Sylar Pictures, Images and Photos

Search

Berdengkur

Fakta:

1. Dengkuran berlaku apabila laluan udara terhalang dan mengakibatkan pernafasan yg susah dan tidak normal semasa kita tidur.

2. Semasa sedar, otot di kerongkong akan memastikan kerongkong kita terbuka, tetapi bila tido, otot akan menjadi rilek dan termasuk ke dalam menutupi saluran udara. nilah yg menyebabkan bunyi dengkuran.

3. saluran hidung yg tersumbat juga menjadi salah satu menyebab. bila hidung tersumbat, kita dgn otomatik akan bernafas melalui mulut yg akan terbuka. bila ini berlaku, lidah dgn sendirinya akan jatuh kebelakang dan menyebabkan tekanan pada uvula, yg akan menyebabkan bunyi dengkuran.

4. saluran udara yg tersumbat dimana otot kerongkong menjadi terlalu rilek atau membengkak boleh disebabkan oleh mengambilan alkhohol, merokok, mengambilan pil tido, resdung, hidung tersumbat, tonsil yg bengkak, ubat batok yg mengandungi dextromithorphan, berat badan yg terlalu gemuk dan alahan dari makan seperti telur, gandum atau alahan pada habuk dan debu.

5. mereka yg mempunyai masalan dengkuran ni selalunya tidak dapat tido nyenyak atau tido yg tidak merehatkan.

6. para angkasawan tidak berdengkur kerana ketiadaan tarikan grativi di angkasa tidak menyebabkan lidah mereka terjatuh kebelakang mulut.


Cara Mengurangkannya

1. tinggikan kepala dgn menggunakan bantal yg firm. ini dapat mengurangkan tarikan graviti.

2. kurangkan berat badan jika badan terlalu semangat. ini akan membantu menghilangkan lemak dileher yg boleh menyekat saluran nafas kita.

3. jauhi minum beralkhohol sebelum tido. alkhohol membuat otot2 kita terlalu rilek.

4. jauhi makanan yg mempunya kadar lemak dan gula yg tinggi, seperti kek atau cokelat.

5. jangan makan terlalu banyak sebelum waktu tido. perut yg terlalu kenyang akan menekan diaphragm dan memberatkan perjalanan nafas.

6. hentikan merokok. merekok dekat waktu tido menyebabkan bengkak dan inflemasi pada lapisan tekak dan kerongkong.

7. amalkan meminum 2 kawan teh cina (oolong atau pu-erh tanpa gula) atau teh daun noni 1-2jam sebelum tido. minum teh boleh meredakan dengkuran.

8. menyedut wap yg mengandungi titisan minyak eucalyptus boleh membuka dan melegakan saluran pernafasan.

caranya:
a. tuangkan air mendidih ke dalam mangkuk.
b. titisankan beberapa titisan minyal eucalyptus ke dalam air.
c. dekatkan muka pada mangkuk dan tutupi kepala dgn mangkuk tu skali dgn tuala yg besar.
d. sedut wap selama 5min.
e. lepas tu, lapkan muka dgn tuala yg direndam dgn air bercampur ais.
f. lakukan langkah c hingga ke e sampai 3 kali setiap kali.

0 Comments:

Post a Comment