Search

Kita Dan Makanan

BEBERAPA MASALAH SEKIRANYA ANDA TERUS MENGAMBIL

~ MAKANAN HARAM ~

>> Kehidupan kita tidak tenteram. Hasil daripada nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah dan kehidupan seharian kita tidak ceria serta selalu tertekan.

>> Apabila kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadi sebati dalam tubuh badan kita seterusnya menjadi darah daging kita. Lalu bala mulai melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa.

>> Tubuh badan kita juga akan mudah dijangkiti berbagai jenis penyakit dan lemah sistem immuniti

>> Apabila tubuh badan kita sarat dengan makanan haram, ianya akan mendorong kita berperangai buruk dan bersifat degil serta keras hati, berfikiran negatif, mudah berprasangka buruk terhadap orang lain.

>> Kita akan berubah menjadi seorang yang begitu senang untuk meninggalkan solat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH

>> Diri kita juga akan terdorong kepada aktiviti yang tidak sihat seperti, melakukan maksiat, mengambil pil-pil khayal dan sebagainya.

>> Tanpa kita sedari, kita akan mudah gagal dalam kehidupan kita walau pelbagai usaha yang telah kita lakukan.

>> Sesungguhnya mereka yang memakan makanan haram adalah mereka yang telah dihasut syaitan dan telah dipesongkan oleh orang-orang kafir.

sumber

0 Comments:

Post a Comment