Sylar Pictures, Images and Photos

Search

NAMPAK kelakar apabila seseorang berjalan laju dengan menghayun pinggul ke kiri dan ke kanan begitu pantas sekali. Baik berjalan pantas atau berjalan seperti kebiasaan tetap punya faedah tersendiri daripada sudut kesihatan.

Tidak perlu meluangkan masa terlalu lama untuk berjalan. Berjalan selama 30 minit sehari sudah cukup untuk menyegarkan minda.

Banyak kelebihan lain jika rajin berjalan kaki misalnya ia membantu dari segi:

- mengurangkan tekanan darah dan kolesterol

- mengurangkan berat badan

- meningkatkan fleksibiliti sendi dan otot

- menguatkan otot dan tulang

- meningkatkan sistem ketahanan tubuh

- pernafasan lebih baik

- tidur lebih lena

- mengekalkan kimia tubuh yang seimbang

- membina keyakinan dan kesejahteraan mental

Jika rasa tiada masa untuk melakukan senaman mudah ini, fikirkan sesuatu yang kreatif dengan masa anda. Anda boleh berjalan ke destinasi yang dituju atau mengajak teman melakukan senaman ini bersama.

Anda boleh memilih persekitaran menarik kerana sambil berjalan, anda boleh menikmati keindahan persekitaran di sekeliling.

Mee Bandung

Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya”

Kanser
Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah , Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore".

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.


Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)
Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.


Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor, Terdapat kandungan Salutan Wax ke atas mee segera, inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.


Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.


Seorang mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera.
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.


Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Darah Tinggi

DARAH TINGGI - BANTULAH DIRI ANDA

Apa yang anda tidak tahu mungkin membahayakan

Penyakit Darah Tinggi sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Walaubagaimanapun, masih ramai yang mengidap penyakit ini tidak menyedarinya.

Lazimnya penyakit ini berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda atau gejala selama beberapa tahun. Anda merasa sihat walaupun tekanan darah anda tinggi. Ini menyebabkan kesan-kesan yang buruk.

Apa itu Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah anda biasa (normal) apabila bacaannya :

Tekanan Darah adalah = tekanan sistolik

Tekanan diastolik

Contohnya:

120 / 80mm Hg

dibaca seperti - 20 per 80

Tekanan darah anda tinggi apabila bacaannya:

Adalah melebihi 140/90mm Hg, dan kekal tinggi walaupun masa berehat.

Tanda? Tanda? Tanda? Tanda?

Darah tinggi tidak ada tanda, Cuma dikesan apabila tekanan darah diperiksa.

Komplikasi

  • Serangan penyakit jantung
  • Angin ahmar
  • Hilang penglihatan
  • Penyakit buah pinggang

Darah Tinggi - Apa Patut Saya Lakukan?

Anda perlu kawal tabiat makan dan kekalkan berat badan yang unggul.

  • Kurangkan garam dalam makanan
  • Kurangkan lemak/kolesterol dalam makanan
  • Kurangkan pengambilan alkohol
  • Makan ubat seperti apa yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan.
  • Amalkan tabiat bersenam.
  • Sentiasa tenangkan fikiran.
  • Buangkan tabiat merokok.
  • Buangkan amalan minum arak/alkohol.
Sumber rujukan;

sabah.org.my



TEKANAN DARAH TINGGI

PENGENALAN
Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer.
www.familiazam.com
Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan.
Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.
www.familiazam.com
TANDA-TANDA
Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda awal,sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.
www.familiazam.com
KOMPLIKASI
- Angin ahmar ( stroke ).
- Serangan jantung.
- Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
- Kegagalan buah pinggang.
www.familiazam.com
SEBAB
Sembilan puluh lima peratus kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui.Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:
www.familiazam.com
- Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
- Keturunan.
- Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
- Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
- Merokok.
- Pengambilan berlebihan alkohol, garam. Kegemukan, kurang senaman.
- Stres yang berlebihan.
- Diabetes.
- Penyakit buah pinggang.
- Penyakit adrenal.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.
www.familiazam.com
LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
- Berhenti merokok.
- Kurangkan atau berhenti mengambil alkohol.
- Kurangkan pengambilan garam.
- Bersenamlah selalu.
- Kurangkan stres atau tekanan.
- Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
- Jika anda telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi selalulah berjumpa doktor. Mengawal tekanan darah anda akan dapat mencegah terjadinya komplikasi.
www.familiazam.com
PETUA MENCEGAH
- Jika terdapat ahli keluarga anda menghidap darah tinggi atau usia anda melebihi 30 tahun, periksa selalu tekanan darah anda.
- Jangan merokok
- Jauhi alkohol.
- Makan makanan rendah lemak dan rendah garam.
- Lakukan senaman selalu, terutamanya aerobik, seperti menunggang basikal dan berjoging.
- Elakkan tekanan atau belajar bagaimana mengendalikannya.
- Mengekalkan berat badan yang normal lagi sihat.
www.familiazam.com
sumber rujukan;

www.familiazam.com



PENUNJUK perasaan di Amman, Jordan melekatkan kasut di poster Bush.

Pembuat sepatu Turki terima tempahan dari seluruh dunia

ISTANBUL: Peristiwa Presiden George W Bush dilempar kasut oleh wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi menyebabkan beliau dipenjarakan, manakala Bush pula mendapat malu. Bagaimanapun lain pula halnya di Turki apabila kejadian yang berlaku berjaya meningkatkan industri kasut di negara itu secara mendadak.

Ramazan Baydan pemilik Syarikat Baydan Shoe yang beribu pejabat di Istanbul, kini menerima tempahan dari seluruh dunia selepas mengesahkan bahawa syarikatnya adalah pengeluar kasut kulit berwarna hitam yang dilemparkan Zaidi kepada Bush pada satu sidang akhbar minggu lalu.

Beliau terpaksa mengambil khidmat 100 orang pekerja tambahan untuk memenuhi tempahan 300,000 pasang kasut Model 271, jumlah tempahan yang empat kali ganda melebihi jualan tahunan syarikat itu, sebagai sokongan kepada tindakan wartawan berkenaan.

Baydan berkata tempahan paling besar diterima dari Amerika dan Britain, selain negara Islam yang berjiran.

"Kami menerima tempahan 120,000 pasang kasut dari Iraq, manakala sebuah syarikat di Amerika menempah 18,000 pasang. Sebuah firma Britain juga menawarkan untuk menjadi pengedar bagi kasut itu untuk jualan di Eropah," katanya.


Baydan berkata kasut model 271 itu sudah berada di pasaran sejak 1999 dan dijual dengan harga kira-kira £28 (RM196) di Turki.

Peningkatan mendadak terhadap tempahan kasut model itu juga dicatatkan di Syria, Mesir dan Iran, manakala persekutuan pembuat kasut di negara berkenaan menawarkan Zaidi dan keluarganya bekalan kasut untuk seumur hidup.

Baydan turut merancang menukar nama model kasut 271 itu kepada model 'the Bush Shoe' atau 'Bye-Bye Bush'.

"Kami sudah menjual kasut model ini sejak beberapa tahun lalu, tetapi syukurlah, dengan peristiwa 'kasut terbang' itu, kini tempahan yang diterima sungguh di luar jangkaan. Kami juga menimbang untuk menyiarkan iklan televisyen," katanya.

Zaidi masih ditahan di lokasi rahsia, manakala laporan menyatakan beliau dibelasah teruk. Beliau berdepan hukuman penjara jika sabit kesalahan, tetapi dikatakan sudah menghantar surat memohon maaf dan pengampunan.

Bharian

Boleh jadi satu industri rupanya hasil jasa pelempar kasut....

;;