Search
Irama Alam tema LAMAN2008
Oleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my
PENGUNJUNG berpeluang menimba ilmu mempelbagaikan idea di samping menikmati keindahan aneka jenis flora. |
Menjadi medan memperkaya ilmu, mempelbagai idea serta menghayati keindahan flora
KESEDARAN memelihara dan memulihara alam kian menular di jiwa masyarakat. Resah di kelilingi 'hutan konkrit', alternatif yang memberikan ketenangan minda dicari. Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia yang dikenali LAMAN2008 berupaya memenuhi keinginan menerusi acara yang berlangsung dua tahun sekali.
Bagi penggemar landskap, LAMAN turut menjadi medan untuk memperkaya ilmu, mendapatkan kepelbagaian idea dan pada masa sama, menghayati keindahan spesies flora.
LAMAN 2008 bakal berlangsung di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada 19 hingga 27 Julai ini menjanjikan pameran landskap dan taman lebih meriah dari segi keluasan dan kandungannya.
Festival yang dianjurkan Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaku hos tampil dengan tema Irama Alam atau 'Rhythm Of Nature'.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zanudin, berkata pameran kali ini lebih memfokuskan kepada alam serta persekitaran sekali gus menyemai rasa cinta dan penghargaan terhadapnya.
LAMAN Sabah menawarkan sentuhan etnik masyarakat peribumi. |
"Konsep mencintai dan menghargai alam khususnya membabitkan generasi akan datang wajib dilakukan apatah lagi pada saat pemanasan global hangat diperkatakan. Sebagai masyarakat prihatin, kita harus berganding bahu memastikan alam sekitar terpelihara untuk tatapan anak cucu," katanya.
Matlamat festival lalu dikekalkan pada LAMAN2008 iaitu:
LAMAN2008 akan dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi sehingga 9.30 malam. Festival selama sembilan hari di Taman Tasik Perdana seluas 28.2 hektar itu bakal menyaksikan pameran terbesar pernah dianjurkan membabitkan landskap luar dan dalam.
Kira-kira 500,000 pengunjung dijangka hadir untuk melihat 200 ruang pameran yang disediakan. Tiket masuk bagi dewasa RM3, pelajar sekolah berpakaian seragam dan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun RM1 manakala kanak-kanak berumur bawah 6 tahun serta golongan kurang upaya, masuk percuma.
INFO: Antara aktiviti pameran
LUAR
Kawasan ini menyerlahkan landskap peserta yang menonjolkan kreativiti mereka hingga terbinanya landskap unik, menonjol dan bertepatan tema Irama Alam.
Selain pameran, kawasan ini menawarkan pokok untuk dijual, produk dan kelengkapan taman, perabot luar rumah dan sebagainya.
Kawasan jualan runcit yang menawarkan barangan berupa buku, pasu, bunga dan pelbagai lagi.
Zon Pertandingan Universiti
DALAM
Kawasan ini menonjolkan rupa taman yang diilhamkan mengikut tema tertentu.
Kawasan ini mendedahkan kepada pengunjung kepelbagaian landskap seluruh dunia.
Jendela ini menyediakan gambaran landskap negara empat musim yang dibuat mengikut musim bunga, panas, luruh dan sejuk selain dihidangkan juga syurga landskap tropika.
Jendela ini mengutarakan gabungan bunga dan buah atau sayuran sekali gus menzahirkan landskap unik sesuai tema Irama Alam.
Pereka landskap menggunakan bunga bagi menghasilkan imej arca yang boleh dikenal pasti.
Laluan masuk yang menawarkan suasana bagai melangkah kaki ke rumah menerusi ilham kreativiti penggubah bunga.
Ruang pameran ini mengutarakan aliran terkini gubahan bunga sekali gus menyerlahkan kemahiran dan kreativiti penggubah bunga.
Labels: Info