreasi yang disediakan di festival ini di samping menyemai nilai dan gaya hidup masyarakat sihat.

  • Membantu kemasukan tukaran wang asing melalui aktiviti dalam industri pelancongan dan perdagangan antarabangsa yang berasaskan landskap dan taman.

  • Mewujudkan satu lagi produk pelancongan untuk Kuala Lumpur selaras hasrat untuk menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau ini.

    LAMAN2008 akan dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi sehingga 9.30 malam. Festival selama sembilan hari di Taman Tasik Perdana seluas 28.2 hektar itu bakal menyaksikan pameran terbesar pernah dianjurkan membabitkan landskap luar dan dalam.

    Kira-kira 500,000 pengunjung dijangka hadir untuk melihat 200 ruang pameran yang disediakan. Tiket masuk bagi dewasa RM3, pelajar sekolah berpakaian seragam dan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun RM1 manakala kanak-kanak berumur bawah 6 tahun serta golongan kurang upaya, masuk percuma.

    INFO: Antara aktiviti pameran

    LUAR

  • World of Garden - pertandingan

    Kawasan ini menyerlahkan landskap peserta yang menonjolkan kreativiti mereka hingga terbinanya landskap unik, menonjol dan bertepatan tema Irama Alam.

  • Garden Expo - pertandingan

    Selain pameran, kawasan ini menawarkan pokok untuk dijual, produk dan kelengkapan taman, perabot luar rumah dan sebagainya.

  • Festival Walk

    Kawasan jualan runcit yang menawarkan barangan berupa buku, pasu, bunga dan pelbagai lagi.

  • Environmental Art

    Zon Pertandingan Universiti

    DALAM

  • Taman Bertema ( Indoor Theme Garden)

    Kawasan ini menonjolkan rupa taman yang diilhamkan mengikut tema tertentu.

  • Pameran Antarabangsa ( International Showcase)

    Kawasan ini mendedahkan kepada pengunjung kepelbagaian landskap seluruh dunia.

  • Jendela Musim ( Window of Seasons)

    Jendela ini menyediakan gambaran landskap negara empat musim yang dibuat mengikut musim bunga, panas, luruh dan sejuk selain dihidangkan juga syurga landskap tropika.

  • Pameran 50/50

    Jendela ini mengutarakan gabungan bunga dan buah atau sayuran sekali gus menzahirkan landskap unik sesuai tema Irama Alam.

  • Arca Pereka (Designer Sculpture)

    Pereka landskap menggunakan bunga bagi menghasilkan imej arca yang boleh dikenal pasti.

  • Laluan masuk penuh gaya (Grand Entrance)

    Laluan masuk yang menawarkan suasana bagai melangkah kaki ke rumah menerusi ilham kreativiti penggubah bunga.

  • Gubahan pereka (Designer Arrangement)

    Ruang pameran ini mengutarakan aliran terkini gubahan bunga sekali gus menyerlahkan kemahiran dan kreativiti penggubah bunga.
  • Pari Gergasi

    Ikan pari gergasi Mekong ditangkap





    Universiti Nevada-Reno menyiarkan foto menunjukkan ahli biologi Amerika Syarikat, Zeb Hogan, bergambar dengan ikan pari gergasi di Sungai Mekong yang ditangkap nelayan Kemboja dekat Kratie, April lalu.

    Hogan, 34, mengunjungi kawasan itu selepas mendengar cerita mengenai wujudnya ikan pari seberat 440 kilogram dan selebar 4.2 meter. Beliau percaya, ada ikan pari di situ yang lebih besar daripada ikan keli gergasi Mekong yang memegang rekod dunia dengan berat 293 kilogram.

    ;;