Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Rafeal Da Silva

Photobucket
Rafael Da Silva atau nama ringkasnya rafael, berusia 18 tahun bermain untuk Manchester United pada posisi bek kanan. Pada usia semuda ini rafael dah menunjukkan kehebatan permainannya dan keserasiannya dalam mengikut rentak permainan Man Utd. Sesuatu yang baik bagi peminat Man Utd. Dan bagi aku, aku dah mula menyukai budak ini.

Berasal dari Brazil, sekampong dengan Anderson dan Rodrigo Possebom, Rafael mempunyai seorang kembar yang berwajah dan rambut yang sama bernama Fabio. Bagaimanapun, aku belum berkesempatan untuk menyaksikan sendiri kehebatan Fabio kerana dia belum pernah beraksi dalam kancah skuad utama kerana masalah kecederaan dan kecergasan. Mungkin gandingan mereka berdua akan menghasilkan sesuatu yang mantap buat pasukan.

Memulakan karier bersama kelab Brazil, Fluminese... Bakatnya dikesan oleh Les Kershaw pada tahun 2005 dan menyertai Gergasi England pada 2008 bersama kembarnya dengan bayaran yang aku tak beberapa pasti kerana aku malas nak google. Melakukan penampilan pertama dalam skuad utama pada pra musim 2008-2009 ketika menentang Juventus.

Dengan ketiadaan bek kanan yang tercedera, Gary Neville dan Wes Brown, peluang terbuka luas pada Rafael apabila melakukan permulaan pertama dengan baik dan berkesan bersama Johnny Evans yang turut dianggap hot prospect pada masa ini. Menjaringkan satu gol yang menarik dengan aksi volley ketika tewas menentang Arsenal. Gol pertama bagi dirinya.

Apapun sebagai peminat Man Utd, aku berharap agar Alex Fergie akan menawarkan kontrak 10 tahun terus kepada Rafael ini yang bakal memberi efek besar dalam posisi wingback kanan ini. Semoga Rafael akan terus cemerlang bersama Rio, Vidic dan Evra.

Photobucket

;;