Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Banner

Sebenarnya aku teringin jugak nak tukar banner tapi aku malas. Jadi aku asyik duk cemburu tengok tempe duk main tukar banner jer. Jadi hari ni balik dari opis tergatal tangan lak main photoshop, so aku amik kesempatan la buat banner baru. Dan hasilnya siaplah banner baru aku yang simple lagi ntahaperhaperntah.

Dipendekkan cerita, nie la rupa paras banner baru aku. Yang lama tu aku rembat gambar kat photobucket. Terima kasih la pada tuan punye photo lama. Dah bertahun aku guna gambar dia tanpa bayar royalti.

cristiano ronaldo Pictures, Images and Photos
Cristiano Ronaldo, kecuali peminat Man utd ramai yang membencinya. Namun jasanya tetap banyak buat United. Begitu juga rekodnya. Tak perlu disebut di sini. Namanya hanya menunggu masa untuk bergelar lagenda di Old Trafford, namun pilihan hati untuk bermain dgn kelab yang dicita-citakannya, Real Madrid membuatnya angkat kaki pada usia yang masih muda.

Seandainya dibandingkan La Liga dan kelajuan yg dimiliki Ronaldo. Aku rasa dia akan memberi impak yang besar buat Madrid dan kemungkinan juga boleh berada dalam senarai top scorer. Apapun masih terlalu awal untuk menilai.

Bye bye, Cristiano Ronaldo... Terima kasih di atas kejuaraan.

Rumahku Dan Tikus


Semenjak dua menjak nie aku terperasaan. Wujud semula golongan tikus dalam rumah aku. Dalam tahun 2009 nie, dah 2 generasi tikus terdahulu aku hapuskan. namun kini generasi ketiga pula muncul. Mengikutkan size yang aku sempat tengok. Aku kira golongan nie masih di usia remaja. Jadi mungkin disebabkan faktor ini stokin-stokin aku tak hilang dirembat macam generasi terdahulu selalu amalkan.

Apapun kemunculan gen 3 dalam rumah aku mula berleluasa semenjak seminggu ini. Menyelongkar tong sampah mencari sisa-sisa makanan. Keadaan ini amat merimaskan aku kerana aku punyai waktu yang kurang selain dari melakukan tugasanku. Namun harus diingat, tindakan tegas tetap aku akan diambil. Ini bakal menyaksikan satu operasi bersepadu membasmi gen-3 kumpulan tikus ini dilakukan.

Sekian, terima kasih...

;;