Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Tidur

Apa itu tidur?


Peringkat pertama ialah keadaan di mana seseorang berada di antara separuh tidur dan separuh sedar. Pada peringkat ini otot tubuh mula tenang, tekanan darah, denyutan nadi dan suhu badan menurun. Ketika ini sejenis hormon dipanggil cortisol bertidak.

Peringkat kedua, light sleep atau tidur-tidur ayam di mana seseorang itu tidak begitu nyenyak. Lebih daripada separuh waktu tidur dihabiskan dalam peringkat ini.

Peringkat ketiga dan empat ialah tahap deep sleep atau tidur nyenyak di mana tubuh memberi ruang otak berehat dan menjana semula tenaga. Keadaan ini selalunya dibantu oleh badan jika banyak gangguan atau tidur tidak lena.

Selepas tidur beberapa ketika dalam peringkat nyenyak kita kembali ke peringkat separuh nyenyak dan ini menukar tekanan darah, denyutan nadi dan kegiatan otak meningkat. Peringkat ini dipanggil REM (Rapid Eye Movement) kerana keadaan mata yang bergerak-gerak ketika itu. Pada peringkat inilah biasanya kita bermimpi.

Selepas bermimpi anda kembali ke peringkat tidur-tidur ayam kemudian tidur nyenyak semula. Pusingan ini berulang sebanyak empat atau lima kali pada waktu malam tetapi selepas dua pusingan waktu malam tetapi selepas dua pusingan waktu malam tetapi selepas dua pusingan waktu tidur nyenyak berkurangan daripada tidur-tidur ayam. Adakah Anda Mendapat Tidur Secukupnya?

Soalan ini sering ditanya dan ramai di antara kita lebih cenderung menjawab "Tidak". Begitu pun mengikut pengkaji perihal tidur di Britain, andai anda selalu berasa mengantuk dan sering tersenggut ketika bekerja pada waktu siang, besar kemungkinan anda tidak mendapat tidur nyenyak waktu malam. Setiap orang mesti tahu, banyak mana tidur diperlukan seseorang berbeza secara individu. Kebiasaannya tujuh ke lapan jam diperlukan dan sesetengah hanya perlu enam jam atau kurang daripada itu. Begitu pun teori menunjukkan mereka yang mampu tidur singkat dan berkesan selalunya mendapat tidur secukupnya pada peringkat nyenyak sementara yang tidur lama banyak menghaiskan waktu pada peringkat REM.

Elakkan Isomnia

Kurang tidur beberapa ketika tidak mendatangkan mudarat tetapi insomnia boleh merosakkan badan. Kerana terlalu bimbang anda tidak mendapatkan cukup tidur, akhirnya anda tidak boleh melelapkan mata langsung. Kenyataannya, kebanyakan pesakit insomnia tidur lebih daripada yang mereka sangka. Waktu tidur mereka hanya kurang 50-90 minit daripada orang lain yang tidur nyenyak.

Petua berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi kesukaran melelapkan mata

Lewatkan waktu tidur. Jika anda hanya boleh tidur pada jam tiga pagi, berjaga sepanjang malam dan tidur jam enam pagi esoknya. Keesokannya tidur jam sembilan, kemudian 12 tengah hari, tiga petang, enam petang, sembilan malam dan akhirnya cuba tidur pukul 11 malam. Apabila jadi kebiasaan, mata anda akan berasa mengantuk setiap jam 11.00 malam. Apa yang anda perlukan ialah tempat yang selesa dan gelap. Jangan gunakan pil tidur kerana ia tidak menggalakkan tidur secara asli malah, boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mengantuk dan ketagih. Penggunaan herba dan minyak (essential oil yang boleh dibeli di farmasi) yang disapu secara aromaterapi atau mandian adalah lebih selamat. Bentuk jadual tidur yang tetap kerana tidur yang tidak tentu membuat badan anda terbiasa berjaga.

Melawan Ngantuk Siang?

Badan merancang kita tidur bukan sahaja waktu malam tetapi juga siang. Ketika ini hormon cortisol aktif dan paling ketara bagi kanak-kanak dan orang tua. Keadaan ini membuat kita tidak selesa dan adakala memalukan jika sedang bertugas atau berada di dalam bilik mesyuarat. Begitu pun anda boleh cuba mengelakkannya dengan beberapa cara berikut: Jangan makan terlalu banyak waktu tengah hari, pastikan hidangan tidak melebihi 2100 kilojoules. Pastikan apa yang anda makan seimbang dan elakkan kadar karbohidrat tinggi kerana ia boleh membuat anda mengantuk.

Pastikan suasana kerja anda sederhana dan tidak terlalu panas. Lakukan kerja berat dan aktiviti merangsang hanya selepas waktu makan. Ini membantu menghilangkan ngantuk. Elakkan pengambilan berlebihan gula kerana tekanan darah kebiasaannya tinggi pada waktu petang. Makan atau minum berlebihan gula akan membuat anda berasa cergas tetapi hanya waktu yang singkat kerana ia akan membuat anda berasa lebih ngantuk dan berat apabila kadar gula menurun semula.

Bagaimana Mendapatkan Tidur Nyenyak?

Tutup mata dan tumpukan perhatian pada pernafasan. Kira 20 daripada belakang. Pastikan masa kiraan sama waktu ketika anda menghembuskan nafas. Lakukan dalam hati dan ulangi sebaik habis mengira. Tilam yang terlalu keras, terlalu lembut, terlalu nipis atau lembik boleh mangganggu tidur. Begitu juga bantal, satu mencukupi dan memberi anda lebih ruang. Kalau bantal peluk membuat anda selesa, pilih yang sederhana lembut dan tidak terlalu keras. Baca buku yang membosankan sebelum tidur, ini membuat anda mengantuk.

Here is the top 5 cause of migraine.

1. Food

The list of foods that cause migraines is quite long. Here are some examples: Aged cheeses, figs, raisins, beer, wine, hard liquor, dairy products, MSG, papaya, passion fruit, soy sauce, citrus fruits, and avocados are some of them.


2. Drugs and Caffeine

Food or drinks that contain caffeine can be a cause of migraines too. Also, rapid or sudden withdrawal of caffeine can trigger migraine cause. So, don’t stop your caffeine on immediate basis. Try it slowly. Any drugs that can dilate our blood vessels can also cause migraine.


3. Stress and Emotions

Stresses from both family and work can cause migraines. Those who work in a highly pressured environment need to seek for migraine headache cures or having a relaxing weekend can be a migraine help.


4. Sleeping patterns changes.

We need to get uninterrupted and enough sleep that refreshed our mind and body. Migraine attack can be triggered if we sleep too much, not enough sleep or interrupted sleep patterns.


This is just some tips that need in your lifestyle changes to reduce the risk of migraine. Seeking treatments for migraine headaches from your doctor is the best advice.

;;