Search

Celake Israel Terus Dikutuk

PARIS 30 Dis. - Negara-negara Islam semalam mengutuk Israel kerana melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza, ketika diplomat Eropah sedang mengusahakan cadangan untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan krisis di Genting Gaza, yang telah mencetuskan protes anti-Israel di benua ini.

Kenyataan Kementerian Luar Perancis menyatakan bahawa Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) akan bersidang di Paris hari ini untuk melihat langkah yang boleh diambil oleh EU bagi meredakan krisis tersebut dengan usaha bersama masyarakat antarabangsa, terutamanya Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ban Ki-moon.

Ketika angka korban di Gaza akibat bedilan tentera Israel meningkat kepada 374, usaha rundingan antara Syria dan Israel juga turut ditangguhkan.

Rayuan dunia Arab ditolak oleh sekutu paling rapat Israel, Amerika Syarikat (AS) yang terus mendesak Hamas agar bersetuju terhadap "gencatan senjata yang kekal."

"Bagi menghentikan keganasan, Hamas perlu berhenti melancarkan roket ke arah Israel dan bersetuju menghormati gencatan senjata yang kekal dan berpanjangan," kata jurucakap White House, Gordon Johndroe.

Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice meminta pemimpin dunia dan para diplomat termasuk Ban Ki-moon; Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert; Ketua Dasar Luar EU, Javier Solana serta rakan sejawatan dari Britain dan Arab Saudi untuk membantu memulihkan gencatan senjata di wilayah itu.

Raja Jordan, Raja Abdullah II dalam perbualan telefon dengan Presiden AS, George W. Bush menyatakan bahawa usaha antarabangsa perlu dilancarkan bagi menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dan menamatkan penderitaan penduduk Palestin.

Negara Islam lain seperti Indonesia, Afghanistan, Malaysia dan Pakistan turut mengutuk Israel.

- AFP

utusan


Kemampuan kita sekarang sebagai golongan majoriti, hanya mampu mengutuk dan mengadakan perbualan telefon dengan bush

0 Comments:

Post a Comment