Search
Football Manager. Game yang paling banyak telan masa aku. haha... Aku start main game version tahun 1999-2000 pertengahan tahun 2000. Itu pun patutnya dah tukar musim 2000-2001. Mula-mula sebelum berjinak dengan game nie aku asyik duk tengok kawan aku main. Memang khusyuk betul dia mengadap PC. Yang aku pelik time tu dia duk main click jer. Tak de control game macam FIFA1999 yang aku slalu main. Akhirnya aku tanyalah dia.. bila nak lawan? Kawan aku gelak. Dia cakap dah lawan la. Dah dapat 2 piala. Bila main? Pelik betul aku... Setelah kawan aku bagitau detail.. Aku anggapkan game tu sebagai game orang tua. Hahaha...
Satu hari aku try main. Susah giler.. dah la tak leh restart, cheat pun takde. geram jugak. Aku try jugak main sampai la aku pun ketagih. Memang ketagih rupanya main game orang tua nie. Aku kena gelak balik lepas tu. Satu sifat aku kalau main game, aku tak suka bersusah payah. Mesti aku cari gak cheats. Tapi punye la frust tak jumpa. Aku cuba edit sendiri sampai jahanam file saved. Satu trick yg ada hanya boleh beli player secara percuma. Hingga versi 2004-2005 kalu tak silap aku baru ada dia punya editor. Boleh edit club, player, staff atau stadium di awal nak start game. Lepas main dah tak leh edit lagi dah.
Tiap-tiap tahun awal musim aku cari game ni. Selalunya dalam bulan September keluar versi baru. Pasal La Liga end transfer windows pada 1 Ogos. Bila dah start kerja aku dah kurang main game ni. Masa zaman student dulu, aku sanggup tak tidur malam, tak off PC pasal layan game nie.2, 3 tahun nie aku dah kurang dah main Football Manager nie.. Tapi aku still ada softcopy Football Manager. Versi yang tahun lepas, seingat aku.. aku hanya sempat main dalam 2 bulan jer. Pasal requirement PC aku dengan Football Manager ni dah tak mantap. Slow giler... Jadi aku start berhenti dan terus melupakan game nie.
Cuma pada awal tahun 2009 nie. Sewaktu aku download Heroes.. aku terpandang nama Football Manager 2009. Aku pun download. Lepas seminggu aku perasan dah siap download. So aku pun install la masuk dalam laptop aku. Aku try main tanpa edit. Untuk versi nie aku tengok terlalu banyak perubahan. Siap ada 3D player lagi. dah sebijik macam game FIFA. Aku start manage team favourite aku, Manchester United. Melekakan apatah lagi bila aku dapat beberapa indicator editors. Jadi dalam dua minggu nie, aku lebih banyak stuck dengan Football Manager 2009. Banyak kerja aku yang sangkut. Harap aku tak ketagih lagi.
Labels: ntah
3 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ade lah skit-skit...
walau apa pun..
dah dekat sepuloh tahun aku kenal game nie...
Mmg serius addicted. Paling banyak mengabiskan mase aku. Balik je keje, ngadap game ni sampai 3-4pg. Haha.. =P