Search
Dah agak lama tak berpantun.
sekali jumpa pantun terus dicopy masuk sini.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
| |||||||||||||||||
Puas sudah kutanam padi, Nenas juga ditanam orang; Puas sudah kutanam budi, Emas juga dipandang orang. Dari mana punai melayang, Kalau tuan jalan ke hulu, Tempat mandi si dara jelita; Sama sekampung lagikan rindu, Inikan lagi jauh dimata. Asal kapas menjadi benang, Asal benang menjadi kain; Barang yang lepas jangan dikenang, Sudah menjadi hak orang lain. Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Sebab kasih saya turutkan. Tudung periuk pandai menari, Menari lagu putera mahkota; Kain yang buruk berikan kami, Buat menyapu si air mata. Tanam pinang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari; Kupinang-pinang tetapi tak dapat, Kupujuk-pujuk kubawa lari.
Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita bersama mandi; Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. saja wat kaler2... |
1 Comment:
-
- Unknown said...
September 11, 2008 at 1:28 AMuhuhuhu nak comment sikit, cuba tukar color font tue lebih terang. org cerah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)